NEW-11

30 4 0
                                    

Sekali nafas.. Aku, Puspa Noor sah bergelar isteri kepada suami aku sendiri.

Bukan itu sahaja yang mengejutkan.

Wajah itu..

Macam..

ADRI!

Dan wajah lelaki tua sebelah abah tadi pun muka ada iras-iras Adri. Tetapi versi tunang tua aku dulu.

Dulu? yes, sebab laki aku sekarang ni muda. Entah bila kena sentah segala kedut kat muka dia.

Tapi nama yang disebutkan tadi bukan Adri Budi tetapi Ardi Budi bin Arli Budi.

Lelaki itu bertubuh tegap seperti Adri, yang membezakannya hanyalah, lelaki itu berkaca mata.

Tapi..

Lelaki yang jadi tunang aku tu?

Dia..tua! Tapi ini muda.

Puspa pandang lelaki yang berada di hadapan 'suaminya' wajah itu mirip sekali dengan tunangnya yang versi 'tua' tapi..

Oh!

Puspa padang belakang telinga.

Lelaki yang duduk dihadapan suaminya itu tidak memakai alat bantuan pendengaran, tetapi lelaki muda itu mengenakannya.

"Puspa bangun dari pelamin secara tiba-tiba, semua mata beralih ke arahnya. Puspa terus berlari ke arah muka pintu. Niatnya hendak larikan diri tetapi terhenti.

Terhenti bila ada susuk lain dihadapannya..

Adri.

"Wow! apa kau buat kat sini, bukan kau nikah harini ke?" Soal Adri.

"Aku sepatutnya tanya kau, apa kau buat kat sini." Soal Puspa semula.

"Pus..pa." Kata-kata dibelakang Puspa terhenti.

Puspa pusing belakang.

Dia silih berganti melihat Adri dan suaminya.

Apa ni!

"Ardi..?" Kini baru Adri perhati tubuh Puspa atas bawah.

"Kau nikah dengan dia ke Ardi?" Ardi senyap.

"Salah ke aku nikah dengan dia. Aku bukan nikah dengan lelaki pun." Bidas Ardi.

"Puspa, jom masuk. Majlis belum selesai." Puspa geleng kepala. Ardi mendekati tetapi Puspa menjauhi.

"Kenapa..tipu saya?" Soal Puspa.

"Nanti saya jelaskan. Jom masuk." Puspa masih menjauhi bila tangannya ingin digapai oleh Ardi.

"Aku dah agak ini yang akan jadi." Adri berkata. Ardi terus langutkan kepala.

"Apa maksud kau."

"Ni. Aku tak kata salah nikah dengan dia. Tapi aku dah tahu, dia bukanlah yang terbaik, sebab tu.." Puspa pejam mata.

"Aku nikah dengan kakak dia, dan bukannya dia. See, dia ni mengada aje lebih. Aku rasa kau pun sama aje dengan aku Ardi. Kau mesti kesian dengan dia aje, kan. Sebab itu kau nikah dengan dia." Minitis air mata milik Puspa. Sakit..

Mata itu kembali terbuka apabila jemarinya digengam.

"Aku tak akan lakukan sesuatu perkara itu atas tiket 'kesian'. Sebab aku tahu.. sakitnya dipilih hanya disebabkan 'kesian'." Ardi tarik tangan Puspa masuk ke dalam rumah semula.

Mereka duduk semula di atas pelamin.

Ardi tidak habis-habis menggengam jemari itu.

"Pengantin lelaki boleh sarungkan cincin kepada pengantin perempuan." Jantung Puspa sudah berdebar.

Muat ke cincin ni..

Getus hatinya, sambil memerhati tingkah sopan Ardi.

"Muat, jangan risau ye Puspa Noor saya. Saya ukur dengan jari kelingking saya. Mesti muat punya."

"Orang tua-tua cakap. Kalau muat, maknanya.."

"Jodoh panjang." Lelaki itu tersenyum manis. Terpaku Puspa dua saat.

"Salam tangan abang, Puspa ku sayang."

---------------TBC..

27.12.2023

Bunga PertamaWhere stories live. Discover now