𝐁𝟏𝟒

719 23 1
                                    

JAM tangan milik Adyan dipakai lalu dibetulkan supaya jam itu betul-betul muat dengan pergelangan tangannya. Dia melihat dirinya di cermin buat kali terakhir sebelum pergi ke kerja.

Brief case yang bewarna hitam diambil dengan kasar lalu dia melangkah keluar meniggalkan bilik tidurnya. Kini dia sudah berada di ruang makan untuk sarapan bersama ahli keluarganya.

"kamu pergi kerja Adyan? " soal papa sambil menyuap nasi goreng di dalam mulut

"Adyan pergi sekejap je" balas Adyan lalu menghirup teh tarik yang dibancuh oleh Mak timah, a.k.a pembantu rumah nya.

"mama tengok kamu bawa bunga semalam, bunga itu untuk siapa? " celah mama,

kebetulan sewaktu Adyan pulang dari kerja dia ternampak Adyan memegang sejambak bunga ros yang berwarna putih. Dia ingatkan bunga itu ditujukan kepada dia ataupun Adyina tetapi nampaknya jangkaan dia tidak tepat.

"bunga tu Adyan saja je beli, buat hiasan dalam bilik itu" tipu Adyan

Puan Ariana sebagai mama dia sudah dapat hidu bahawa anak terunanya seorang ini menipu keapda nya. Tidak mengapa satu hari nanti dia akan tahu juga sebelum Adyan memberitahunya.

Mama hanya angguk dengan jawapan yang diberi, sengaja mahu memulakan lakonan. Dia mahu tengok sejauh mana Adyan boleh menipu denganya.

Papa hanya memerhati reaksi mama yang masih merenung dalam ke Adyan, hanya mampu tersenyum apabila teringat yang Adyan pernah memberitahunya sesuatu pada minggu lepas.

Piring yang habis dimakan sewaktu sarapan tadi dibasuh oleh Adyan lalu dia mengelap kedua belah tangannya pada towel kecil yang terletak di sebelahnya.

Brief case miliknya dicapai lalu dia menyalam tangan Puan Ariana serta Tuan Azrael sambil senyuman tidak lekang dari bibir itu.

Kini dia sudah sampai di tempat kerja setelah beberapa minit perjalanan dari rumahnya ke tempat kerja. Sampai sahaja di ofis, dia sudah nampak kelibat Adian yang sedang menunggu lif sambil mata jejaka itu hanya tertumpu pada telefon bimbitnya.

Langkah Adyan semakin menghampiri jejaka itu, perlahan Adyan menepuk bahu abang sulungnya. Adian menoleh ke belakang lalu senyuman mula timbul di bibir cerah itu. Sudah sekian lama dia tidak menghubungi atau berjumpa dengan ibu bapanya serta adik beradik nya selepas berkahwin.

"tak pernah-pernah lagi aku tengok kau datang sini lepas nikah" sinis Adyan, memang dulu sebelum nikah Adian rajin datang ke situ tetapi selepas dia duduk di luar negara jadi sudah lama juga dia tidak menjenguk tempat itu.

"senyap lah kau" balas Adian sambil menjeling ke arah Adyan

"kenapa kau tiba-tiba marah pula ni? " soal Adyan heran, tidak pernah lagi dia nampak abang sulungnya badmood sepeti itu. Wajah Adian terang-terang seperti bengang dengan seseorang.

"Kau bergaduh ke? " Adian geleng

"Habis tu? " Adian melepaskan nafas dulu baru dia menceritakan segalanya kepada Adyan.

"Tak ada la penting sangat pun, biasalah gaduh dengan bini. Aku cuma tak puas hati sebab dia duk mengelak dari aku setiap kali aku cuba dekat dengan dia"

"nak peluk dia pun dah payah sekarang ni, walaupun aku dah mandi dia tetap cakap aku busuk. Dahlah aku tengah demam sekarang ini, nak makan pun tak lalu"

Curhat Adian, dia bukannya apa dia faham kalau bininya perlukan masa tetapi sampai setiap kali dia cuba dekat dengan bininya gadis itu terus mengelak tanpa sebab.

𝐌𝐫𝐬. 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐝𝐲𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐚𝐞𝐥𝐥 | 𝑂𝐺Where stories live. Discover now