BAB 14

146 7 2
                                    

Pasangan suami isteri itu telah selesai menunaikan solat isyak.Selesai membaca doa selepas solat, Yazeed pusing ke belakang iaitu menghadap Shamina yang sebagai makmunya.Huluran sang isteri disambut.

Shamina mengucup kekura tangan suaminya.Sambil itu Yazeed mengucup ubun Shamina.Apabila Shamina angkat wajahnya, dia lihat tubir mata Yazeed sudah bertakung dengan air mata.

"Abang Yaz menangis?" Lembut pertanyaan Shamina.Tangan mereka masih bersatu ketika salam tadi.

Yazeed senyum nipis.Sebelah tangan seka air mata.

"Kenapa abang Yaz menangis?" Tanya Shamina lagi apabila Yazeed hanya bagi gelengan.

Lelaki itu menghembus nafas. "Selepas solat, abang selalu berdoa pada Tuhan untuk jagakan hubungan kita.Lama abang nantikan untuk halalkan sayang selama 18 tahun.Kita perlu berjauhan bila abang sambung belajar.Alhamdulillah, abang bersyukur bila Tuhan makbulkan doa abang.Tuhan masih jaga hubungan kita selama 18 tahun.Akhirnya impian abang untuk jadi suami sayang tercapai juga." Yazeed tahan sebak.Air matanya sudah mengalir di pipi.Dia tidak kisah jika mahu menangis di hadapan Shamina.

"Sayang nak tahu.Abang terlalu gembira bila Qaisara Shamina jadi makmum kepada Yazeed Ayyash dalam solat.Abang gembira dan bahagia.Kehadiran sayang telah sempurnakan hidup abang.Betapa untungnya abang bila jadi suami kepada sayang.
Qaisara Shamina cinta pertama dan cinta terakhir abang." Yazeed tidak dapat menahan perasaan bahagianya.

Dia bahagia apabila sah menjadi suami kepada Qaisara Shamina.

Dia bahagia apabila doanya termakbul.

Dia bahagia makmumnya ialah Qaisara Shamina.

Yazeed terlalu bahagia apabila gadis yang dicintai sejak sekolah rendah telah menjadi isteri yang sah untuknya.

"Abang janji akan bahagiakan hidup sayang.Abang nak tengok isteri abang sentiasa tersenyum bila bersama abang.Abang hanya cintakan sayang seorang saja." Ujarnya lagi.Dia ikhlas apa yang dituturkannya.

Shamina turut mengalirkan air mata kerana tidak dapat menahan sebak.Jarinya menyeka air mata Yazeed. "Terima kasih abang kerana sudi jadikan Mina sebagai isteri abang.Mina nak jadi isteri mithali untuk abang.Mina nak masuk Syurga dengan abang.Abang tolong didik Mina sehingga kita dapat masuk Syurga bersama.Bolehkan abang?"

Yazeed senyum manis. "Boleh sayang.Itu adalah tugas sebagai seorang suami.Kita sama-sama masuk Syurga.Terima kasih juga pada sayang kerana sudi terima lamaran abang.Dengan nama Allah, Yazeed Ayyash cintakan Qaisara Shamina sehingga Jannah.Hanya ajal saja dapat pisahkan kita."

Yazeed tarik Shamina masuk ke dalam dakapannya.
Dia mengalirkan air mata apabila memikirkan yang Shamina sudah sah menjadi isterinya.Hanya Tuhan saja tahu perasaan bahagianya.

"Shhh Mina ada abang.Mina kan dah jadi isteri abang." Pujuk Shamina sambil mengusap belakang badan Yazeed.

"Terima kasih sayang.Terima kasih Ya Allah." Ujar Yazeed yang berulang kali.

"Lelaki kacak tak boleh menangis." Shamina mahu hentikan tangisan itu.

"Abang menangis sebab gembira sayang." Yazeed peluk Shamina dengan erat.Teresak-esak Yazeed menangis.Dia berjanji akan jaga Shamina seperti nyawanya sendiri.

Setelah tangisan henti, Yazeed leraikan pelukan apabila teringat sesuatu.Dia menyeka air mata di pipi Shamina dan di pipinya. "Sayang tunggu sini.
Abang nak ambil sesuatu." Arah Yazeed sebelum bangun dan menuju ke begnya.Kotak baldu berwarna merah dikeluarkan dari beg.Lalu dia menuju ke arah Shamina semula dan duduk di hadapan si isteri.

Senyuman manis dihadiahkan kepada Shamina. "Izinkan abang untuk buka telekung sayang?" Pinta Yazeed.

Shamina masih dalam keadaan hairan.Kepala diangguk tanda izin walaupun tidak tahu apa yang Yazeed mahu lakukan.

CINTA YANG INDAH [OG]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora