PUTUS ASA II❤️‍🩹

77 5 0
                                    





Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



"Kenapa panggil aku?" Ketus Minho bertanya.

Si manis di sebelah hanya diam tak berdetak.

Minho sontak mengangguk-angguk faham. "Kau cuma panggil aku bila kau sedih. Bagi kau, aku ini tisu yang dibuat lap. Lepas kau dah bahagia, kau buang? Macam itu ke kau anggap aku Jisung?"

"Kau tak faham, Minho." Jisung menafikan tuduhan berlebihan Minho.

"Yup. Aku memang tak faham. Aku tak faham dengan perangai kau. Bangchan cakap kau suka aku, tapi kenapa beria tolak bila aku confess dekat kau?" Minho geram dengan perangai Jisung yang satu.

Semakin dia mengenali si manis, semakin dia pening apa sebenarnya yang Jisung mahu.

Minho semakin muak bila Jisung terus-terusan berdiam diri.

"Kau tahu tak kenapa sampai sekarang kebahagiaan itu tak pernah kau dapat?" Minho bersuara.

Jisung lagi dan lagi hanya diam.

"Sebab kau lebihkan kebahagiaan orang lain. Kau abaikan perasaan kau sendiri." Terluah juga apa yang selama ini Minho pendam untuk sosok berhati malaikat itu.

Cukuplah Jisung berjuang untuk orang lain.

"Kali ini sahaja Hannie, tolong pentingkan perasaan kau. Aku merayu." Minho menggenggam tangan sosok yang dicintainya itu.

"Terima aku. Aku janji akan bahagiakan kau, aku akan lindung kau selalu. Kita akan bahagia, berdua." Janji seorang Minho.

Jisung menggeleng. "Yuna cintakan kau, Minho."

"Tapi aku cintakan kau!" Minho menjerkah bila lagi dan lagi kebahagiaan orang lain yang Jisung utamakan.

"Kalau kau risau sangat Yuna terluka, kenapa tak untuk aku?" Minho bersuara lagi.

"Kau tak nak Yuna tersakiti bila kau terima aku tapi perasaan aku kau tak fikir? Aku cintakan kau tapi kau tak fikir perasaan aku bila kau terus tolak macam itu." Sambung Minho lagi.

"Minho, stop." Jisung semakin dibuat tertekan bila Minho menyudutkannya seperti ini.

"Just say yes, Jisung."

"Stop it."

Si manis tak terima Minho yang memaksa seperti ini.

"Bagi aku reason lain kenapa kau tak boleh terima aku." Pinta Minho.

Dia dah menjelaskan ke si manis kalau konsekuensi setelah putusnya dia dengan Yuna akan dia tanggung sendiri.

Dia takkan sesekali biar Jisung terima tempiasnya.

[𝐏𝐀𝐈𝐃] 𝐘𝐎𝐔 𝐈𝐍 𝐌𝐘 𝐁𝐋𝐔𝐑𝐑𝐄𝐃 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐘Where stories live. Discover now