BAB 1

163 12 1
                                    

Di ruang tamu itu, terdapat seorang kanak perempuan sedang mengait benang bentuk rabbit.Bersepah ruang tamu dengan peralatan crochet.Kanak perempuan itu fokus mengait walaupun di ruang tamu itu bising dengan bunyi PS4 yang dimain oleh abang kembarnya.

"YEAY DAH SIAP!" Jerit kanak perempuan itu sambil mengangkat crochet rabbit yang baru siap kait.Mengambil masa 2 jam untuk siapkan crochet itu.Lekas kanak perempuan itu bangun dan menuju ke arah abang kembar yang duduk di sofa.

"Along.Angah.Cantik tak rabbit adik?" Tanya Shamina sambil menunjuk crochet rabbit itu ke arah abang kembar.Dia menggulung rambut tocang dengan jari.

"Arh adik.Jangan ganggu angah main FIFA." Kasar percakapan lelaki itu yang bernama Shakir Nadzim.Matanya fokus pada kaca televisyen.Dia langsung tak pandang Shamina.Ini kalau terlepas pandang boleh kalah.

"Angah ni..." Tersebek-sebek bibir Shamina apabila Shakir kata begitu.Wajah ceria itu sudah hilang.Tadi dia semangat nak tunjuk crochet rabbit ini kepada abang kembar.Tapi nampaknya abang kembar tak nak tengok.

"Meh sini along tengok." Bersuara Syahir Nuqman apabila nampak wajah sedih adik bongsu.Controller itu diletak atas sofa.Kini Syahir fokus pada Shamina.

Jarak umur Shamina dengan abang kembar hanya 4 tahun saja.Bermakna Syahir dan Shakir berumur 13 tahun.Manakala Shamina berumur 9 tahun.

Wajah sedih tadi telah digantikan dengan wajah ceria.Shamina hulurkan crochet rabbit itu kepada Syahir.Shamina senyum sampai ke telinga apabila abang sulungnya nak tengok crochet rabbit.

"Woi along! Kau buat apa tu?" Mencelah Shakir dengan mata masih fokus pada game.Tangan pula sibuk dengan controller.Geram apabila Syahir berhenti main.Inilah sifat Syahir.Selalu sangat manjakan adik bongsu.

Syahir abaikan pertanyaan Shakir.Sudah terang lagi bersuluh apa yang dia mahu lakukan sudah nampak. "Cantik.Pandai adik along buat.Warna pink mesti wajib untuk adik kesayangan along." Puji Syahir.Dia menghadiahkan senyuman manis kepada Shamina.

Baju rabbit itu dipadankan dengan benang warna dusty pink manakala badan rabbit warna putih. Warna kesukaan Shamina ialah pink.Segala barang gadis itu pasti warna pink.Semua keturunan warna pink Shamina suka.

Walaupun Shamina baru berusia 9 tahun, dia sudah pandai mengait.Kalau masuk dalam bilik gadis itu, banyak bantal dan patung crochet yang sudah dikait.Tak sia-sia usaha Puan Noraini mengajar Shamina mengait sewaktu gadis itu berusia 5 tahun.

"Terima kasih along." Tersipu-sipu Shamina apabila dipuji oleh Syahir.Shamina lebih rapat dengan Syahir berbanding Shakir.Abang sulungnya selalu layan dia.Bukan macam Shakir sikit-sikit nak marah.

"Eee gediklah kau dik." Jeling Shakir melihat pipi kemerahan adiknya.Nak muntah hijau dia tengok.Disebabkan itulah dia tidak suka perempuan kecuali umi dan adiknya walaupun perangai Shamina manja.Tapi dia bukan gay.Dia cuma tidak suka dengan perangai kaum perempuan.

"Angah jaga percakapan." Tegur Syahir.Masak sudah dengan perangai Shakir yang agak kasar.Walaupun kembar tapi sikap mereka sangat berbeza.Syahir seorang yang lemah lembut dan penyayang manakala Shakir seorang yang kasar.

"Assalamualaikum!" Laung Puan Noraini dan Tuan Syarif yang baru pulang dari kedai.Masuk saja mereka ke dalam rumah, pandangan mereka telah dihiasi dengan benang-benang di atas lantai di ruang tamu.Inilah rutin harian Shamina pada waktu petang.Gadis itu suka luangkan masa dengan mengait.

"Umi ayah!" Jerit Shamina.Dia mengambil crochet rabbit di tangan Syahir dan berlari ke arah Puan Noraini dan Tuan Syarif.Kaki Puan Badilah dipeluk sekejap.

CINTA YANG INDAH [OG]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant