BAB 3

135 13 3
                                    

Shamina sedang bersiap di hadapan cermin dengan pakaian seragam sekolah.Tudung sekolah warna putih dilipat menjadi bulat.Apabila siap memakai tudung, Shamina menjinjing beg sekolah pink itu.Sebelum keluar, lampu bilik ditutup.

"Meh sini along bawa beg adik." Ujar Syahir yang berdiri di hadapan pintu bilik Shamina.Setiap kali hendak turun ke bawah, dia akan menjinjing beg sekolah Shamina.Syahir tidak mahu Shamina jatuh tangga ketika menjinjing beg sekolah.

"Makacih along." Shamina senyum manis kepada Syahir.

"Sama-sama."

Shakir yang baru keluar dari bilik itu ternampak Syahir dan Shamina sedang berbual.Matanya memandang ke arah tangan Syahir yang pegang beg sekolah Shamina.

Ketika Shakir berjalan di hadapan mereka, tangannya laju tarik tudung Shamina dari depan.Dia sambung berjalan tanpa rasa bersalah.

"ANGAH!" Jerit Shamina.Dia menghentak kaki kerana geram.Sudahlah nak bentukkan awning tudung susah.Boleh pula Shakir tarik tudung.Maka tudung yang sudah elok terletak di kepala sudah lari ke depan apabila ditarik oleh Shakir.Mujurlah tudung tak keluar dari muka.

Syahir geleng kepala.Masak sudah dengan perangai adik-adiknya.Dia letakkan beg pink itu atas lantai.Kemudian, dia berlutut di hadapan Shamina yang sedang baiki tudung.Kedua belah tangannya naik membaiki tudung Shamina.

"Pagi-pagi tak boleh marah.Nanti hilang rezeki.Okay cantik dah tudung adik." Pujuk Syahir.Tudung yang senget tadi sudah siap dibaiki.Satu perkara yang dia belajar tentang perempuan ialah lelaki tidak boleh sentuh tudung kaum perempuan.

Wajah marah tadi telah digantikan dengan senyum. "Makacih along.Jom turun." Shamina genggam tangan kiri Syahir.Manakala tangan kanan menjinjing beg pink itu.Syahir bangun dari melutut.

Seraya itu, mereka berjalan turun ke bawah.Syahir dan Shamina menuju ke dapur untuk sarapan sebelum ke sekolah.

Rumah mereka tidak besar dan tidak kecil.Saiz sederhana yang mempunyai empat bilik di atas dan satu bilik di bawah.Halaman rumah pula bersaiz sederhana.Biasalah rumah taman.

"Wah, ada ayam goreng! Adik suka. Terima kasih umi." Riang nada Shamina.Dia sudah duduk di atas kerusi sebelah Syahir.Tudung di bahagian depan diletak atas bahu.Sempat Shamina mengerut hidung ke arah Shakir yang sedang makan nasi goreng.

Shakir jeling dan teruskan makan.Fikir comel ke duk kerut hidung.

"Makanlah adik.Bukan selalu umi goreng ayam waktu sarapan." Ujar Puan Noraini yang duduk di hadapan Shamina.Anak daranya kalau ada ayam goreng, lauk lain dia takkan sentuh.Sebenarnya jarang Puan Noraini nak goreng ayam ketika sarapan.Tapi hari ini sengaja dia mahu goreng ayam untuk Shamina.

"Umi.Boleh tak adik nak bagi ayam goreng ni dekat kawan adik?" Pinta Shamina.Ayam goreng yang ada dalam pinggan diangkat lalu digigit.Kembung mulut itu apabila penuh dengan isi ayam.

"Boleh adik.Berkongsi rezeki dengan orang lain dapat pahala.Kejap lagi umi letak dalam bekas." Ujar Puan Noraini.Dia tidak kisah jika anak-anaknya mahu berkongsi makanan atau barang dengan orang lain.

"Makacih umi."

"Adik makan elok-elok.Nanti tercekik." Tegur Tuan Syarif.Shamina kalau makan ayam goreng memang gelojoh.Kalau boleh tulang ayam pun anaknya nak makan.

"Macam budak kecik." Kutuk Shakir perlahan.Matanya mengerling sekilas ke arah Shamina.

Shamina yang kusyuk makan ayam goreng terhenti apabila mendengar ayat yang keluar dari mulut Shakir.Ayam goreng yang tinggal sikit diletak atas pinggan.Dia pandang Shakir dengan tajam. "Adik dengar apa yang angah cakap.Adik tak pekak lagi."

CINTA YANG INDAH [OG]Where stories live. Discover now