HAMPIR PUTUS ASA🎋

76 3 0
                                    


Seakan dejavu, Jisung yang baru melangkah ke dalam rumah lagi-lagi disambut Naeun dan papanya.

Jisung mengeluh berat, malas mahu meladani perangai orang-orang tua yang buat otaknya semak.

Si manis bercadang hendak terus ke bilik namun tiba-tiba Tuan Han memanggilnya.

"Dari mana?" Tanya Tuan Han.

"Tengok abang."

Jisung tersenyum sinis bila sang ayah terkejut mendengar jawapannya.

"Papa ada benda nak cakap dengan adik." Ujar Tuan Han.

Jisung menggeleng malas. "Esok sahajalah. Adik penat. Papa bukan peduli penat adik. Sibuk menggatal dengan perempuan lain."

"Jangan biadap Jisung. Itu papa kamu." Naeun dengan segala topeng bakal mak tiri dari syurga menegur tingkah anak asuhnya.

"Cakap dengan cerminlah, jal."

"Jisung!"

Jisung mengeluh bila lagi dan lagi dirinya yang salah di mata sang papa.

"Papa nak cakap apa?" Jisung memandang sang ayah. Kalau itu yang dimahu orang tua ini, kita turutkan.

Seberkas fail dihulur ke Jisung.

"Apa ini?"

Tuan Han tak menjawab. Sebaliknya dia mengisyaratkan agar sang anak membuka sendiri.

Bagai sebuah batu menghantam si manis sehingga ke dalam-dalamnya bila dua surat yang satunya surat tuntutan cerai dan surat permohonan kahwin menyapa netra.

"Apa ini papa?!"

"Papa dengan mama akan cerai."

"Tak! Papa tak boleh buat macam itu." Jisung melempar surat itu ke muka Naeun.

"Ini mesti hasutan kau kan perempuan murah?!"

Jisung yang melangkah hendak memukul Naeun ditahan sang ayah.

"Tenang dulu sayang. Biar papa jelaskan."

"Apa yang papa nak jelaskan? Terang-terang papa lagi pilih perempuan ini dari adik! Dari mama, dari abang. Kenapa papa buat macam ini?" Jisung menangis histeria.

Dia bertahan selama ini semata-semata hendak menyelamatkan perkahwinan mama dan papanya tapi siapa sangka takdir berkata sebaliknya.

"Mama dengan papa dah tak sehaluan. Dari kitorang bertengkar setiap masa, ini jalan terbaik untuk kita semua."

Jalan terbaik? Jisung rasanya mahu tergelak mendengar ayat sang ayah barusan.

"Jalan terbaik untuk kita semua atau untuk papa seorang?"

"Bukan macam itu-

"Papa nak adik buat apa untuk batalkan niat papa? Nak tunggu berita kematian adik baru papa nak hargai adik ke?"

"Jangan cakap macam itu, sayang."

Sayang?!

"Kalau papa sayang, buktikan."

Jisung terus melangkah keluar dari rumah. Berharap kata-katanya sebentar tadi sedikit sebanyak meninggalkan kesan pada sang ayah.








                                                                        *************************************

[𝐏𝐀𝐈𝐃] 𝐘𝐎𝐔 𝐈𝐍 𝐌𝐘 𝐁𝐋𝐔𝐑𝐑𝐄𝐃 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐘Where stories live. Discover now