NEW-20

32 6 0
                                    

Ardi tolak pinggan ke arah Puspa yang sedang duduk di atas kerusi island table. Dia juga ambil tempat dihadapan Puspa.

"Apa ni?"

"Shawarma." Beritahu Ardi..

"Awak tahu kan saya tengah diet."

"Dah sebulan awak tak makan masakkan saya. Makan la ye.. Celebrating! just for today.." Ardi tepuk tangan ringkas bersama senyuman penuh manis khas buat Puspa..

"Tak macam healthy food pun, boleh kena kencing manis saya macam ni.." Ardi kerut kening mendengar ujahan Puspa.

"Kencing manis?"

"Eh, ini pun healthy food tau kalau nak dibandingkan diet awak sebulan lepas.. just salad and mushroom soup.. erh, tak muak ke, saya yang tengok benda tu tiap-tiap hari pun rasa nak muntah." Puspa sengih.

Extreme diet? hm, nak buat macam mana kalau itu boleh buat dia kurus dengan cepat.

Dah penat dengar hinaan orang.

Dulu mak.

Sekarang mak mentua pulak!

No choice..

Lepas balik dari dinner rumah mummy dan daddy sebulan yang lepas, Puspa terus target untuk turun berat badan.

"Bukan manis sebab benda yang awak masak ni. Tapi manis... sebab senyuman awak tu. Ada apa-apa ke ni sampai sudi masak untuk saya. Oh! lupa, terima kasih la.. senang-senang aje." Ardi sengih dan geleng kepala.

"Tak susah pun. Sebelum ni pun saya jugak yang masak untuk awak, kan? bukan nak ungkit, tapi saya cuma suka tengok awak enjoy bila makan masakkan saya. Saya rasa dihargai. Dah lama saya nak masak macam-macam untuk awak, tapi saya tak nak lah ganggu diet awak. What makes you feel happy, I'm happy too." Puspa senyum.

Amboi, sweetnya..

"Dah, makan." Puspa ambik shawarma dan terus digigit besar.

Sedapnya..

Terpejam mata Puspa.

Rasa macam makan kat restaurant.

"Awak tak kerja ke harini?" Selalunya Ardi akan kerja hari ahad.

"Tak."

Ting tong!

Puspa pandang ke arah pintu.

"Saya buka kan.." Puspa letak shawarma atas pinggan semula.

"Nope, bila tengah makan tak boleh ubah tempat duduk.. nanti suami awak kahwin ramai, awak nak?" Puspa kecilkan mata, jeling Ardi sekilas.

Berani buat!

"Jangan tengok saya macam tu.. saya nak pergi buka pintu ni." Puspa angkat penumbuk ke arah Ardi. Meletus tawa Ardi, dia turun dari kerusi island table dan berjalan ingin ke pintu utama.

Sebelum itu, sempat Ardi usik rambut Puspa yang separas bahu itu sehingga berserabut.

"Erh!!" Naik geram Puspa dibuatnya dengan usikkan Ardi.

Suka buli orang!

Lama-lama Puspa tergelak juga.

Puspa larikan tangannya dari atas kepala sehingga hujung rambutnya.

Rambut aku dah panjang.. patut ke aku tutup hanya untuk Ardi sahaja? Puspa pandang badannya. Perutnya diusap.. dah tak ada lemak berlapis-lapis macam dulu.

Terima kasih sebab Ardi sanggup jadi jurulatih gym tak berbayarnya.

Hm, aku patut tutup semuanya.

"Ha!"

Pap!

Ardi usap kepala yang diketuk oleh Puspa.

"Sorry-sorry, siapa suruh awak jerkah saya macam tu." Puspa usap kepala Ardi..

Mesti sakit, sampai merah muka Ardi.

"Haih, bahagia rupanya cucu mak tok ni." Puspa pandang belakang mereka. Ardi sengih. Pipi Puspa dia kucup sekali. Naik merah muka Puspa tapi dia control riak wajah.

Mak tok dan tok abah.

"Mak tok!" Puspa terus peluk tubuh tua itu.

"Rindunya." Ujar Puspa.

"Mak tok pun rindu, tunggu Puspa tak datang-datang pun rumah mak tok." Mak tok usap belakang Puspa.

"Dah kurus dah cucu mak tok, pipi pun dah tak tembam dah. Puspa buat ni sebab diri sendiri atau ujaran orang?" Puspa sengih.

"Of course sebab diri sendiri, Puspa nak jadi cantik macam mak tok!"

---------------TBC..

31.12.2023

Aih.. esok dah 2024 weh🥹

Bunga PertamaWhere stories live. Discover now