NEW-18

28 6 0
                                    

Puspa pandang rumah agam itu. Bila pintu pagar besar itu terbuka barulah Ardi memandu keretanya masuk.

"Jom." Ardi tolong bukakan tali pinggang untuk Puspa.

"Kenapa?" Bila Puspa masih tercegat, barulah Ardi bertanya.

"Takut.."

"Tak ada apa." Puspa pandang kereta yang terparking elok disebelah kereta Ardi.

Macam kenal..

"Itu kereta Adri." Jantung yang sedia tidak aman jadi makin tidak aman.

"Kita masuk dulu ye." Ardi cuba memujuk..

"Tapi.."

"I can't do anything.. ini perjumpaan keluarga." Akhirnya Puspa akur.

"Assalamualaikum.." Ardi memberi salam setelah menapak masuk di dalam rumah. Rumah gah serba putih itu hanya dihuni oleh mummy dan daddy Ardi.

"Waalaikumussalam.." Terdapat sepasang suami isteri sedang duduk bersebelahan dikerusi meja makan, di hujung pula dihuni oleh seorang lelaki yang agak berusia dan disebelah kanannya ada seorang wanita berusia.

Sebelah wanita berusia itu ada Adri.

Puspa pakukan mata dimerata tempat. Mana kakaknya..

"Assalamualaikum." Kini semua perhatian terkalih pada suara lunak seseorang.

Seorang wanita bertubuh bak model melangkah masuk.

Mak aii..

"Waalaikumussalam, Iris.." Mummy Ardi kelihatan gembira melihat wanita itu. Mereka berlaga pipi beberapa kali dan mummy Ardi terus menarik wanita itu duduk disebelahnya.

"Ardi. Meh duduk dengan mak tok. Adri duduk tempat maktok ye." Wanita yang berusia itu bangun dan merapi Ardi yang berdiri disebelah Puspa.

Adri kelihatan pasrah dan mengubah tempat duduk.

"Ini cucu menantu mak tok? comelnyeee.." Pipi Puspa dicubitnya. Puspa tersenyum dan menunduk salam tangan itu.

"Nama saya Puspa, mak tok."

"Lembutnya nama.. klasik, mak tok suka." Puspa tersenyum.

Aku sendiri tak suka dengan nama tu.

Adakah mak tok tengah gula-gulakan aku?

"Jom duduk. Kita makan ye, maaf mak tok dan tok abah tak dapat datang majlis nikah Ardi. Kami ada kat Qatar masatu." Ramah mak tok bercerita. Tok abah pula tanpa kata terus mula menjamah.

Puspa pandang mummy Ardi. Dia tak sempat salam pun semua orang.

"Saya tak salam lagi dengan semua orang." Ardi pandang Puspa yang berbisik. Kemudian mereka memandang mummy Ardi.

Glup!

Side eyes!

Ini bukan khabar baik!

"Nak balik nanti boleh salam." Balas Ardi. Juga perlahan.

"Tok abah dah makan. Awal betul." Ardi cuba beramah dengan Tok abah.

"You lambat. Tok abah tunggu lama tau.." Ardi tersenyum..

Ardi nampak agak rapat dengan Tok abah dan mak tok.

"Ardi makan. Puspa makan banyak-banyak.." Nasi disendokkan oleh mak tok agak banyak ke dalam pinggan Puspa.

"Dari gaya badan, hmm. Banyak nak kena diet." Senyuman dibibir Puspa terus pudar.

"Jangan cakap benda yang tak perlu depan rezeki." Potong mak tok. Macam tak sebulu aje.

Ardi masih sibuk menjamah, nampak berselera.

"Makan Ardi. Sambal sotong ni mak tok yang masak dari kampung. Puspa, ini favourite Ardi tau. Lagi satu Ardi suka makan tomya--"

"Mak tok asyik layan Ardi aje. Adri ni bukan cucu mak tok jugak ke?" Adri seolah melenting.

"Itu, mummy kesayangan you kan ada." Adri terus senyap.

"Ehem! jadi ini la perempuan yang Ardi suka sangat tu? ini aje? ingat cantik sangat, macam.. tong drum aje. Sebab dia ke you sanggup ketepikan pilihan mummy." Mummy Ardi melenting tiba-tiba.

Kting!

Puspa pandang Ardi. Sudu telah bertemu pinggan.

Wajah itu memerah..

"Why now? you never care about me before. Nope! not only before.. until now mummy tak pernah kesah pun. Dan kenapa sekarang nak persoalkan tentang apa yang I nak buat? dengan siapa I nak nikah? dengan siapa I nak hidup.."

"And why tiba-tiba you nak jadi ibu mithali?"

---------------TBC..

29.12.2023

Bunga PertamaWhere stories live. Discover now