NEW-12

32 5 0
                                    

Akhirnya Puspa jejak juga kaki ke rumah orang tuanya selepas sahaja majlis akad nikah tadi. Ini pun atas permintaan abah.

Abah tak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Abah cuma tahu yang Puspa dan mak berbalah mulut, bukannya dia dihumban keluar.

"Masuk Pa, Ardi." Ardi gengam jemari montel Puspa.

Macam dia pulak yang tuan rumah.

Puspa ingin lepaskan tautan tetapi Ardi kuatkan gangaman.

"Saya jelaskan semunya malam ni. Kenapa saya berlakon jadi orang lain dan kenapa saya nikah dengan awak. Semuanya. Saya janji sayang.." Suara lembut itu..

Mana mungkin orang semontel aku sanggup tolak.

Akhirnya Puspa angguk.

"Kau balik kenapa? ini jantan mana pulak yang kau bawak balik. Laki kau mana?!"

"Maknya pun. Anak baru balik kan, awak nak marah aje kerja dah kenapa. Apa salah dia? Ardi ni la laki dia. Awak ni kenapa. Awak yang beria nak nikahkan Tuan Ardi ni dulu dengan Puspa, sekarang awak yang meroyan duk tanya mana laki dia." Mak kelihatan bingung. Atas bawah dia pandang Ardi.

Klak!

Pintu bilik milik Melur terbuka dan Adri keluar dari bilik itu. Kakinya terhenti melihat Ardi dan Puspa di muka pintu.

"Er.."

"Kenapa muka kau orang ni sama?" Soal mak.

"Ardi ni adik kembar Adri." Jujur Adri, pandangan sinis terukir di bibirnya.

"Kembar? habis yang datang sebagai tuan Ardi tu?" Adri angkat bahu.

"Entah, lakonan la kot. Kalau tidak, manakan adik sendiri pun tak kenal." Balas Adri. Ardi hanya kekal tenang. Cermin mata dia tolak ke atas semula.

"So, kau sekarang dah jadi adik ipar aku la kan." Ardi senyap.

"Aku ingat pekak aje, rupanya bisu sekali." Adri berlalu keluar dari rumah.

"Bilik awak mana?" Soal Ardi kepada Puspa.

"Depan bilik kak Melur." Ardi tarik tangannya melintasi mak Puspa.

"Jaga tutur kata kau sebelum kau menyesal."

"Aku hormat kau sebagai mak yang melahirkan Puspa." Mak telan liur.

Gerun pula bila terdengar suara itu.

---------------TBC..

27.12.2023

Bunga PertamaWhere stories live. Discover now