MISI PUJUK SI TUPAI🐿

94 3 0
                                    



Keesokannya, Jisung yang sampai seawal pukul 7 pagi terpaksa menahan geram bila si jiwa gentanyangan lah yang menjadi sosok pertama menyambutnya di depan pagar.

"Hai cantik."

Tanpa mempedulikan Minho, Jisung menonong masuk dengan telinganya yang disumbat earphone.

Minho tak tinggal diam, dengan kemampuan mengapungnya dia mendekat ke Jisung.

"Lena tidur semalam?"

Jisung hanya putar bola matanya ke atas. Sungguh malas melayan kerenah Mkinho.

Si manis menggumam lirik lagu yang didengar tanpa berminat mendengar soalan-soalan konyol si hantu.

"Lagu apa itu? Macam best. Nak dengar boleh?" Minho

berniat hendak mencabut sebelah earphone sim anis.

Jisung hanya membiarkan kerana tahu Minho tak mungkin boleh menyentuh benda.

PIP

Sontak Jisung terhenti bila sebelah earphonenya mendarat tepat di telinga Minho.

"Buah hati dinda~ cemburu tandanya kasih dan sayang~

Jisung segera mencabut kembali earphonenya.

"Kau nak apa?" Dengan geram membuncak di dada Jisung bertanya ke Minho.

Minho yang kegiatan dangdutnya dikacau berubah cemberut.

"Bagi lah aku chance menyanyi. Kau tahu, sepanjang aku jadi hantu, aku cuma tengok dari luar sahaja orang lain pergi karaoke." Minho teringin hendak menyanyi juga tapi nanti silap-silap tutup seminggu pusat karaoke itu kena ruqyah.

Jisung menggenggam tangan, menahan emosi bila melayan si Minho, jiwa penasaran yang menjengkelkan.

"Tak ada kaitan dengan aku, Minho. Sekarang ini, boleh tak kau jangan kacau aku. Menyebalkan." Ujar Jisung.

Dilabel menyebalkan oleh sosok semanis Jisung menyebabkan Minho akhirnya menurut. Earphone dipulangkan ke tuannya sebelum Minho kembali serius.

"Kau kena tolong aku."

"Tak nak."

"Yuna."

Jisung berkerut bila tiba-tiba Minho menyebut nama si seseorang. Apa kaitan dengan Yuna?

"Semalam aku ziarah dia well bukanlah ziarah sebab dia tak tahu aku ada atas pokok itu. Aku tengok dia menangis, aku dengar rintihan dia. Dia kena buli dengan kawan-kawan aku."

"Jadi?" Tanya Jisung.

"Aku seorang je yang boleh tolong dia. Sekarang ini, aku nak minta tolong kau jumpa balik tubuh aku, bawa aku ke sana supaya aku boleh masuk balik dalam badan aku. Boleh kan?"

"Bullshit. Kau itu hantu. Dah mati itu buat cara dah mati, berharap sangat dapat hidup balik." Jisung menganggap remeh omongnya si Minho.

Namun kali ini Minho tak main-main. Wajah seriusnya semakin serius mendengar ucapan Jisung.

"Aku belum mati. Tubuh aku ada dekat satu kampung. Ada seorang tabib sembuhkan dengan cara tradisional. Aku boleh nampak tubuh aku tapi aku tak tahu kampung itu dekat mana."

Minho membebarkan sebuah rahsia ke Jisung. Benar, dirinya tak mati. Dia hanya koma, dan di saat dia koma inilah dirinya bebas berkeliaran dan berakhir menganggu si cantik Jisung yang menyebalkan.

"Let say aku berjaya jumpa tubuh kau, kau berjaya masuk balik badan kau. Kau hidup balik and untungnya kat kau. Aku tak untung langsung. Buang masa aku tolong kau."

[𝐏𝐀𝐈𝐃] 𝐘𝐎𝐔 𝐈𝐍 𝐌𝐘 𝐁𝐋𝐔𝐑𝐑𝐄𝐃 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐘Where stories live. Discover now