BAB 50

47 9 14
                                    

PERASAAN gembira menyelubungi diri Khalil saat dia berada di rumah. Mana tidak gembira, dia berasa sesak dan rimas apabila jururawat asyik menegurnya jika dia ingin keluar berjalan-jalan.

"Akhirnya! Dah sampai rumah! Tak ada lagi kakak nurse garang," ujar Khalil.

"Memang patut nurse itu garang, kamu itu tak reti duduk diam." Sakinah membantu Khalil untuk baring di atas katil.

"Khalil bosanlah ibu." Khalil menggosok matanya yang redup itu.

"Cuba tengok ayah kamu itu. Boleh saja baring diam-diam dekat katil... Tak bosan pun katanya," ujar Sakinah.

"Ayah lain... Khalil ini muda lagi ibu. Dah memang lumrah anak muda tak boleh duduk setempat dan aktif sepanjang masa," balas Khalil.

"Menjawab saja kerja kamu ini. Nak jadi anak derhaka?" Sakinah menarik selimut menutup tubuh Khalil sehingga separuh pinggang.

Kemudian, dia berjalan ke arah tingkap bilik. Langsir diselak lalu dia membuka tingkap tersebut.

"Anak derhaka? Tak nak ibu! Khalil minta maaf... Khalil tak nak masuk neraka. Nak masuk syurga dengan ibu, ayah dan Khalif." Khalil menggeleng laju.

Sakinah tersenyum kecil disebabkan kerenah Khalil itu. Tak padan dengan umurnya yang menginjak dewasa!

"Kamu rehat lah. Kalau ada apa-apa, beritahu ibu," pesan Sakinah sebelum meninggalkan ruangan bilik anak bujangnya itu.

"Baik, ibu!" jawab Khalil, sedikit kuat. Dia merenung siling rumah. Helaan nafas terhambur dari mulut seketika.

"Manalah kau Khalif? Baliklah..." monolog Khalil, perlahan.

Hatinya risau kerana Khalif masih belum pulang lebih tiga minggu ke rumah.

— — —

SYAH tergelak kecil melihat mesej yang baru dihantar oleh Amin dua minit lepas pada telefon Syahidah. Dalam masa yang sama, timbul rasa hairan dengan ucapan maaf yang dizahirkan secara tiba-tiba.

"Amin pun dah berubah kan abang? Baguslah," ujar Syahidah. Syah mengangguk perlahan tanda setuju.

"Alhamdulillah..." ucap Syah.

Syahidah yang sedang mengemas meja makan diperhatikan dengan senyuman nipis. Si adik cuma menjeling tajam ke arahnya.

"Untung siapa yang jadi suami Idah ini. Pandai masak, baik, sopan-santun, lemah-lembut, garang tapi comel... Tapi kalau dia merajuk, abang pun tak berani nak cakap apa-apa." Syahidah mengerutkan dahi sambil memandang wajah Syah.

"Dah kenapa puji Idah melambung-lambung ini? Buang tabiat eh?" Kain lap meja itu dilipat dua.

"Saja..." Syah menutup mulut semasa hendak ketawa.

"Mengada-ngada betul," komen Syahidah.

"Siapalah lelaki yang beruntung itu ya? Teringin nak tahu." Syah mengulum senyuman.

"Mestilah Hilman." Syahidah hanya berbisik perlahan agar ia tidak didengari oleh abangnya.

"Apa? Tak jelas. Cuba Idah ulang," arah Syah.

"Tak ada apa-apa lah." Syahidah berlari ke dapur untuk mengelak daripada disoal-siasat oleh abangnya.

"Hilman lah itu..." tutur Syah, bisik.

— — —

PINTU rumah bujang itu dikunci oleh Chin Meng sebelum dia menaiki motosikalnya. Puntung rokok yang sudah pendek itu dibaling ke tanah.

"Hari ini budak kampung sebelah ajak kita race. Geng Zuhri. Kau okey saja kan, Khalif?" Ia langsung dibalas dengan senyuman jahat oleh Khalif.

"Tak ada hal, bro. Kita tengok siapa king atas jalan yang sebenar!" balas Khalil.

Dia memeriksa keadaan motosikalnya terlebih dahulu. Dia merasakan sesuatu yang tidak enak ketika itu, namun perasaan negatif itu ditepis keluar dari sekeping hatinya.

Dia benci perasaan negatif.

"Jom! Hari ini kita lumba dekat simpang keluar dari kampung ini." Rajesh terlebih dahulu meninggalkan mereka di belakang.

Khalif dan Chin Meng menyusul selepas itu dengan kelajuan sederhana tinggi.

"Apa yang tak kena eh malam ini?" bisik hati Khalif.

Perasaan buruk itu datang berkali-kali tanpa diminta. Dan itu membuatkan fikiran Khalif sesak.

Dia meneruskan perjalanan ke simpang keluar dari kampung halamannya untuk beradu kehebatan dengan geng Zuhri dari kampung sebelah.

"Aku tak boleh kalah!" kata Khalif untuk menguatkan semangatnya.

MENANTI KAMU 2 [C]Where stories live. Discover now