BAB 01

1.2K 80 14
                                    

KAIN lap dan bekas yang berisi air dicapai lalu dibawa ke arah meja yang sedikit berselerak itu. Pinggan dan cawan yang berada di atas meja itu, sudah pun dibawa Husna kebelakang. Husna adalah rakan sekerja aku di Restoren Garden ini. Kemana-mana pun kami akan berkepit berdua. Dari kecil ke zaman sekolah sehinggalah masuk alam pekerjaan. Lagipun, Husna saja kawan yang betul-betul aku kenal luar dan dalamnya.

Bekas berisi air itu aku letak diatas meja. Tengok sahaja meja yang ditinggalkan pelanggan sebelumnya tadi... Nauzubillah, buatkan aku rasa nak mengucap panjang disitu. Harap aje dah besar panjang tapi makannya terberabur mengalahkan budak tadika. Berselerak habis!

Bukan nak mengeluh, tapi itulah kalau sepuluh orang yang datang dan sepuluh orang itu juga bawa perangai tak semegah macam ni memang petak juga kepala aku. Tambahan pula tugas aku di Restoren Garden ini adalah untuk mengelap dan mengemop seluruh kawasan restoren. Tak payah konar-konar, bahasa mudahnya, cleaner.

Segala kebersihan kawasan restoren, adalah dibawah perhatian aku. Dan katakanlah, ada tempat yang tidak bersih, maka semua itu adalah tanggungjawab aku. Silap-silap, dapat kompelin dari pelanggan, gaji aku juga yang dipotong. Tak adil kan? Ya, memang tak adil.

Husna pula ditugaskan untuk mencuci pinggan
mangkuk dibelakang sana. Fuh, aku panjat syukur. Mujur bos tak terfikir nak campakkan aku di bahagian itu. Bagi aku, cuci pinggan adalah antara kerja yang paling terbeban sekali dalam alam semesta.

Peluh yang merenik di dahi, aku lap dengan belakang tangan. Rambut yang sedikit terjuntai aku selit dibelakang telinga. Dalam pada merungut, aku tetap jalankan tugas ini dengan ikhlas.

Sedang aku khusyuk mengelap meja, terasa bahu kanan aku disentuh seseorang. Tak fikir dua kali aku terus toleh kebelakang. Toleh sahaja, muka Husna sudah terpampang jelas dihadapanku. Aku juling mata ke atas. Tahu sangat dah motif dia kemari. Dia datang, mesti nak mengganggu ketenteraman sejagat aku. Tidak pun mesti nak riak takabur disini sebab kerja dia dibelakang sana sudah siap.

"Hmm, nak apa kau?" Aku menyoal malas. Tangan masih lincah mengelap meja tadi. Siap sahaja disitu, aku terus beralih untuk mengelap meja disebelahnya pula.

Husna tidak membalas, sebaliknya dia hanya tayang sengih. Dari tadi dia hanya membuntuti kemana sahaja aku pergi. Aku jeling Husna atas bawah. Dah kenapa minah ni dok sengih-sengih macam kerang busuk dari tadi?

"Kau sengih lagi, memang aku perah kain lap ni dalam mulut kau..." Garang suara aku memberi amaran. Kain lap bewarna kelabu yang berada di pegangan aku tadi, disua ke arahnya mukanya. Mengacah-ngacah mahu melibas Husna menggunakanya.

Husna hambur tawanya disitu. Bahu aku sekali lagi ditepuk perlahan.

"Kau ni Senja, garang-garang nak kemana? Patutlah, sampai sekarang tak ada seorang lekaki pun yang lekat dengan kau..." kutuk Husna, selamba.

Kurang ajar! Sedap mulut nenek tempayan dia aje bercakap. Aku buat muka pakej dengan seketul penumbuk. Kalau Husna sambung lagi, memang dah melekat penumbuk ini dekat pipi kanan dia. Tapi mujur Husna sudah pandai diamkan dirinya. Tahu pula takut...

"Setakat kau nak mengutuk aku baik kau blah!" halau aku senada. Malas mahu melayan borak kosongnya. Lambat siap kerja ni, lambat juga aku balik nanti. Macam tiber pulak, datang semata-mata nak mengutuk aku. Pigidah!

Husna mencebirkan bibirnya. Kerusi kosong yang
berada disitu menjadi tempat dia melabuhkan punggung. Anak matanya masih mengekori segala gerak geri aku. Ibarat menilik tubuh aku dari kepala hingga ke kaki.

SENJA [ OG ]Where stories live. Discover now