NEW-3

37 5 0
                                    

Bengkak hati Puspa melihat kakaknya di pelamin..

Adri..

Lepas malam pertunangannya, atau lebih tepat.. malam kejujuran dan pengakhiran hubungan mereka 3 bulan yang lepas.

Puspa terus cuba jauhkan diri.

Lelaki itu berubah 360 darjah.. ke lelaki itu memang seperti itu dan hanya 'kesian' kan nya sahaja.

"Pa.." Jemari Puspa digengam.

"Kenapa Chef?"

"Kau sedih sangat ni. Kawal sikit muka, nanti mak kau bebel pulak." Puspa sandarkan pipi di lengan wanita yang lebih tua darinya itu.

"Saya penat la chef.."

"Kita bukan dekat hotel, Puspa.."

"Ye la, kak." Kak Ti, atau Chef hidayati.

She know everything selain..

Lelaki malam tu.

***

"Harini pemilik utama hotel kita akan datang. Please, do something yang buatkan dia suka. You know, awak semua bukan kali pertama diberi warning. Mungkin Puspa tak tahu, so senior yang lain boleh tolong Puspa."

"Baik, Manager."

"Okay! segala aturan saya serahkan kepada chef Hussein."

"And! congratulations for Puspa." Puspa pandang wajah manager nya. Kening diangkat.

"For your graduation." Puspa tersenyum. Lebar..

Sudah lama dia tidak senyum sebegini lebar.

Akhirnya, ada juga orang yang menghargainya.

Betul cakap kak Ti.

Kalau kau ada di tempat yang tepat, kau akan dihargai. Dan pilihan aku untuk berada di Buddy  cuisine bukan lah sesuatu yang salah.

"Congratulations!!" Penuh ucapan penghargaan Puspa terima. Bukan dia tidak menghargai, tapi dia berharap yang mak, abah nampak usahanya..

"Kau nak sambung degree pulak ke?" Puspa angkat bahu.

"Kalau cukup duit."

"Sambung aje, lebarkan sayap mu Puspa." Puspa tersenyum dan kepala diangguk. Dia terima tepukkan gemuruh dari para chef yang lain.

"Do your best, buddy.."

"I will.."

***

Puspa buka lockers miliknya.

Melayang sehelai kertas jatuh ke atas kasut sports nya. Kertas itu dikutip.

'بوروڠ يڠ تربڠ بيبس د اودارا سبنرڽ تيدق تاهو هالا توجو ڽا. تاڤي کناڤ دي ماسيه تربڠ سدڠکن دي تيدق تاهو د مان تمڤت اونتوق منچاري ماکنن؟'

'سبب دي تاهو، رزقي الله ايت لواس.'

'جادي، ڤوسڤا کو سايڠ. جاڠن مڽره، رزقي الله لواس اونتوق مو. کالاو اد يڠ تيدق مڠهرݢاءي اوسها مو. اکو اکن هرݢاءي ڽا.'

~ا.ب
'Burung yang terbang bebas di udara sebenarnya tidak tahu hala tujunya. Tapi kenapa dia masih terbang sedangkan dia tidak tahu di mana tempat untuk mencari makanan?'

'Sebab dia tahu, rezeki Allah itu luas.'

'Jadi, Puspa ku sayang. Jangan menyerah, rezeki Allah luas untuk mu. Kalau ada yang tidak menghargai usaha mu. Aku akan hargainya.'

~A.B

---------------TBC..

27.12.2023

Tengah mengeja ke tu. hahaha

Bunga PertamaWhere stories live. Discover now