BAB 7

111 9 17
                                    

Cuti hujung minggu sudah tiba.Pada pukul 8.00 pagi, Yazeed sudah bersiap untuk pergi ke rumah Shamina.Dia sudah berjanji dengan gadis itu untuk datang melawat Shamina pada cuti hujung minggu.Yazeed bukanlah seorang yang mungkir janji.

"Kacaknya anak bonda.Meh sini duduk makan." Sapa Puan Badilah apabila nampak kelibat Yazeed yang menuju ke ruangan dapur.

Yazeed senyum nipis. "Assalamualaikum bonda abah." Dia melabuhkan punggung di atas kerusi hadapan Puan Badilah.

"Waalaikumsalam." Jawab pasangan suami isteri itu serentak.

Mereka senyum mengusik kepada Yazeed.

"Dah ready ke nak jumpa mak mertua Yaz?" Usik Puan Badilah sambil mencedok nasi goreng ke dalam pinggan.

Terhenti perbuatan Yazeed yang mahu minum air.Mujurlah dia tidak sempat minum.Kalau tak mesti akan tersedak dengan pertanyaan Puan Badilah.Puncak hidung digaru kerana malu.

"Dia malulah Ilah.Tengok tu telinga dah merah.Garu hidung pula." Usik pula Tuan Daris.Bukan dia tak perasan yang wajah kemerahan anak terunanya.

Lagi bertambah malu Yazeed apabila ibu bapanya sakan mengusik. "Ja-janganlah usik Yaz." Tergapap-gagap Yazeed.

Puan Badilah dan Tuan Daris ketawa kecil.

"Dah jom makan.Nanti kamu lambat pula nak ke rumah Shamina.Bonda dan abah pula nak keluar dating kejap lagi." Ujar Tuan Daris.

Puan Badilah ada beritahu yang dia mahu ikut Yazeed melawat Shamina.Tetapi bila Tuan Daris ajak keluar dating terus Puan Badilah nak ikut encik suami.Ketika Tuan Daris cuti saja mereka boleh keluar bersama.

Kini giliran Yazeed pula senyum mengusik. "Untunglah bonda dapat suami yang romantik.Setiap masa mesti nak berkepit."

"Mestilah untung.Kalau Yaz nak tahu, abah dulu takut sangat dengan arwah wan kamu.Siapa ja tak kenal dengan sikap arwah wan yang tegas.Sampaikan kalau nak jumpa bonda, wan mesti ikut sekali.Tetapi disebabkan cinta abah beranikan diri untuk minta restu daripada arwah wan.Alhamdulillah berkat usaha abah berkahwinlah kami dua." Ujar Tuan Daris dengan riak bangga manakala Puan Badilah sudah senyum tersipu-sipu kerana malu.Indahnya percintaan orang zaman dulu.

"Jadi Yaz kena ambil pengajaran dari kisah abah.Sebagai seorang lelaki jangan jadi penakut.Kita orang lelaki perlu berani.Kalau betul Yaz cintakan Shamina, berusaha untuk jadikan dia sebagai isteri Yaz.Kalau Shamina tak nak jangan paksa dia untuk cintakan Yaz.Ingat pesan abah.Abah tak nak Yaz jadi seorang yang suka paksa." Pesan Tuan Daris.

"Haa kalau nak kahwin tu kena bagi habis belajar sampai ke menara gading.Biar ada pendidikan kalau nak kahwin pun.Yang penting tentang agama jangan abaikan." Mencelah Puan Badilah.

Ramai kalangan remaja kini yang terlalu leka dengan percintaan sampaikan pelajaran terabai.Sebagai ibu bapa mestilah risau kalau si anak berkelakuan begitu.

Yazeed angguk faham. "Baik bonda abah.
Alhamdulillah sepanjang Yaz kenal dengan Shamina, Yaz tak pernah lupa tentang pelajaran dan agama.Terima kasih kerana ingatkan Yaz." Ujar Yazeed.Dia bersyukur apabila dapat ibu bapa yang selalu memberi nasihat.

Puan Badilah dan Tuan Daris senyum nipis.Suasana di meja makan itu kembali sunyi.Hanya kedengaran dentingan sudu dan garfu saja.

Setelah beberapa minit, mereka selesai bersarapan.Pinggan dan cawan kotor sudah dicuci oleh Yazeed.Puas Puan Badilah melarang kerana risau kalau baju Yazeed kotor.Tetapi lelaki itu tetap mahu mencuci pinggan dan cawan yang kotor.

Kini mereka sedang berdiri di halaman rumah.

"Yaz dah ambil ke kek coklat moist?" Tanya Puan Badilah.

CINTA YANG INDAH [OG]Where stories live. Discover now