BANGCHAN🐺

74 3 0
                                    


Jisung yang awalnya berencana hendak ke perkampungan Silla terpaksa berakhir di restauran.

Bangchan tadinya menemui, hendak berbicara. Jisung yang memang tak suka berinteraksi dengan sesiapa selain Seungmin awalnya menolak namun tak setelah Bangchan mengungkap.

"Ini pasal Minho."

Mendengar nama Minho, Jisung dengan laju mengiyakan.

Akhir-akhirnya mereka berdua kini saling duduk, dengan Chan yang membaca apa saja maklumat yang didapat Jisung tentang sosok itu.

Jisung juga dah menceritakan pengenalan aneh yang terjadi antara dirinya dengan Minho. Meski Chan agak ragu namun tak lama Chan akhirnya percaya.

Chan yang tengah meneliti maklumat itu langsung tak berganjak. Mata masih melekat pada kertas, hanya mulutnya saja berbicara.

"Atuk tengah memburu hari itu, tiba-tiba dia nampak ada orang cedera, terguling jatuh gaung. Atuk aku terus selamatkan, bawa balik rumah dia. Esoknya keluar berita tentang Minho."

"Kenapa atuk kau tak report polis?"

Chan terdiam sejenak, mengingat kembali bicara sang atuk.

"Atuk aku tak percaya ubat-ubat hospital. Dia yakin dia boleh sembuhkan Minho guna cara tradisional. Kalau buat report polis, dia tahu Minho akan dirawat kat hospital."

"Minho macam mana sekarang?" Tanya Jisung lagi. Sungguh penasaran dengan kondisi jasad si jiwa menyebalkan nan satu.

Sontak si senior nan seorang berubah mendadak. "kau dengan dia ada apa-apa ke? Kenapa risau sangat pasal dia?"

Jisung laju menggeleng. "Aku cuma hairan. Kenapa dalam banyak-banyak manusia, aku seorang yang boleh nampak dia?"

"Ye ke? Bukan sebab kau suka dia?"

"Mana ada."

Chan berkerinyit tak begitu yakin bicara junior nan seorang.

Lama si manis terdiam. Macam mana tekaan Chan boleh seratus peratus tepat? Ini confirm akibat terlalu lama menjalin kasih dengan si genius sekolah.

Chan yang yakin kalau si manis depannya ini menaruh rasa akan si Minho tersenyum segaris. Nyatanya kerisauan sang kekasih kalau Jisung itu ada teman khayalan bukanlah seratus peratus silap, bukan juga seratus peratus benar.

Minho itu memang wujud. Minho memang ada cumanya bentuk wujudnya si kucing yang sekarang bukanlah seperti mereka-mereka semua.

"Dia okey, cumanya jantung dia ada masalah."

Jisung tersentak. "Maksud kau?"

"Atuk aku cakap, jantung dia lemah sebab hentakan terlalu kuat masa hari kejadian itu. Kemungkinan besar dia boleh bertahan cuma 30 hari."

Seakan batu besar menghantam tubuh si manis saat ini setelah mendengar khabar buruk tentang si jiwa menjengkelkan.





                                          ********************************************************


Di satu sisi lain, si jiwa menjengkelkan yang tak tahu kalau jasadnya saat ini sedang tidak dalam kondisi yang baik malah bersuka ria bersiul menunggu sang kekasih bersiap.

Tentu Yuna akan menyambut birthdaynya dengan kedua orang tua si cantik. Minho tersenyum bila kenangan saat dirinya membawa ibu bapa Yuna bercuti ke Seoul demi merayakan hari jadi puteri mereka menerawang di minda.

[𝐏𝐀𝐈𝐃] 𝐘𝐎𝐔 𝐈𝐍 𝐌𝐘 𝐁𝐋𝐔𝐑𝐑𝐄𝐃 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐘Where stories live. Discover now