BAB 9

95 9 0
                                    

Orang lain kalau cuti sekolah mesti seronok sebab tidak perlu pergi ke sekolah.Boleh bangun tidur lambat, main game tanpa henti dan bercuti bersama ahli keluarga.

Namun tidak pada Shamina.Dari awal cuti persekolahan, gadis itu kelihatan sedih.

"Adik tak tengok barbie ke?" Tanya Puan Noraini yang melabuhkan punggung di atas sofa sebelah Shamina.Hairan apabila televisyen yang dipasang bukan siaran barbie.

Selalunya cuti sekolah, Shamina akan marathon tengok barbie.Bukan dia tidak perasan yang anak daranya selalu termenung

Mereka baru saja pulang dari pasar tani membeli barang untuk masak.

Shamina yang sedang termenung, tersentak dengan kewujudan Puan Noraini.Dia pandang Puan Noraini dengan riak biasa. "Tak umi.Adik nak tengok cerita lain pula." Jawab Shamina.Dari tadi dia bukan fokus melihat siaran yang terpapar di televisyen.
Sebaliknya, dia hanya termenung.

"Dah bosan ke tengok barbie?" Puan Noraini cuba meneka.

Shamina geleng kepala.Dia tidak pernah bosan tengok barbie.

"Minggu depan ayah ajak pergi bercuti di Sabah.
Hari tu adik kan teringin nak tengok lembu." Ujar Puan Noraini.Shamina beritahu yang dia teringin nak pergi ladang lembu di Kundasang.

Memandangkan minggu ini anak kembarnya balik dari universiti jadi mereka akan pergi bercuti pada minggu depan.Setiap kali cuti akhir tahun, mereka akan pergi bercuti untuk meluangkan masa bersama.

Shamina hanya mengukir senyum nipis.Ada sedikit rasa teruja.

Melihat kebisuan Shamina, Puan Noraini sudah agak yang anak daranya mesti ada masalah. "Adik tak happy ke?" Selalunya kalau sebut nak pergi bercuti Shamina lah yang paling seronok.

Shamina geleng. "Adik suka."

"Umi tahu yang adik ada masalah.Meh cerita dekat umi." Naluri sebagai seorang ibu kuat mengatakan anak daranya mempunyai masalah.

Shamina mengalah.Dia cuba untuk pendamkan masalahnya tetapi tidak boleh.Selalunya kalau dia ada masalah pasti Puan Noraini orang pertama yang dia akan cari.

"Umi pernah tak berpisah dengan orang yang umi sayang? Apa perasaan umi?" Shamina menunduk.
Dia malu apabila tanya soalan begitu.

Hairan Puan Noraini dengan pertanyaan daripada gadis itu.Jarang Shamina mahu tanya soalan macam itu kepadanya.

"Pernah.Dari kecil umi membesar dengan mereka.
Mereka jaga umi dengan penuh kasih sayang.
Mereka tu ialah arwah opah dan atok."

"Bila arwah opah dan atok tiada, hidup umi rasa kosong.Rasa kosong sebab kita terpaksa berpisah dengan orang yang tersayang.Setiap hari umi rindu nak dengar bebelan arwah opah.Umi rindu nak bergurau dengan arwah atok.Inilah yang dipanggil rindu tiada ubat.Sampai hari ini umi masih rindukan arwah opah dan atok." Jawab Puan Noraini.

Terdiam Shamina.Sebak bila dengar jawapan itu.

"Siapa orang tu adik?" Tanya Puan Noraini yang hairan.

Terkelu lidah Shamina.

"Dia..." Terjeda Shamina.Dia berasa segan mahu beritahu.

Puan Noraini masih menunggu percakapan Shamina. "Siapa?" Terjongket kedua keningnya.

Shamina pejamkan mata. "Teman lelaki adik." Perlahan suaranya.Mujurlah di ruang tamu itu hanya ada mereka saja.Ini kalau dengar dekat abang kembarnya mesti akan kena marah.

Terkejut Puan Noraini dengan pengakuan Shamina. "Adik tak tipukan." Dia inginkan kepastian.

"Tak."

"Teman lelaki adik nak pergi mana?"

CINTA YANG INDAH [OG]Where stories live. Discover now