PROLOG

163 7 0
                                    



Han Jisung...kalau boleh diberi pilihan si manis tak pernah minta dirinya dilahirkan dalam keluarga ini.

Bukan, bukannya dia tidak bersyukur. Dia bersyukur, sangat bersyukur kerana terlahir dalam keluarga berbalutkan kemewahan dan kesenangan. Namun, bukan itu yang dia mahukan.

Ditinggal kerja semenjak dirinya masih merah, diasuh dan dibesarkan oleh pengasuh yang hanya memikirkan tentang duit.

Di depan ibu dan ayah, anak itu dilayan persis puteri tapi dibelakang dianggap patung tak bererti.

Namun bukan tak pernah si manis mengadu ke orang tuanya. Pernah, tak terhitung berapa kali dirinya tunjuk kesan lebam di tangan tapi sayang si pengasuh nan satu pandai benar dalam memutar belit cerita. Bahkan jawapan sang ibu-

"Sikit je itu. Janji ada orang boleh bagi makan minum adik dah cukup. Mama sibuk, bukan boleh pantau adik selalu. Kalau kita pecat aunty Naeun, susah nak dapat pengasuh baru."

Katakanlah itu suatu kebohongan namun nyatanya itu adalah jawapan yang diberi wanita berpangkat itu setiap kali anak semata wayangnya meluahkan peraaaan.

Sebahagian ibu hanya tahu melahirkan, sangka diberi emas dan wang sudah cukup membahagiakan tanpa sedar lebih dari itu perlu diperankan untuk memastikan sang anak betul-betul bahagia dan tiada air mata kesedihan yang dialirkan.

Namun sekurang-kurangnya jawapan si ayah sedikit membahagiakan.

"Papa dah tegur Naeun, kalau dia buat lagi adik cakap dengan papa."

Jisung hanya tersenyum nipis menanggapi semua omong palsu sang ayah. Apa berani pak tua itu memecat kekasih gelap nan seorang?

Kerana tak nak hubungan ibu dan ayahnya menjadi kacau, Jisung hanya mampu menangis dalam diam setiap kali mendengar desahan si pengasuh dari kamar ibu ayahnya. Setiap kali sang mama tiada, sosok itulah yang mengganti peran ibunya di atas ranjang.

Atas sebab itu jugalah, Naeun lebih berani dan langsung tiada takut-takutnya memperlakukan Jisung seperti patung yang tiada perasaan.
















                                      ****************************************************************











Ουπς! Αυτή η εικόνα δεν ακολουθεί τους κανόνες περιεχομένου. Για να συνεχίσεις με την δημοσίευση, παρακαλώ αφαίρεσε την ή ανέβασε διαφορετική εικόνα.



BRRRR

Jisung yang tengah separa lena dibuat terkejut bila segayung air mencurah dari juntaian rambutnya.

"Bangun! Dah masa kau siram pokok bunga kat luar." Naeun bertempik menjerkah si anak.

Dalam payahnya, Jisung dipaksa membuka mata. Menatap mata garang milik pengasuh kepercayaan ayah nan seorang.

"Itu tugas aunty. Aunty itu pembantu dalam rumah."

PPANG

Seperti biasa, sebuah tamparan hinggap di wajahnya setiap kali Jisung membebarkan kenyataan itu.

"Heh, tak lama lagi aku bakal jadi mak tiri kau. Kalau tak nak nasib kau sama macam abang biadap kau, better kau dengar cakap aku awal-awal."

Jisung berdenyut nyeri mendengar sang abang diungkit. Dengan rasa dendam penuh di dada, si manis terpaksa mengikuti perintah Naeun.

"Adik, kenapa baju basah?" Tuan Han yang baru keluar dari bilik bertembung dengan si anak.

"Aunty Naeun siram." Jujur. Tiada berselindung itu anak.

Kalau kalian berharap Tuan Han akan menemui pengasuh biadap nan satu, memarahi dan memecat si wanita ketahuilah kalau kalian silap.

"Kan papa cakap, jangan jadi budak nakal. Ikut je cakap aunty Naeun kamu. Dia itu cuma nak didik kamu jadi anak yang rajin. Mana ada anak dara tidur waktu senja."

Again. Jisung hanya tersenyum miris mendengar nasihat sang ayah. Malas hendak bertingkah dengan si ayah yang memang berkiblatkan wanita licik nan satu, Jisung memilih untuk keluar. Mengikut perintah Naeun.



[𝐏𝐀𝐈𝐃] 𝐘𝐎𝐔 𝐈𝐍 𝐌𝐘 𝐁𝐋𝐔𝐑𝐑𝐄𝐃 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐘Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα