MENYERAH🤍

95 4 0
                                    


Di satu sisi lain, Jisung yang saat ini dipukul habis-habisan oleh Naeun hanya mampu terdiam pasrah.

Tadinya, saat dia tertidur Naeun tiba-tiba datang. Dengan tak manusiawinya si dajjal satu mengheret tubuh lemah Jisung sebelum dihempas ke lantai.

Bahkan saat kulit lengannya terkoyak juga Jisung masih diam tak membantah.

Dia tak nak lagi digelar kurang ajar.

Dia tak nak digelar biadap.

Jisung yang terlalu lemah mental dan fizikalnya menyeru nama Minho. Berharap si hantu satu akan datang membantunya namun nihil...

Mungkin itu sebabnya Minho tak menyahut seruannya tadi?

Minho tentu benci ada teman biadap dan kurang ajar sepertinya.

Seakan putus harap, Jisung hanya berharap agar Naeun segera menamatkan riwayatnya. Dia hanya mahu bersama-sama dengan Hyunjin dan berbahagia di alam sana.

Jika di alam sini mereka berdua tak berhak mengecap kebahagiaan, maka biarlah mereka sama-sama merasai apa itu namanya kebahagiaan nantinya.


"Sebab kau si Seungwoo bodoh itu cancel plan kahwin dengan aku!" Naeun menjerkah geram.

Saat dirinya di hospital, Tuan Han tiba-tiba berkata ingin membatalkan majlis perkahwinan mereka. Pak tua itu kesal melihat anaknya didera seteruk itu. Sangkanya Naeun hanya cubit atau denda ringan demi menyekolahkan Jisung.

Naeun hanya tertawa mendengar bicara bila tembelangnya terbongkar.

"Kau tahu anak kau kena dera tapi kau diam. Kau lebih bahaya dari aku. Dasar syaitan bisu." Si pengasuh menantang Tuan Han.

Tuan Han yang kesal meninggalkan Naeun bergitu sahaja, berharap wanita licik itu segera menghilang dari kehidupan mereka sekeluarga,

Naeun tersenyum sinis. Kunci pendua rumah banglo megah milik keluarga Han dikeluarkan dari poket sebelum dia berjalan menyusuri dengan satu tujuan.

Han Jisung.

Kalau itu yang diinginkan Seungwoo, dia akan turutkan.

Seungwoo bilang kesal anaknya didera? Apa kata kita buat sampai tiada lagi rasa sakit yang perlu dirasai Jisung.

Lenyapkan anak becok itu.

Naeun semakin gencar menendang tubuh kurus Jisung dan Jisung semakin gencar merintih memanggil mamanya.


Seluruh sendinya seakan mati rasa. Jujur Jisung katakan, andai saja dirinya ditolak jatuh saat ini dapat dipastikan dia tak akan mampu bertahan lama. Sakit yang dirasa hanya tuhan yang tahu.

"Biar Seungwoo rasa pedihnya hilang orang yang dia sayang-sayang sangat selama ini." Gumam Naeun.

Si dajjal kemudian berlari ke dapur, pisau tajam diambil sebelum dia berlari kembali ke Jisung.

Jisung yang melihat itu semua meringis. Tak, bukannya dia takut. Hanya saja dia belum menunaikan keinginan terakhirnya.

Membalas pernyataan cinta dari sosok bernama Lee Minho itu.

Matanya terpejam, mulut menggumam-gumam nama Minho terakhir kali.

Namun si manis tak berharap lebih.

Usai 7 kali, Minho tetap tak kunjung muncul.

Mungkin ini masanya agar penderitaan seorang Han Jisung tamat sepenuhnya?

[𝐏𝐀𝐈𝐃] 𝐘𝐎𝐔 𝐈𝐍 𝐌𝐘 𝐁𝐋𝐔𝐑𝐑𝐄𝐃 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐘Where stories live. Discover now