BAB 12

68 7 0
                                    

"Abang Yazeed!" Panggil Hafiya dari jauh.Langkahnya dilajukan apabila Yazeed berjalan tanpa pedulikannya.

"Abang!" Hafiya geram apabila Yazeed tak endahkan panggilannya.Orang ramai yang berada di hospital sudah pandang ke arah Hafiya.

Tidak mengapa.Kakitangan di hospital sudah faham bagaimana perangai Hafiya.

Yazeed dengar saja panggilan itu.Tetapi diabaikan kerana dia tahu apa yang Hafiya mahu cakapkan.Kakinya masuk ke dalam lif apabila pintu sudah terbuka.Niatnya bukan mahu memalukan Hafiya.Sebaliknya, dia mahu mengelak dari
sepupunya.

Hafiya pantas lari apabila pintu lif hampir tertutup.
Dia sempat masuk dalam lif dengan nafas tercungap-cungap.

"Abang Yazeed pekak ke! Orang panggil kenapa tak dengar!" Marahnya.Rambut dikuak ke belakang.Panas hati sungguh dengan sikap Yazeed.

Yazeed bergerak ke belakang apabila kedudukan mereka dekat.Dia tidak mahu menimbulkan fitnah walaupun mereka sepupu. "Kenapa Fiya panggil saya?"

Hafiya kerut dahi apabila dengar panggilan itu.

"Saya? Kenapa tak gelarkan abang Yazeed? Arh! Itu tak kisah.Yang buat Fiya geram sekarang ni kenapa abang nak kahwin dengan perempuan lain.Abang Yazeed lupa ke tentang perjanjian tu?" Tentang panggilan diri itu Hafiya tolak ke tepi.Yang penting sekarang ini dia perlu tanya tentang perkahwinan itu.

Pintu lif terbuka.Yazeed terlebih dahulu keluar dari lif dan menuju ke office nya. "Tak.Saya tak pernah lupa.Ini soal jodoh Fiya.Anggaplah yang kita tak ada jodoh." Lembut pertuturan Yazeed.Sudah berapa kali dia tolak tetapi Hafiya masih menaruh harapan padanya.

"Senangnya abang Yazeed cakap.Tak kisah jodoh ke apa ke.Yang penting abang Yazeed kena ikut perjanjian tu." Hafiya jalan sebelah Yazeed sambil marah.Dia masih lagi dengan sikap degilnya.

"Perjanjian tu dah lama Fiya." Yazeed malas mahu layan.Walaupun mereka sepupu, kadang-kadang Yazeed rasa malas nak layan sikap Hafiya yang suka mengungkit tentang perjanjian itu.

"Fiya tak kisah.Janji harus ditepati." Hafiya masih degil.

"Kenapa abang Yazeed pilih perempuan tu? Sampaikan abang mungkir janji." Hafiya tanyakan lagi soalan.Dia tahu yang Yazeed seorang tepati janji.Tetapi bila melibatkan perjanjian itu, Yazeed telah menjadi seorang mungkir janji.

Yazeed berhenti di hadapan pintu bilik office nya. "Saya tak pernah mungkir janji.Cuba Fiya tanya semula pada mak lang tentang perjanjian tu."

"Oh untuk soalan Fiya kenapa saya pilih gadis itu kerana dia jodoh saya.Saya cintakan dia sejak kami kecil lagi." Terang Yazeed.Dia menggunakan gelaran 'gadis' kerana itu adalah sopan.

Hafiya mengawal riak mukanya.Sakit hati dengan jawapan itu. "Habis tu macam mana dengan perasaan Fiya?"

"Fiya.Ramai lagi lelaki di luar sana.Fiya carilah lelaki yang lebih sempurna dari saya.Saya minta maaf kalau selama ini saya bagi harapan pada Fiya.Kalau Fiya ada perasaan cinta pada saya, cuba perlahan-lahan buang perasaan itu.Berdoa pada Yang Maha Esa supaya Fiya jumpa lelaki yang cintakan diri Fiya." Yazeed nasihat Hafiya dengan lembut.

Yazeed tahu yang Hafiya sukakan dia sejak kecil lagi.Tetapi dia hanya anggap Hafiya seperti sepupu kerana di hatinya ada seorang gadis yang dicintai.

Senang saja prinsip hidup Yazeed.Jika dia cintakan seseorang itu, dia akan cinta sehingga akhir hayatnya.

Tipulah kalau kata Hafiya tidak kecewa bila dapat tahu yang tak lama lagi Yazeed akan bernikah.Siapa saja tidak sedih bila pujaan hati akan bernikah dengan orang lain.

Hafiya angguk perlahan.Dia menghembus nafas perlahan-lahan. "Insya-Allah abang Yazeed.Fiya cuba buang perasaan itu walaupun tak mudah." Dia mengalah.Betul juga apa yang Yazeed bagitahu.Terima qada dan qadar.

CINTA YANG INDAH [OG]Where stories live. Discover now