NEW-30

26 5 0
                                    

"Kenapa?" Tercengang Puspa dengan permintaan Ardi.

"Awak ni memang banyak tanya ke?"

"Eh, mesti la. Awak tak izin saya pergi kerja. Ha tu, iPhone saya pun awak pegang." Ardi juling mata ke atas.

"Tak lama pun, sekarang pukul 10.00 pagi, pukul 3.00 petang nanti saya pulangkan."

"Promise, dear." Ardi cuit hidung Puspa.

"Ye la."

***

"Kau dah jumpa siapa yang sebar gambar tu?" Ardi pandang lelaki dihadapannya.

"Belum, Dato'."

"Tak payah panggil aku Dato', aku muda lagi. Just call my name." Lelaki itu garu kepala.

"Okay, Encik." Ardi jeling lelaki itu.

Majikan kot, tak akan nak panggil nama aje.

"Sekarang benda ni dah tersebar. Kalau tersebar dengan cara baik tak apa. Ini.." Ardi geleng kepala.

Pagi tadi selepas solat subuh, Ardi terus capai iPhone miliknya. Penuh notification dari twitter.

'Usahawan terkenal pasang scandal.'

'Usahawan muda 'Buddy cuisine' jalinkan hubungan dengan staff sendiri.'

'Hubungan terlarang, CEO 'Buddy cuisine'.'

WTH!

Ini mesti semua belakang mStar nanti.

"CCTV?"

"Kena delete." Ringkas balasan lelaki itu.

"Black box sekali?"

"Actually, CCTV tu dirosakkan, agak sukar nak cari balik rakaman dari black box." Denggus Ardi.

"Kau kena hadap conference."

"Aku tahu."

"Your twins.." Ardi panggung kepala.

"Dia ada sekali dalam meeting tu."

"For what? Buddy cuisine tak ada kena mengena dengan Buddy's pun kan? So family aku tak patut hadir pun."

"Kau tahu latar belakang family kau bukan orang sebarang, Encik Budi." Ardi terus bangun dari duduk.

"Aku benci bila orang lebih kenal aku dari latar belakang aku berbanding hasil titik peluh aku sendiri. Buddy cuisine tak ada setitik pun hasil peluh Budi family."

Lelaki itu jungkit bahu.

Siapa kesah. Yang penting wartawan masyuk duit masuk. Selaju dosa dia orang juga.

"That is the fact that you have to face it. Kau tak boleh buang darah yang mengalir dalam tubuh kau." Lelaki itu bangun dan menepuk bahu Ardi sebelum terus keluar dari kawasan restaurant itu.

***

"Akak! kita nak buat apa dekat sini? nanti boss adik tahu la." Puspa cuba untuk lepaskan peganggan tangan Melur.

"Tak akan Puspa tak tahu?" Dahinya berkerut.

"Tahu apa? adik tak tahu apa-apa. Telefon adik ada dengan Ardi."

"Cis, sampai telefon pun dia pegang?" Puspa jeling Adri yang berdiri dibelakang kakaknya.

"Suka hati dia la."

Bunga PertamaWhere stories live. Discover now