BAB 6

39 10 29
                                    

PUNTUNG rokok yang sudah memendek itu dibaling ke atas lantai pondok lalu ia dipijak-pijak. Khalif tersenyum senget memandang ke arah tiga orang lelaki di hadapannya.

"Amacam? Malam ini, jom lah satu game." Wang kertas bernilai RM200 ditayangkan kepada kawan-kawannya.

"Satu game saja ke?" soal Chin Meng.

"Satu pun satulah. Asalkan aku nak menang hari ini!" Rajesh terus bersetuju. Begitu juga dengan Rushdi.

Khalif menggigit dalam bibirnya. Motosikal yang terparkir elok di depan pondok yang mereka lepak ketika itu.

Pondok di tepi sungai yang terdapat di sekelilingnya botol-botol arak dan puntung rokok yang dibuang merata-rata menjadi tempat mereka menghabiskan masa bersama dengan merancang aktiviti-aktiviti yang tidak sepatutnya dilakukan.

"Aku balik dulu. Malam ini kita jalan!" ujar Khalif. Enjin motosikal dihidupkan lalu dia terus bergerak laju ke rumah.

"Aku tak kisah kalau kalah, tapi aku nak tengok si Khalif itu kalah juga. Aku akan pastikan dia tak menang kali ini!" Tiang pondok ditumbuk kuat oleh Rushdi.

"Betul, betul. Aku setuju," kata Chin Meng. Rajesh yang sedang duduk di kerusi hanya mampu mengangguk.

— — —

SAMPAI saja Khalif di rumah, wajah ibunya yang menerpa pandangan terlebih dahulu. Khalif menayang muka selamba lalu masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan ibunya.

"Bau rokok? Khalif, kamu hisap rokok ya?" Ah! Drama sudahpun bermula. Khalif menatap Sakinah dengan senyuman nipis.

"Ibu, Khalif nak hisap rokok ke, nak buat apa sekalipun, itu semua bukan urusan ibu. Jadi, ibu tak payah menyibuk, boleh tak?" tutur Khalif, kasar.

"Mestilah ibu kena menyibuk. Kamu itu anak ibu. Janganlah merokok apa semua. Semua itu kan membahayakan kesihatan kamu sendiri. Kamu tak fikir ke, Khalif?" Sakinah masih cuba untuk berlembut dengan anaknya.

"Diamlah! Suka hati Khalif nak buat apa pun. Ibu- Ah, tepilah!" Dia ingin masuk ke dalam bilik, namun sempat ditahan oleh ibunya.

"Khalif, cuba dengar cakap ibu. Ibu tak nak kamu berkawan dengan budak-budak jahat dekat kampung ini lagi. Cari kawan yang baik, Lif..." kata Sakinah. Khalif tersenyum sinis.

"Kawan baik? Siapa orang baik yang nak kawan dengan Khalif ibu? Ibu cuba jawablah! Dia orang semua itu acah-acah baik saja. Sama macam Khalil. Kalau betul lah dia baik, dah lama dia datang sini jaga ibu dengan ayah yang sakit itu!" Dadanya beralun-alun menahan amarah yang menggunung.

"Abang kamu itu pergi KL untuk belajar. Ibu dengan ayah pun tak kisah kalau tak ada sesiapa yang jaga kami. Kami cuma nak anak-anak membesar, jadi orang yang baik saja." Sakinah memandang tulus ke arah anak bongsunya.

"Ibu selalu nak menangkan dia saja. Sedangkan dia itu, tak ingat pun dekat ibu ayah. Bagi duit pun, macam nak tak nak saja." Khalif membuang pandang ke arah siling rumah.

Ketika itu, ayahnya, Faizal ingin keluar dari bilik. Namun selepas melihat situasi tegang antara si isteri dan anak, dia membatalkan niat tersebut. Dia akhirnya mendengar apa yang mereka bualkan di ruang tamu.

"Duit? Khalil ada bagi duit ke? Kalau betul, mana duitnya?" soal Sakinah. Riak muka Khalif mulai berubah.

"Tak, tak. Dia mana ada bagi duit. Nampak sangat anak tak guna dia itu," ujar Khalif. Belakang tengkuk diusap-usap.

"Itu semua tak penting. Ibu tak kisah pun tentang duit. Sekarang ini, kamu kena dengar cakap ibu. Jangan keluar dengan kawan-kawan kamu lagi. Ingat Khalif, kita ini bukan orang senang. Kalau apa-apa berlaku, susah nanti," ujar Sakinah. Khalif yang tidak mahu melayan bebelan ibunya terus melangkah ke bilik.

Ayahnya yang sedang berdiri di muka pintu bilik, dipandang sekilas sebelum dia meloloskan diri ke dalam bilik sendiri.

Faizal menggeleng kecil melihat tingkah laku anaknya seorang itu. Berbeza sungguh dengan abangnya, Khalil.

"Menyampah betul! Nasib baik aku sempat tipu tadi, kalau tak kantoi dengan si Khalil yang aku tak bagi duit dekat ibu ayah." Khalif bermonolog sendirian.

Telefon dibuka. Mesej daripada Khalil semalam dibaca semula dengan hati yang gembira.

Si Bebal

Aku dah transfer RM200 tu.
Kau jangan guna untuk buat benda bukan-bukan.

Ya, ya.
Kaki bebel lah kau ini.
Buat semak otak je.

Dia kemudian tertawa besar. Baru saja pagi tadi dia ke bank untuk mengeluarkan duit tersebut. Dan ia akan digunakan untuk pertandingan lumba haram malam ini.

Wang itu dia keluarkan dari beg dompet lalu ditatap bersama senyuman jahat.

"Kalau aku menang malam ini, kau memang milik aku!" katanya.

MENANTI KAMU 2 [C]Where stories live. Discover now