BAB 5

84 9 11
                                    

Siapa sangka yang Shamina dan Yazeed sekolah menengah sekali di MRSM.Shamina pelajar tingkatan 2 manakala Yazeed pelajar tingkatan 5.Malah perasaan cinta Yazeed pada Shamina masih sama.Shamina juga cintakan Yazeed walaupun ketika umur sembilan tahun dia hanya pura-pura faham tentang cinta.

Tahun ini merupakan tahun terakhir Yazeed bersekolah.Lagi beberapa bulan dia akan menduduki peperiksaan SPM.

"Qaisara Shamina! Sekejap lagi datang bilik saya." Ujar Cikgu Mariam yang sedang mengemas barang di atas meja apabila loceng sudah bunyi.

Shamina pandang wajah Cikgu Mariam yang terpinga-pinga.Kepala diangguk walaupun tidak tahu kenapa dia perlu datang bilik Cikgu Mariam.

"Okay cikgu."

"Terima kasih cikgu!" Serentak pelajar dalam kelas itu mengucap terima kasih.

Shamina kembali duduk di kerusi.Kepala kalih ke tepi apabila kawan sebelah panggil.

"Kau ada buat masalah apa-apa ke?" Tanya pelajar perempuan itu.

"Tak ada.Tak apalah aku nak pergi jumpa Cikgu Mariam." Balas Shamina.Seraya itu, dia bangun dan berjalan keluar dari kelas memandangkan sekarang waktu rehat.

Shamina berjalan seorang diri di koridor sekolah untuk menuju ke bilik guru.Di sini dia ada ramai kawan.Tapi dia hanya rapat dengan seorang sahabatnya yang bernama Dania.Tapi malangnya Dania kelas lain.Sedih jugalah bila tak sama kelas dengan sahabatnya.

Sewaktu Shamina pilih untuk masuk sekolah menengah, MRSM adalah pilihan utamanya.Impian nak masuk MRSM sejak umur 8 tahun lagi.Bila masuk sini, secara tidak sengaja dia dengan Yazeed satu sekolah.Siapa sangka takdir menemukan mereka semula di MRSM selepas mereka berpisah di sekolah rendah.

Apabila sudah sampai di bilik guru, Shamina ketuk pintu bilik Cikgu Mariam.

"Masuk!"

Shamina melangkah masuk apabila sudah mendapat keizinan.Dia menghampiri ke arah meja itu. "Kenapa cikgu nak jumpa saya?" Tanya Shamina.

Cikgu Mariam memandang wajah Shamina.Kertas yang ada di bawah tangannya dihulur kepada Shamina.

"Cuba baca." Arah Cikgu Mariam.

Shamina mengambil kertas dari tangan Cikgu Mariam.Kertas yang bersaiz buku 555 dipegang.Dia baca ayat yang tertulis di atas kertas itu dalam hati.

Kepada: Cik Princess a.k.a Shamina.

Assalamualaikum Mina!

Anak ketam di celah batu,
Anak kancil makan padi,
Sungguh indah pantun merindu,
Sampai hendak membelah dada.

Mina belajar rajin-rajin tau.Nanti besar kita kahwin.

Daripada: Encik Prince a.k.a Abang Yaz

Tersipu-sipu Shamina membaca.Berona merah dengan ayat Yazeed iaitu 'nanti besar kita kahwin'.Lelaki itu masih ingat lagi janjinya ketika sekolah rendah.

"Amboi! Sampai merah ye muka kamu.Blushing ke?" Tegur Cikgu Mariam apabila tengok Shamina seperti dalam dunianya.Kalau nak blushing pun fikirlah kehadiran dia di sini.

Shamina berdiri tegak.Kepala ditunduk kerana malu ditegur dengan Cikgu Mariam.

"Mestilah.Eh tak tak." Tersengih Shamina apabila terlanjur kata.

"Cikgu jumpa surat cinta kamu dalam buku latihan.Bukan main ye korang nak belah dada.Dah tak sayang nyawa ke nak belah dada.Cikgu yang baca pun nak termuntah dengan pantun cinta teman lelaki kamu." Bebel Cikgu Mariam.Niatnya panggil Shamina ke sini bukan hendak marah.Tapi dia mahu memberi peringatan kepada Shamina.

CINTA YANG INDAH [OG]Where stories live. Discover now