AKHIR?

145 9 2
                                    


Bangchan yang tak dapat lagi tahan perasaannya akhirnya menitikkan air mata.

Titik terendah untuk sosok yang selama ini teguh itu adalah mendengar berita orang yang disayangi, orang yang dianggap keluarga kini pergi meninggalkan mereka untuk selamanya.

Suasana di hospital malam ini terbahagi dua.

Satunya ada keluarga Han yang meraung, merintih dan menyesali berita kepergian sang anak sedangkan di sudut sana....

Ada keluarga Lee yang bergembira kerana doktor memaklumkan pembedahan jantung Minho akan dilakukan sebentar lagi.

Seungmin yang tak tahan mendengar rintihan Puan Han bertindak memeluk wanita itu.

"Ikhlaskan dia aunty. Biar dia bahagia dekat sana. Dia dah cukup terseksa kat dunia ini."

"Aunty gagal jadi ibu yang baik." Lirih Puan Han.

Seungmin hanya diam. Langsung tak berniat hendak menafikan kerana nyatanya Puan Han memang sudah gagal total. Perginya sang anak tanpa sempat merasa kasih sayang orang tua adalah bukti kalau bukan semua ibu bapa mampu menggalas tanggungjawab itu.

Anak adalah amanah. Mereka tak minta untuk lahir dari rahim seorang ibu yang mana. Anak-anak tak dibenarkan membuat pilihan.

Bahkan Jisung dan Hyunjin sendiri tak menyangka kalau mereka akan dilahirkan oleh sang ibu yang tak tak pernah sekalipun hatta mengucapkan selamat hari jadi saat tibanya hari ulang tahun mereka berdua.

Bangchan yang juga tak mampu menahan sedih menggila akhirnya memutuskan untuk menghampiri kamar Minho.

Sejenak memori tempoh hari, sehari sebelum renggangnya hubungan Jisung dan Minho menerawang...


"Aku kawan Minho. Aku cuma nak bagitahu pesan terakhir Minho sebelum dia cedera."

Yuna berkerinyit hairan. Sebuah polaroid gambar Minho yang tengah mengusap rambut seseorang di bawah pokok ditatap dengan perasaan bercampur baur.

Tapi kenapa Minho dalam gambar itu nampak seperti transparent?

"Itu orang yang dia suka. Budak itu yang selalu ada dengan dia, yang bagi dia semangat untuk dia tetap kuat. Minho bagitahu aku, dia dah jatuh cinta dengan budak itu sejak pertama kali dia jumpa. Tapi dia tahan sebab dia tak nak khianat perasaan kau untuk dia."

Ryujin yang hendak mengamuk kerana adiknya diperlakukan sebegitu dibuat bungkam bila ayat Chan seterusnya seakan checkmate untuk Shin beradik itu.

"Tapi sejak Minho tahu kau dengan Jungwoo khianat dia, Minho decide nak cut off dengan kau. Dia ikhlaskan kau dengan Jungwoo dan dia akan berusaha kejar budak itu."

Dan seterusnya Bangchan yang memperkenalkan diri sebagai kawan Minho itu hanya diam tak berdetak bila Yuna menangis kuat semahunya.

"Kenapa Minho buat aku macam ini? Aku cintakan dia, unnie." Lirih Yuna.

Ryujin disebelah tak tahu hendak buat apa. Kerana Yuna juga salah di sini.

Ryujin tahu sang adik bersama Jungwoo awal sebelum berkenalan dengan Minho tapi entah kenapa si Yuna boleh bersetuju ajakan pacaran si Minho.

Sungguh title buaya betina itu seakan sesuai untuk Yuna tapi Ryujin tak tega untuk mengatakan itu.

"Minho tak salah, dik. Perasaan dia kita tak boleh paksa. Kau dengan dia sama-sama pencundang. Kau khianat dia awal sebelum dia buat macam itu." Ujar Ryujin.

[𝐏𝐀𝐈𝐃] 𝐘𝐎𝐔 𝐈𝐍 𝐌𝐘 𝐁𝐋𝐔𝐑𝐑𝐄𝐃 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐘Where stories live. Discover now