HYUNJIN💗

78 3 0
                                    


Jisung dan Yuna saat ini ketemuan di kafe. Atas permintaan Jisung yang mahu berbicara dengan si gadis, Yuna akhirnya menurut.

"Kau dengan Jungwoo ada hubungan apa sebenarnya?" Tanya Jisung straight to the point. Malas mahu berbasa basi.

Kerana memang Jisung itu bukan orang yang tahu berbasa basi.

Yuan terdiam. Siapa sebenarnya Jisung ini? Kenapa dia sibuk-sibuk hendak tahu?

"Aku kenal dengan Jungwoo sejak kecil. Jauh sebelum aku kenal Minho hyung. Sampailah kitaorang masuk sekolah menengah, Jungwoo hyung confess perasaan dia dekat aku. Aku tak balas sebab aku cakap aku perlukan masa."

Yuna jeda seketika sebelum menyambung kembali.

"Sehari lepas itu Minho hyung pula confess dekat aku."

"Kau terima?" Tanya Jisung.

Anggukan diberikan Yuna sebagai balasan.

"Sebab?" Tanya Jisung lagi.

Wajah Yuna berubah sendu. "Aku selalu kena buli. Aku tahu kalau jadi kekasih Minho hyung, diorang akan stop buli aku. Lepas aku rasmi jadi kekasih Minho hyung, aksi buli yang aku terima kurang mendadak."

Jisung terkejut tentu sahaja mendengar jawapan Yuna.

"Maknanya kau terima dia bukan sebab cinta?"

"Awal-awal ye, aku niat nak gunakan Minho hyung tapi lepas apa yang dia buat untuk aku, aku tengok macam mana dia berkorban untuk aku, perasaan itu tiba-tiba muncul. Aku cintakan dia." Yuna tertunduk di akhir bicara.

"Tapi kau suka Jungwoo at the same time?" Tanya Jisung lagi.

Yuna mengangguk.

Jisung memang saat ini menepati pepatah teen zaman now 'too stunned to speak.'

"Minho itu sayang sangat dekat kau. Dia cintakan kau sangat-sangat, kenapa kau sanggup buat dia macam itu?" Jisung sedikit kesal dengan gadis di depannya ini.

Yuna lagi dan lagi hanya menangis. 

Apa memang tujuan hidup si gadis adalah menangis? Jisung jadi jengkel seketika.

"Aku hiks aku cuma takut kalau Minho hyung betul-betul pergi nanti tak ada yang boleh lindung aku lagi." Yuna menekup mukanya.

Jisung menghembus nafas berat. Dia tahu rasa ketakutan yang besar dalam diri Yuna. Dia juga pernah merasai semacam itu saat usianya setahun jagung.

Setiap malam dia akan mengunci pintu, berkurung di dalam bilik. Mahu berjalan di dalam rumah pun harus berhati-hati jangan sampai ada barang yang dilanggar atau mengotorkan lantai rumah. Kerana itu boleh menyebabkan Naeun mengamuk.

"Cuma kau seorang yang boleh lindung diri kau, Yuna. Jangan mengharap orang lain. Belum tentu diaorang ada selamanya untuk kau." Lirih Jisung.

Jisung menggenggam tangan Yuna. "Aku selalu rasa macam kau. Takut, sakit semua tu aku dah lalui sejak aku kanak-kanak. Dulu aku ada abang, dia yang selalu protect aku dari kena pukul. Dia sanggup badan dia yang sakit dari tengok aku menangis. Walaupun dia yang tanggung sakit itu tapi setiap malam dia akan datang bilik aku, dia pujuk aku untuk jadi orang yang kuat. Kalau perlu melawan, melawan. Jangan biar diam kita itu membenarkan semua hinaan dan cacian yang kita terima."

Jisung berusaha menahan air mata yang jatuh. Hatinya paling tak kuat bila teringatkan si abang yang selama ini berjuang untuk dia.

"Sampailah abang dah tak mampu melawan lagi. Dia dah tak mampu untuk pujuk aku buat selamanya. Sejak dia pergi, aku latih diri aku untuk kuat. Aku bangkit malawan, aku nafikan apa yang si iblis itu cakap and guess what? Perasaan aku jadi tenang. Walaupun badan aku sakit kena pukul tapi emosi aku tak. Sejak hari itu aku tahu kalau aku dah berjaya untuk kuat. Untuk diri aku sendiri."

[𝐏𝐀𝐈𝐃] 𝐘𝐎𝐔 𝐈𝐍 𝐌𝐘 𝐁𝐋𝐔𝐑𝐑𝐄𝐃 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐘Where stories live. Discover now