NEW-10

30 4 0
                                    

Puspa pandang jari jemari yang kemerahan dari kesan inai.

Dup dap dup dap..

Dia dah nak nikah. Tapi mak langsung tak hubunginya. Cuma abah sahaja.

"Adik.." Puspa panggungkan kepala.

"Abah." Lelaki tua itu tersenyum.

"Adik rindu abah!" Puspa peluk tubuh itu. Sudah hampir 2 minggu abah tak balik sebab kekangan kerja..

"Dah nak nikah anak abah ni. Abah mintak maaf sebab tak ada masa susah adik. Mak marah adik lagi ye?" Puspa angguk.

"Jangan sedih. Lepasni, abah jamin adik akan bahagia dengan suami. Orangnya kacak, tinggi, kaya lagi. Untung adik." Puspa cebik.

Tinggi dan kaya tu ye. Kacak tu macam, aih. Dah tua pun abah.

"Dah jangan sedih. Jom turun." Abah pimpin tangan Puspa.

"Mak dengan kakak datang?"

"Kakak aje yang datang." Balas Abah sambil pimpin tangan Puspa.

"Suami dia?"

"Tak." Huh! lega..

"Pengantin perempuan boleh duduk atas pelamin." Dengan bersusah payah Puspa naik ke atas pelamin. Baju ketat, badan dia pulak gempal.

"Comel pengantin kita harini."

Puspa tersenyum..

Puspa pandang keliling rumah. Kata simple, tapi macam meriah aje.

"Puspa!" Puspa dengar namanya dipanggil.

Terbutang matanya.

Kawan-kawannya..

Puspa lambai tangan ke arah mereka.

Macam mana dia orang tahu?

Rombongan lelaki pula masuk ke dalam rumah.

Puspa pandang lelaki tua a.k.a tunangnya dulu. Tapi Puspa rasa aneh.

Kenapa macam lain aje. Rasa macam yang ni pendek sikit dari yang datang rumah mak dulu. Kulit pun agak cerah sikit. Kaki!

Aloo pakai stocking pulak!

"Eh?" Lelaki tua itu duduk sebelah abah.

"Mana pengantin lelaki?" Soal abah.

"Ada kat luar. Ambik wudhuk semula." Abah angguk.

Suara pun lain, rasanya dulu macam garau sikit. Gelisah Puspa sendiri.

Dia ralit memikir.

"Tu dah sampai." Puspa yang ralit menyulam jemari sendiri kekal begitu juga, malas panggung kepala.

Kembar mungkin.

"Assalamualaikum." Aik! ha, betul la ni tunang dia.

Dengar suara pun tahu.. suara terdengar macam muda tapi haih!

"Waalaikumussalam."

"Kita baca kutbah nikah dulu ye." Mereka semua anggukkan kepala.

"Bismillah.."

"Nak sahkan pengantin dulu ke? Boleh la tengok dua saat sebelum akad nikah." Orang yang datang tergelak mendengar lawak saksi. Mungkin dia nampak yang pengantin agak gemuruh.

"Betul kan tu pengantinnya." Soal abah.

"Ye, saya yakin." Haih, suara dah boleh cairkan hati tapi sekali pandang--

Zap!

Mata sudah bertentang mata.

Terbutang mata Puspa.

Dah kena clorox ke ni?!!

---------------TBC..

27.12.2023

Bunga PertamaWhere stories live. Discover now