𝐁𝟏𝟐

774 27 0
                                    

Mariam memasukkan baju-baju yang dilipat di dalam bag roda miliknya. Hari ini ialah hari terakhir dimana dia berada di kampung itu sebelum hari graduasi nya, dia masih belum menerangkan tentang perpindahan ke abah dan juga mak tirinya Amina.

Fikirannya jadi bercelaru apabila mulai berkahwin dengan kawan baik ibunya sendiri, tidak dinafikan bahawa dia tidak setuju dengan cadangan abah pada mulanya tetapi bila dia tengok dengan matanya sendiri apabila Amina melayan keluarga nya dengan baik dia mula fikir mungkin dia memerlukan lebihasa untuk menerima Amina sebagai ibunya.

Bag yang sudah terisi penuh dengan baju lalu Mariam menegakkan bag roda itu dan memindahkannya di depan almari. Dia bangkit dari bersila lalu dau pintu dibuka dan dia melangkah menuju ke ruang tamu. Tiada orang. Jadi dia mengambil keputusan untuk jenguk di halaman rumahnya, ternyata kelibat abah dijumpai.

Lelaki tua itu sedang kusyuk membasuh kereta manakala wanita yang bergelar isteri pula sedang menyiram pokok. Mariam tersengih melihat abah yang dari tadi duk kacau Amina, bengang saja Amina dibuatnya. Mariam hanya dapat duduk di tangga kayu itu sambil merenung kearah abah dan juga ibu tirinya.

Abah melangkah menghampirinya sambil senyuman tidak lekang dari bibir, lelaki tua itu mengambil tempat di sebelah Mariam lalu menghirup air teh yang dibancuh oleh Amina sewaktu mereka sarapan sebentar tadi.

Mariam hanya mampu untuk berdiam tidak berkata apa-apa sehingga abah mula menyoal tentang perkerjaan nya di Putrajaya, dia sudah mengambil keputusan untuk sambung berkerja di sana. Bagi dia kerja di situ mungkin lebih mudah kerana dia bukan lagi berkerja sebagai intern.

"Awak balik ke Kuala Lumpur pukul berapa? " soal abah tiba-tiba, sengaja dia mahu berbual dengan anak sulungnya

"lepas zohor abah" jawab Mariam sambil bermain dengan jari-jarinya, mungkin ini adalah masa terbaik untuk menerangkan tentang hal tersebut. Apabila perbualan mereka mati di situ, Mariam memutuskan untuk berborak tentang perpindahan tersebut.

"abah" panggil Mariam, abah terus menoleh ke arah gadis itu

"Mariam nak cakap sikit boleh? "

"cakaplah" jawab abah sangat ringkas

"Mariam nak pindah ke Putrajaya. " abah hanya tenung wajah Mariam tanpa membalas apa-apa. Sudah dia duga yang Mariam akan berkata begitu, dia juga memikirkan hal yang sama apabila Mariam memberitahu bahawa dia akan berkerja di Putrajaya. Memang awalnya dia bimbang tentang perkerjaan gadis itu tetapi apabila Adyan sudah menerangkan segalanya dia tidak terlalu bimbang lagi.

"bagus lah kamu nak berpindah ke sana" dia rela melepaskan gadis itu kerana dia tahu bahawa seseorang akan menjaga puteri nya dengan penuh teliti, abah melepaskan nafas lalu tersengih apabila dia teringat yang Adyan memberitahu semuanya kepada dia.

"tapi..... " kepala abah terus beralih ke Mariam sambil tersenyum

"Mariam nak abah ikut Mariam sekali" abah melepaskan ketawa kecil lalu menggeleng

"bukannya abah taknak tapi kan abah dah ada Amina, lagipun siapa nak temankan ibu nanti kalau abah pindah di Putrajaya? " Mariam menundukkan kepalanya

"kamu janganlah sedih, Sekurang-kurangnya kamu ada seseorang untuk temankan kamu di Putrajaya sana itu. " dahi gadis licin itu terus berkerut lalu memandang ke arah abah dengan jelas mukanya binggung.

𝐌𝐫𝐬. 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐝𝐲𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐚𝐞𝐥𝐥 | 𝑂𝐺Where stories live. Discover now