NEW-35

35 2 0
                                    

Mummy terlihat terkedu dengan ujaran Ardi, bening itu membasah.

"Kilaf mummy.. mum.. mummy terlalu fikirkan kesempurnaan sampai mummy sanggup biar Ardi membesar tanpa mummy. Sekarang I menyesal, Ardi maafkan mummy ye? mummy tahu ia sudah lambat, 23 tahun bukan jarak yang dekat.." mummy ingin capai tangan Ardi tetapi pantas Ardi menepis lembut. Tangan Puspa pula yang dia gengam.

"Jom balik. Dah lewat.." Puspa hanya mengangguk.  Dia tahu Ardi sakit mendengar alasan yang tak kukuh dari mummy.  Hanya disebabkan Ardi ada kekurangan mummy sanggup buang Ardi?

"Kami balik dulu, mummy.." Puspa salam tangan mummy Ardi, begitu juga Ardi.

"Ardi.. mummy--"

"Lain kali kami singgah lagi, Puspa janji akan bawa Ardi." Puspa usap tangan tua itu.  Puspa harus bersyukur, walaupun dia juga ada kekurangan tetapi mak tak pernah serah dia pada orang lain untuk dibesarkan.

***

"Awak okay?" buat sekian kalinya Puspa mengulang soalan yang sama.

"Abangg.." Puspa letak kepala diatas bantal yang sama kepala Ardi beradu. Ardi hanya tersenyum dan memberi ruang pada bantalnya untuk kepala Puspa selesa di atas bantal itu.

"Saya okay la. Tak payah guna taktik goda ala-ala orang dulu tu, saya suka tapi kalau panggilan itu hanya digunakan untuk awak pujuk saya. Sorry, it's not working."

"Awak betul-betul maksudkan ke?" Ardi pandang Puspa.

"Hm? maksudkan apa?" soal Ardi semula.

"Panggilan tu. Awak memang nak saya panggil awak abang ke?" Ardi tahan senyum.

"Kenapa?" soal Ardi lagi.

"Kalau awak suka, saya okay aje nak tukar panggilan. Tapi kenapa awak nak digelar sebagai abang? bukan orang lelaki tak suka ke, sebab macam old school."

"Old school la best. Lagipun ber 'I You' 'saya awak' apa aje yang best? itu dah biasa, dah jadi awam."

"Tapi kalau awak yang panggil saya abang.. sedap juga bila dengar.." Ardi kucup pinggir bibir Puspa. Puspa kerut hidung tanda malu dengan tingkah Ardi.

"Cuba panggil sekali lagi? but, make sure 'abang' tu terdengar macam dipanggil oleh seorang isteri." Puspa kerut dahi. Habis panggilan abang yang tak dipanggil oleh isteri bunyinya macam mana?

Abe?

"Huh?"

"Haih, awak ni blur macam katak la!" terus Puspa muncung bibir. Dia kata aku blur macam katak?!

"Ada beza tau, tengok eh.. abang~~ dengan abang!!" siap dengan intonasi lagi. Tahan tawa Puspa dibuatnya.

"Ada beza kan?" Puspa angguk kepala.

"Abang~~"

"Ha kan sedap bunyinya." puji Ardi. Berpuas hati bila ajarannya diikut dengan baik.

"Abang okay ke?"

"Mesti la okay, ada nampak macam abang sakit? cuma nyamuk la banyak sikit." shokk! dia guna kata ganti nama diri abang!!

"Memang la dah rumah kampung kan. Tapi maksud Puspa, sini." senyuman dibibir Ardi sirna. Puspa ketuk beberapa kali dada kiri Ardi.

"Sakit lagi?" Puspa nampak mata itu berkaca.

"Tak pernah hilang rasa sakit tu, sayang."

"Sampai sekarang?"

"Hm.. kecuali bila Pa ada dengan abang. Sayang buat abang lupa sakit tu.  Your presence makes me calm."  dia usap wajah si isteri.

"Don't leave me.." ucap Ardi perlahan, menerima anggukan dari Puspa.

***

"Ardi!" pintu utama yang hampir ditutup itu kembali dibuka oleh Ardi.

"Nak apa?" soalnya pada si tetamu.

"Mummy nak jumpa kau. Dia sanggup datang semata-mata nak jumpa dan mintak maaf dengan kau. Asal kau ego sangat, eh? kau tahu tak berdosa buat wanita yang melahirkan kita kecewa?" Ardi senyum sinis mendengar ujaran si kembar.

"Adri. Kau juga patut tahu, seorang ibu juga boleh buat dosa dengan anak. Dia patut datang jumpa aku, 23 tahun yang lepas! Kau! kau tak ada kat tempat aku sebab kau ada semua yang kau nak. Aku? aku hilang benda yang sepatutnya jadi milik aku.." luah Ardi. Adri tolak pintu utama agar lebih luas.

"Aku ada bawa mummy." Ardi jungkit kening.

"Nak buat apa?"

"Mummy nak tebus kesalahan dia. Tak boleh ke kau maafkan? mummy betul-betul menyesal.." Adri cengkam bahu Ardi.

Ardi hanya diam.

"Aku dah maafkan mummy dan kau tak faham apa yang aku rasa. Forgive not forget."

"Kau tak pernah nak rasa apa yang orang lain pernah rasa, Ardi. Aku tahu sakit yang ada kat dada kau sekarang ni.." Adri ketuk dada Ardi.  "sangat sakit, kan? tapi, tolong la ingat yang mummy terpaksa waktu tu, kalau kau kat tempat mummy apa yang kau akan buat?"

"I will keep both. Mummy bukan ada masalah kewangan atau masalah besar yang lain, mummy dan daddy lahir dari keluarga yang ternama. They have everything! Jadi apa masalahnya lagi?! Alasan tetap sama, mummy dan daddy tinggal aku sebab nak kan kesempurnaan, sebab itu dia buang aku supaya orang tak tahu Budi 's family ada budak cacat macam aku ni!"

"Astaghfirullah, Ardi!"

"Mengucap la. Aku tahu kau marah, tapi jangan sampai fitnah! kau--"

"Adri..." Ardi dan Adri serentah toleh ke belakang. Ada satu susuk tubuh sedang berdiri di pagar agam rumah Ardi.

"Mummy nak balik, kalau Ardi tak nak jumpa mummy harini, esok kita datang lagi." suara itu lirih dan sayu.

"Kalau boleh jangan datang langsung. Dulu boleh buat kenapa bukan sekarang?" zap! mummy Ardi tersenyum perih..

"Baik lah, mummy tak akan datang lagi. Tapi mummy nak beri sesuatu." satu kotak sedang besar diberikan kepada Ardi.

"Dalam ni ada segalanya.. kenapa mummy sanggup pisahkan Ardi dan Adri dulu."

"Mummy mintak maaf sekali lagi." wanita tua itu pusing ke belakang dan masuk ke dalam kereta Adri semula.

Buk!

Adri cekak kuat kolar baju Ardi lalu ditolak tubuh itu kebelakang sehingga terkandas di dinding.

"Ya Allah, Adri!" tika itu Puspa baru sahaja turun dari anak tangga. Berlari anak mendekati si suami. Adri pandang ke arah Puspa lalu kembali menatap si adik kembar.

"Aku harap Allah uji kau dengan kata-kata kau sendiri. Kau kata kau akan pilih dua-dua dan tak akan buat pilihan, kan? aku harap kau hadap situasi yang sama mummy tanggung dulu sampai dia sanggup pisahkan kita." Adri tolak sedikit tubuh Ardi bila dia lepaskan kolar baju itu.

"Puspa, saya balik dulu. Hmm, Melur tak berapa sihat. Nanti datang la lawat dia kat rumah saya. And... saya nak mintak maaf atas apa yang saya dah buat pada awak dulu." Puspa hanya terkelip-kelip memandang Adri. Lambat-lambat dia anggukan kepala.

Dia sudah tidak berdendam dengan Adri lagi!! Walaupun kadang rasa macam nak hantar santau online aje bila teringatkan peristiwa dulu.

"Ingat Ardi. Marah itu tak salah, tapi jangan sampai kita berdendam." pesan Adri sebelum dia beredar dari rumah Ardi.

---------------TBC..

6.4.2023

4 hari lagi nak rayaaaa....

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 06 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bunga PertamaWhere stories live. Discover now