PEMBANTU DAJAL👿

73 4 0
                                    



Jisung yang baru usai menyelesaikan semua tugasnya membuka pintu perlahan-lahan. Dengan menghendap- hendap dia masuk ke dalam rumah.

Entah apa nasib malangnya, saat dia balik tadinya kereta papa dah terparkir di garaj. Itu bermakna ayahnya dan Naeun dah pulang ke rumah.

Masuk-masuk sahaja Jisung ke dalam rumah dia dihadapkan dengan muka Naeun yang memandangnya datar.

"Dari mana?" tanya Naeun ketus.

Jisung berdecih malas. "Bukan urusan kau."

Naeun berdiri. Dia mendekat ke arah Jisung.

Si manis yang dah biasa dipukul hanya bersedia menadah wajahnya.

Lama menunggu Naeun tak juga kunjung memukulnya.

Jisung menjungkit sebelah keningnya. Ada apa dengan Naeun? Kenapa tak pukulnya seperti selalu? Bahkan Jisung siap untuk membuka topeng mukanya.

"Tak lama lagi aunty bakal jadi mak tiri Ji. Boleh tak Ji hormat aunty sebagai mak?"

Wow wow.

Ada apa dengan Naeun? Kenapa bicaranya boleh selembut ini?

"Sampai mati kau takkan ganti tempat mama lah perempuan." Jisung tetap tak suka meski Naeun berlembut padanya.

PPANG

Sebuah tamparan tepat mengenai wajahnya.

Nah, ini baru Naeun yang dikenal. Jisung siap sepenuhnya menanti tumbuk dan tendang dari Naeun.

"Tampar sahaja? Mana pergi tumbuk tendang kau? Dah lumpuh?" Jisung menantang Naeun bila si wanita tak kunjung menyeksanya.

"Adik, jangan biadap."

Jisung sontak menoleh bila sang ayah ternyata memerhati dari belakang. Kenapa dia tak menyedari kehadiran Tuan Han sejak tadi?

Ah ternyata ini alasan Naeun bersikap extra 'baik' padanya. Naeun ini memang licik. Dia tak nak Tuan Han tahu kalau dirinya menyeksa Jisung dengan teruk. Pada Tuan Han hanya tamparan yang diberikan Naeun pada anaknya.

Itupun atas alasan hendak mendidik.

"Pa, baru balik dari hotel mana malam tadi?" Jisung menyindir sang ayah. Bukan dia tak nampak kiss mark di serata leher ayahnya.

Sang mama di Jepun, mana mungkin ayahnya melakukan itu dengan isterinya yang sah.

Tuan Han mendadak kepanasan mendengar bicara penuh kurang ajar si anak.

"I've told you budak ini memang kurang ajar. Sekarang awak faham kan kenapa saya selalu tampar dia? Saya nak mendidik."Ujar Naeun.

Mendidik? Jisung hampir termuntah mendengar dan menyaksikan kepura-puraan pembantu dajalnya ini.

"Mendidik tak semestinya berkasar. Aku takkan jadi macam ini kalau kau tak mulakan dulu, dasar perempuan muka syaitan."

"Han Jisung!"

"Apa?! Kalau adik cakap perempuan ini berpura-pura sekarang papa percaya kan adik tak?" Jisung menghampiri sang ayah.

Tuan Han mengusap bahu sang anak. Cuba menenangkan anak kesayangannya dari amarah yang memuncak.

Dia tahu anak-anak seusia Jisung memang dalam fasa memberontaknya.

"Mama Naeun cuma nak adik jadi anak yang bersopan santun, sayang."

"Mama?" Jisung mengulang jengkel perkataan itu.

"Baik papa bunuh adik dari paksa adik sebut panggilan terhormat itu untuk perempuan murah macam dia ini."

[𝐏𝐀𝐈𝐃] 𝐘𝐎𝐔 𝐈𝐍 𝐌𝐘 𝐁𝐋𝐔𝐑𝐑𝐄𝐃 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐘Where stories live. Discover now