BAB 10

538 61 1
                                    

WHAT a day...

Tak sangka, baru satu jam aku dan Amirul berjalan di sekitar bandar untuk mencari kerja, akhirnya, ada satu restoren mewah ini sudi menerimaku sebagai pekerjanya. Aku tak tahulah mantera apa yang Amirul bisikkan kepada mereka disini.

Masa kami sampai tadi dan tak sengaja mencuba nasib, aku nampak Amirul seakan-akan berbual panjang dengan salah seorang pekerja di restoren ini. Tak sampai lima minat, tiba-tiba, pihak restoren memaklumkan, yang aku sudah diterima masuk disini. Pelik bin ajaib. Walhal, aku langsung tak sempat ceritakan pengalaman kerjaku atau setidaknya, menunjukkan kepada mereka resume aku.

Mungkin betul apa yang Amirul katakan tadi. Boleh jadi dia betul-betul gunakan kuasa kabelnya disini. Tapi aku pun taknak ulas panjang-panjang. Dah diterima masuk disini pun aku sudah panjat syukur.

Dan ketika itu, pihak mereka memanggil aku untuk sesi suai kenal. Kata mereka, mulai esok aku sudah boleh mulakan pekerjaanku. Amirul pula aku halang dia daripada balik. Tak pasal-pasal, Amirul kena teman aku untuk sesi perkenalan.

"So, boleh saya tahu nama awak?" soal seorang lelaki dalam lingkungan 40-an. Dia yang memakai kemeja putih dan dipadankan dengan blazer bewarna biru tua. Dan tatkala anak mata aku dapat menangkap jawatan yang tertera di nametagnya, barulah aku mengerti.

Patutlah pakaiannya kemas dan bergaya semacam. Rupa-rupanya dia adalah Restaurant Manager disini. Encik Izzudin namanya.

"Nama saya Senja Nirmala. Boleh panggil Senja," balas aku sopan. Suara ganas dan kasarku, aku simpan serapi-rapinya. Yang ada, hanyalah suara lunak dan lembut. Kata orang first impression itu penting.

Nak tunjukkan sifat sebenar rasanya masih terlalu awal. Kalau iya pun, mungkin akan aku tunggu dalam dua ke tiga bulan begitu. Setidaknya, tak adalah mereka semua kat situ, terkejut berat sangat.

Encik Izzudin menganggukkan kepalanya.

"Cantik nama awak... Apapun Senja, tahniah sebab dah diterima masuk. Mulai esok, awak dah boleh start bekerja. Disebabkan awak masih baru, saya letakkan awak di posisi kitchen helper. Tugas ni tak susah mana pun, awak cuma perlu membantu apa yang patut di belakang...." terang Encik Izzudin lembut.

Aku angguk-anggukkan kepala. Aku tak risau mana, sebab semasa aku berkhidmat di Restoren Garden pun, posisi aku lebih kurang begitu. Senang cerita tugas aku adalah dari segi kebersihan.

"Suka untuk saya bagitahu awak, dekat restoren kita ni, ada dua orang chef, pertama ialah Abang Wahab. Abang Wahab ni boleh dikatakan antara chef senior disini. Hampir sepuluh tahun juga dia berkhidmat. Dan seorang lagi, namanya Ku Fawzul. Muda, single dan available." Aku nampak Encik Izzudin senyum penuh mana.

Spontan aku menoleh ke arah Amirul disisi. Aku nampak Amirul sudah ketap rahangnya sambil anak matanya tak lepas memandang Encik Izzudin di hadapan.

Lima saat kemudian, aku dengar Encik Izzudin ketawa hambar.

"Yang pasal Fawzul tu, saya bergurau aje..."

Aku pandang ke arah mereka berdua silih ganti. Tak tahu... tapi kenapa aku dapat rasakan yang Encik Izzudin ni, seakan-akan takut dengan pandangan Amirul? Ke mata aku aje yang nampak? Ah, apa-apa ajelah!

"Tapi Senja, kalau awak nak tahu, awak adalah pekerja wanita pertama yang diambil. Selalunya, kami akan ambil kaum lelaki. Iyalah, tenaga mereka lebih kuat dari wanita. Tapi bila difikirkan balik, kita pun perlukan sekuntum bunga disini," gurau Encik Izzudin.

SENJA [ OG ]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora