NEW-5

44 5 0
                                    

'Kau balik cepat.'-Mak.

'Pa ada kerja la, mak.'-me

'Kalau aku suruh balik tu balik aje la!'-Mak

Kuat keluhan Puspa.

"Kau okay tak, Puspa?" Puspa pandang rakan sekerjanya.

"Hm.. macam biasa." Dia tidak pernah mengadu domba pada rakan sekerjanya, sikit pun dia tidak pernah mengadu. Tapi mereka semua tahu apa yang berlaku. Betul lah, kadang orang luar lebih memahami kita.

Peribahasa 'Mencincang air tak akan putus' perlu diubah. Bak kata abang Jat. Zaman dah moden. Air kita tak boleh cincang tapi kita boleh tutup dia, pusing kepala paip. Nak satu Malaysia tak ada air. Boleh suruh PBA tutupkan.

"Kau nak cuti, nanti aku beritahu manager." Puspa angguk. Dan Salman terus berlalu keluar dari dapur.

Puspa sambung potong bahan-bahan untuk buat tomyam.

"Puspa, er.. Tuan Budi mintak kau masakkan bihun tomyam." Puspa panggungkan kepala. Salam.

Aik. Mana Salman?

"Manager bagi kau cuti sampai esok tapi kau kena masakkan bihun tomyam dulu untuk Tuan Budi." Aih! Budi.. Budi.. Budi.

Aku anti betul dengan nama Budi ni, walaupun aku tahu, dia bukan Budi yang sama. Adri Budi. Tapi. Arh! kesah aku, hak aku kot untuk benci tanpa sebab.

"Boleh ye, Puspa. Tuan Budi kata, tomyam kau tempoh hari sedap. Rasa macam original Thai. Abah kau kan orang petani siam. Mesti la ada rasa-rasa Thai tu. Kau pun muka dah macam awek Thai, cuma..." Salam seolah membodek.

"Apa? aku gemuk?" Soal Puspa. Tidak terasa pun. Rasa kelakar ada la.

"Eh, aku tak cakap. Aku nak cakap, kau comel aje. Dia orang sexy." Gebang Salam. Puspa mencebek dan jeling tajam ke arah Salam. Satu saat, dua saat.. riuh tawa di dalam dapur itu.

"Cepat buat." Arah Salman yang baru sahaja masuk ke dapur.

"Baik!"

"Puspa ini surat cuti kau."

***

Puspa pandang wajahnya di depan cermin. Bertudung cantik aje. Dengan makeup nipis yang ditacap oleh Melur.

See. Kak Melur boleh buat macam-macam..

"Dah siap?" Puspa angguk.

"Jom." Puspa angguk.

"Betul ke Tuan nak masuk meminang Puspa?" Puspa pandang wajah lelaki separuh usia itu. Anggaran sebaya dengan abah.

Apa buruk sangat ke aku ni sampai tak layak nak dapat suami muda?

Kalau ingatkan balik kata-kata mak tadi..

'Kau tu, tak ada siapa yang nak. Bersyukur sikit, orang tua tu nak kau. Kalau tak, hmm.. jadi anak dara tua la kau. Kau tu.." Perut yang berlapih itu dicubit kasar oleh mak.

"Kau tengok perut kau yang lagi besar dari tayar simpanan lori ni. Kau rasa, kau boleh mengandung dalam keadaan macam ni? tak. Orang tua tu duda. Dia dah ada anak, jadi dia tak kesah kau boleh mengandung atau tidak. Yang penting dia nak kau urus dia." Hampir bersentuh dagu dan dada Puspa tika mendengar kata-kata itu.

"Aku nak kau berhenti kerja." Ujaran kali ini buatkan Puspa panggung kepala laju.

"Tapi.."

"Berhenti kerja atau kau bukan anak aku lagi." Dang! Bersepai hatinya tika ini.

Puspa kesat air mata, dia pandang lelaki dihadapannya.

"Saya setuju." Semua ahli rombongan itu tersenyum.

Puspa tenung cincin yang tersarung di jari manis.

4 month..

---------------TBC..

27.12.2023

Bunga PertamaWhere stories live. Discover now