BAB 6

116 10 2
                                    

Kini sudah empat hari Shamina MC.Sepanjang kakinya terseliuh, Shamina perlu tidur di bilik bawah kerana mudah untuk dia pergi ke dapur dan ruang tamu.Lagi seronok apabila dia dilayan seperti tuan puteri.Nak makan pun orang yang tolong ambilkan.

Shamina duduk di atas sofa ruang tamu dengan keadaan berlunjur kaki.Matanya tidak lepas memandang televisyen yang memaparkan cerita barbie.Dari kecil sehingga umur 14 tahun, dia masih setia dengan cerita barbie.

Matanya kerling sekilas ke arah Shakir yang baru melabuhkan punggung di sofa sebelahnya.

"Dah besar pun tengok barbie lagi.Macam budak kecik." Ujar Shakir.Sengaja Shakir mahu mengusik Shamina disebabkan bosan duduk di rumah.Cuti semester masih ada lagi baki 10 hari.

"Ada jugalah orang besar tengok barbie.Angah je tak tahu." Balas Shamina.Sangkakan bila masing-masing sudah besar, mereka tidak bergaduh mulut.Kalau dah nama adik beradik, bergaduh tetap bergaduh walaupun sudah besar.Tapi tidaklah bergaduh sampai bermasam muka.

"Setakat sekarang yang angah nampak orang besar tengok barbie kau lah tu.Kaki kau macam mana? Dah boleh lari ke? Kalau boleh jom lawan lari." Ujar Shakir.Matanya turut memandang siaran di televisyen.

Dalam hati, Shamina puji sikap Shakir.Walaupun Shakir seorang yang kasar tetapi lelaki itu seorang yang mengambil berat.Sewaktu kakinya terseliuh, Syahir yang paling risau.Shakir pula hanya membuat reaksi biasa.Tapi Shamina tahu yang Shakir risaukan keadannya.Abang manalah yang tak risau bila adik kesayangan cedera.

"Lepas mengurut kelmarin dah okay sikit.Angah tunggu lagi tiga hari, nanti kita lumba lari.Kalau adik menang, angah kena belanja ayam goreng dekat adik." Balas Shamina.

Kelmarin, Puan Noraini panggil tukang urut untuk urut kaki Shamina.Orang kata kalau nak kaki terseliuh cepat lega, kena urut.Tapi disebabkan Puan Noraini tidak mahir dalam bab mengurut, dia panggil tukang urut saja.

"Tak habis-habis ayam goreng kau.Nanti dah kahwin kesian suami kau kena makan ayam goreng." Dia yang makan ayam goreng selama dua hari pun dah jemu.

Mencebik Shamina. "Nanti adik ajar suami adik makan ayam goreng.Barulah sweet bila makan ayam goreng bersama encik suami." Tersipu-sipu Shamina apabila terbayang detik-detik itu.Tak sabar pula nak jadi besar.

Shakir menggeliat badannya.Terasa geli dengan hujung ayat Shamina. "Gediknya... Kau ni dik.Tak padan dengan budak kecik nak cakap tentang orang besar." Kutuk Shakir.Dia yang umur 18 tahun pun tak fikir hal itu.

"Dik.Macam mana kaki kau boleh cedera? Kau sukan apa sampai boleh cedera?" Tanya Shakir.Terlupa pula nak tanya macam mana Shamina boleh cedera.Hairan juga dia bila Puan Noraini cuma bagitahu yang kaki Shamina terseliuh ketika sukan di sekolah.

Terpaksalah Shamina bagitahu hal ini pada Shakir.Kalau ikutkan dia tidak mahu bagitahu pada Shakir kerana pasti lelaki itu akan ejeknya.Malulah dia nanti. "Waktu tu adik nak lompat jauh.Tapi entah macam manalah waktu adik nak jatuh atas pasir tu kaki boleh terseliuh.Begitulah ceritanya."

Terlepas ketawa Shakir. "WEH HAHAHA KAU SERIUSLAH DIK!"

Shamina sudah pasti yang dia akan jadi bahan ejekan Shakir.Tak apa perkara ini kecil baginya.Dia langsung tak ambil hati dengan kata-kata Shakir.Dia tahu yang Shakir suka melawak kasar.

"Sepanjang angah duk lompat jauh, tak pernah lagilah kaki angah terseliuh.Angah ingatkan bila kau masuk sekolah menengah, kau dah aktif sukan.Tapi sama je waktu sekolah rendah dulu.Suka sangat mengelak." Ujar Shakir.Faham sangat dengan perangai Shamina yang tidak aktif sukan.

Dia masih ingat lagi ketika aktiviti sukan di sekolah rendah, gadis itu mendapat tempat terakhir ketika lumba lari.Lagi kelakar bila sukan lompat tinggi.Orang lain bila sampai di palang akan lompat.Tapi kalau Shamina dia langkah bagi lepasi palang itu saja.

CINTA YANG INDAH [OG]Where stories live. Discover now