BAB 2

116 12 0
                                    

Suasana sarapan di meja makan itu riuh dengan suara ahli keluarga kecuali Shamina.Dia hanya fokus makan tanpa pedulikan orang lain.Tudung sekolah di bahagian depan disangkut atas bahu kerana risau terkena makanan.

"Amboi muncungnya mulut anak ayah.Kenapa muncung ni adik?" Tanya Tuan Syarif apabila anak daranya diam saja.Kalau tidak Shamina orang yang paling riuh.Ada saja si kecil itu berceloteh.

"Angah kata adik budak kecik." Mengadu Shamina sambil bermain dengan sudu dalam pinggan.Dari semalam lagi dia mahu menangis apabila diejek oleh Shakir.Namun, kesedihan itu terpaksa ditahan kerana dia mengantuk.

"Dah memang kau budak kecik." Balas Shakir selamba.Dia sambung suapan nasi goreng ke dalam mulut.Daripada layan drama queen adiknya, lebih baik dia makan.Perkara kecil itu pun nak mengadu.

Shamina angkat wajah.Dia pandang Tuan Syarif. "Ayah tengok angah.Dia kata adik budak kecik!" Cemberut muka Shamina.Sudu yang ada di tangan diletak atas pinggan.Shamina peluk tubuh seperti gaya merajuk.

Shakir angkat bahu.Dia langsung tidak kisah apabila Shamina mengadu.Kenyataan betul buat apa nak tipu.Takkan dia nak cakap budak besar kot.Tak padan dengan umur.

Tuan Syarif ketawa kecil.Beginilah keadaan di rumah.Setiap hari pasti dua orang beradik itu akan bergaduh.Si abang suka mengusik adik sehingga menangis manakala si adik akan balas lawan mulut sampai menangis.Berbuih mulut nak nasihat dua orang beradik itu supaya tidak bergaduh.

"Betullah cakap angah.Adik memang budak kecik.Budak kecik kan suka menangis." Tuan Syarif sokong percakapan itu.Dia mencicip perlahan-lahan air kopi yang masih panas tanpa rasa bersalah.Sekejap lagi mesti kena pujuk anak daranya.

Tersebek-sebek Shamina apabila si bapa kata begitu.Badan dipusing ke kanan iaitu menghadap ke arah Syahir yang tengah menikmati makanan.Baju Syahir ditarik-tarik.

Syahir yang faham akan itu dia berhenti makan.Kepala dikalih ke arah Shamina.Tidak lain tidak bukan mesti kerjanya kena pujuk Shamina.Orang lain yang buat budak itu menangis dia pula kena pujuk.Lagipun dia tidak kisah kena pujuk.

Shakir putarkan bebola mata.Mulalah tu nak buat drama queen.

"Along.Ayah dah tak sayang adik.Adik nak lari rumah.Adik tak nak tinggal sini." Sedih wajah Shamina.Sakit hati apabila Tuan Syarif sokong kata-kata Shakir.Selalunya Tuan Syarif akan pujuk kalau Shakir ejek Shamina.Tapi hari ini sengaja Tuan Syarif mahu mengusik gadis itu.

Puan Noraini hanya memasang telinga.

"Ayah sayang adiklah.Ayah bergurau tu.Kalau adik lari rumah, adik nak duduk dekat mana? Nanti orang jahat culik adik lepas tu jual adik macam mana? Tak dapatlah adik nak makan ayam goreng lepas ni.Nak lari rumah ke?" Pujuk Syahir.

Mujurlah ada adik perempuan sorang saja.Kalau ada ramai tak larat nak pujuk.Yang ada sorang ni pun dah pening kepala.Kalau ramai-ramai mahunya dia pengsan nak layan karenah mereka.Sudahlah perangai perempuan pelik.

Jadi lelaki senang.Orang ejek akan dibalas dengan tangan.

Laju Shamina geleng kepala.Takut apabila mendengar perkataan 'orang jahat'. "Adik nak duduk sini.Tak nak lari rumah."

"Tahu pun takut." Mencelah Shakir.Tadi bukan beria-ria nak lari rumah.Sekarang tak nak pula.

"Adik jangan merajuk dengan ayah tau.Nanti kesian ayah sorang-sorang.Tak ada siapa nak sayang ayah." Tak sangka dengan usikan itu, Shamina mahu lari rumah.Biasalah kanak-kanak.Sikit-sikit nak lari rumah.

"Adik tak merajuk.Tapi ayah jangan cakap adik budak kecik.Adik dah besar.Adik sayang ayah." Serba salah Shamina apabila melihat wajah sedih Tuan Syarif.Awning tudung sekolah dilipat sehingga bentuk bulat.Kemudian hujung awning itu ditiup.Puan Noraini sudah mengajar Shamina bertudung sejak umur 6 tahun.Bila selalu pakai tudung, Shamina rasa malu jika keluar rumah tak pakai tudung.

CINTA YANG INDAH [OG]Where stories live. Discover now