Petang itu, Jisung yang dah berjanji untuk ketemuan dengan Minho berlari-lari anak menuju ke taman.
Tanpa sedar kalau sebuah lubang di depan dan nasib malang menimpa si manis bila dirinya hampir terjatuh andai saja tiada tangan yang menyambutnya.
"Younghyun hyung?" Jisung terperanjat melihat gerangan lelaki di depannya.
"Seorang je? Pakngah dengan makngah mana?" Tanya Younghyun.
Wajah Jisung berubah datar, Nasib saja perubahan raut itu tak disedari Younghyun.
"Aku nak jumpa kawan ah tak, aku pergi seorang je." Jisung nyaris membebarkan tentang si jiwa gentayangan.
"Nak pergi mana?" Younghyun yang dah lama tak menemui adik saudara manis nan seorang bertanya lagi.
"Amusement Park." Balas Jisung singkat.
"Seorang? Aku join boleh?"
Aduh...
Jisung merutuk dalam hati. Kenapa Younghyun ini kepohchi? Macam mana dia hendak menolak permintaan abang saudaranya?
"Jisung?"
"Hah oh err boleh." Nak tak nak Jisung terpaksa akur.
"Siapa dia ini?"
Hampir sahaja tercabut jantung si manis bila ada suara betul- betul berbisik di telinganya.
Wajah cemberut Minho di sebelah direnung sejenak sebelum silih ganti dengan sang abang saudara.
"Kenapa?" Younghyun menjungkit keningnya hairan bila ditatap seperti itu oleh Jisung.
Si manis menjawab dengan gelengan.
"Bila kita nak pergi?" Tanya Jisungke Younghyun, bingung bila perjalanan mereka ke taman tema itu tak juga lanjut melangkah.
YOU ARE READING
[𝐏𝐀𝐈𝐃] 𝐘𝐎𝐔 𝐈𝐍 𝐌𝐘 𝐁𝐋𝐔𝐑𝐑𝐄𝐃 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐘
Fanfiction𝐂𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐩𝐚𝐬𝐚𝐥 𝐬𝐢 '𝐬𝐞𝐦𝐩𝐮𝐫𝐧𝐚' 𝐉𝐢𝐬𝐮𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐮𝐩 𝐝𝐢 𝐦𝐚𝐭𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐚 𝐬𝐞𝐦𝐩𝐮𝐫𝐧𝐚. 𝐉𝐢𝐬𝐮𝐧𝐠 𝐢𝐭𝐮 𝐩𝐚𝐧𝐝𝐚𝐢, 𝐜𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤, 𝐚𝐧𝐚𝐤 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐲𝐚 𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫...