NEW-22

30 6 0
                                    

Puspa potong bawang, bawang putih dan cili padi sebelum dicampakkan ke dalam blander..

Kemudian dituangkan semua bahan yang dikisar tadi ke dalam belanga bekas dia goreng ayam tadi.

"Puspa.."

"Hm?" Puspa pandang Ara.

"Big boss kita nak kau masak ayam balada macam ni jugak, tapi tak nak pedas. Ada customer kita tak makan pedas. Terutama dari luar negara." Puspa hembus nafas.

Cerewet!!

"Ehem!"

Ketang ketung!!

Sambil Puspa sibuk mengacau sambal. Dia juga tengah melepaskan geram.

Big boss ni nak buli aku ke apa?

Geramnya aku!!

Ketang!

"Awak nak pecahkan barang dalam dapur restaurant saya ke apa?" Terus Puspa pandang belakang.

Ar?

Wajah itu tak ada secalit pun senyuman..

"Kenapa?" Makin geram pulak Puspa dengar suara dingin itu.

"Awak yang.." Puspa angkat sendu dan dihalakan ke arah lelaki itu.

"Pa! kau gila ke.." Siti potong percakapan Puspa. Tangan itu juga dia paksa turunkan.

"Dah masak apa yang saya nak? tetamu dah mula sampai. I give you guys 32 minutes to prepare everything kat dewan makan." Ardi jeling Puspa sekilas dan terus keluar.

"Dia siapa.."

"Laki kau la, Tuan Budi. Tak akan dah lupa.. nak kata kau tak tahu macam mustahi-- ke kau memang tak tahu?!" Siti sedikit terkejut.

Puspa merengus geram..

Penipu!

Dah la boleh buat tak kenal aku.

Geramnya..

Makin ditonyoh ayam di dalam sambal itu..

"Sudah.. kau nak jadikan ayam ni serunding ke?" Tergeleng Siti dibuatnya.

"Kau pergi hantar semua makanan yang dah siap. Biar aku siapkan sambal ni." Puspa pasrah.

Dia tolak troli yang dipenuhi makanan itu.

"Sorry.." Lepas sahaja tubuhnya melepasi pintu dapur restaurant Puspa terdengar suara seseorang disebelahnya.

Puspa hanya jeling dan meneruskan langkah..

"Bunga.." Puspa buat tidak tahu. Dia kejar langkah kecil Puspa..

"Dengar saya explain, please.." Rayu Ardi.

"Masa yang salah. Encik Ardi..."

"Ops, Tuan Budi.. a.k.a pemilik Buddy hotel and Buddy cuisine.."

"Bungaa.." Panggil Ardi perlahan.

"Drastik hidup saya berubah ye? Tak sangka suami yang saya ingat pekerja biasa ni turn out jadi pemilik besar The Buddy's. Konon hantar saya ke tempat kerja. Rupanya dia big boss tempat saya kerja. Patut lah kesah tak kesah aje pergi kerja lambat apa semua.. Rupanya awak big boss kat sini.." Ardi sengih. Makin geram Puspa dibuatnya.

"I don't find the right timing to explain. Saya tak nak awak terkejut."

"Now saya terkejut, wow OMG!" Mendatar suara Puspa.

"Bungaa.." Ardi dah merengek. Lengan Puspa dia goyang-goyang.

"Nak apa? tadi kemain garang. Senyum pun tak. 'Awak nak pecahkan barang dalam dapur restaurant saya ke apa?' ceh.." ajuk Puspa. Geram betul dia..

"Dah, saya ada kerja. Nanti-nanti boleh explain.."

"Awak tak marah?" Soal Ardi lagi. Dia intai wajah Puspa.

"Saya marah sebab awak tak beritahu lebih awal siapa awak. Orang lain pun tahu awak siapa. Patutlah masa kita nikah, semua orang ada. Tapi nak marah awak lebih-lebih tu tak la. Sikit aje." Jelas Puspa.

Marah-marah manja aje.

Ardi senyum..

"Kita tak pernah dating. Malam ni, malam tahun baru tau. Jadi, jom.." Ardi main jemari Puspa.

"Pergi mana?"

"Dating.."

"Tengok la kalau saya tak rasa nak merajuk dengan awak." Balas Puspa.

Ardi senyum.

"Friend?" Jari kelingking Ardi tayang pada Puspa. Lambat-lambat Puspa ingin sambut dengan jari kelingkingnya.

"Frien-.."

Cup!

Puspa pegang pipinya.

"Jumpa malam nanti, Puspa ku sayang!" Ardi berlari menjauhi Puspa.

Macam budak-budak..

Bila perasan staf mula pandang hairan ke arahnya terus dia berdehem.

Ehem!

Berjalan macam tiada apa yang berlaku. Bibir bawah dia gigit.. kawal diri dari tergelak.

"Ardi Budi!!"

---------------TBC..

31.12.2023

Bunga PertamaWhere stories live. Discover now