BAB 02

809 72 15
                                    

DENGAR sahaja suara nyaring mak dari arah ruang tamu, seperti lipas kudung aku berlari keluar. Tidak dihiraukan komputer riba yang tidak ditutup dengan benar tadi. Keluar sahaja bilik, aku teguk liur bila nampak susuk menyinga emak sudah berdiri tegak dihadapan muka pintu.

"Bila mak balik?" Takut-takut aku menyoal.

"Perempuan bodoh!"

Zap! Aku terkedu. Tapi aku hanya ukir senyum. Makian tadi bukanlah kali pertama aku dapat dari ibu kandung aku sendiri. Malah aku pernah dapat lagi teruk dari itu. Jadi setakat perkataan 'bodoh' itu tak tembus la. Jiwa aku kental.

"Aku penat-penat balik kerja, tengok rumah dah macam tongkang pecah. Adik-adik kau dah bagi makan belum? Aku memanglah dengan kau ni Senja, tak boleh diharap langsung. Kau tu anak sulung, jadinya tugas kau tu besar. Kau ingat kau tu budak-budak lagi ke Senja? Dah 24 tahun Senja, bawa-bawa la berubah sikit perangai tu..." Berdas-das bakul makian aku terima sebaik sahaja mak balik.

Aku tadahkan telinga sahaja.

"Kau dengar tak?!" herdik mak tak tertahan.

Aku raup wajah dengan helaan nafas berat. "Mak bila balik aje tak pernah tanya pasal Senja. Asyik-asyik tanya pasal adik-adik. Senja ni mak buat macam tak wujud je dalam rumah ni!" Entah kenapa aku memilih untuk membidas mak. Mana aku dapat keberanian seperti ini, jangan ditanya. Banyak benda yang aku pendam dengan mak. Dari aku kecil sampai sudah besar aku tak pernah dapat kasih sayang yang secukupnya dari mak.

Habis SPM, mak paksa aku cari kerja. Aku ikutkan saja. Semua permintaan mak, aku tunaikan. Mak minta duit gaji aku, aku bagi. Walaupun jauh dalam lubuk hati, aku nak simpan wang itu untuk sambung belajar nanti. Tapi demi mak, aku sikit pun tak pernah berkira. Apa aje yang aku tak pernah buat untuk mak? Itupun mak masih tak nampak kewujudan aku.

Sadis!

"Aku nak tanya pasal kau buat apa? Kau tu dah besar panjang Senja. Dah boleh fikir dah pun. Adik-adik kau tu, dah bagi makan belum?"

Mak memang langsung tak kesah pasal aku, sebaliknya mak masih sibuk tanya pasal adik-adik. Aku ada dua orang adik kembar. Masing-masing berusia sepuluh tahun. Segala kelengkapan adik-adik aku yang uruskan. Lepas abah meninggal beberapa tahun lalu, akulah yang kena galas segala tanggungjawab dalam rumah ni.

Mak pula? Masih lalai dengan kerja haramnya.

"Dah. Senja ada bungkuskan dia orang nasi dari restoren tadi." Nak taknak aku jawab juga akhirnya.

"Duit gaji kau dah dapat belum?" dalih mak.

Aku ketawa sinis. Tengoklah. Dah maki hamun aku berbakul pun masih tak tahu malu nak tanya pasal gaji aku. Tuhan, nasib baik kau mak saja.

"Belum. Bos kata gaji bulan ni lewat sikit..."

Mak berdecit perlahan. "Lambat ke kau sengaja taknak bagi aku pinjam? Kau ni Senja, dengan mak sendiri pun nak berkira. Aku tahu kau dah dapat gaji kau. Harini dah tujuh haribulan. Mustahil la tak dapat lagi. Bagilah aku, aku urgent sangat ni," rayu mak dengan tak tahu malunya. Bahu aku dicucuk-cucuk mak.

"Apa mak ni? Kan Senja dah cakap gaji bulan ni lewat. Dan bila masa pula Senja berkira dengan mak? Semua duit gaji Senja dulu, mak yang ambil. Itu pun mak tak nampak lagi ke?" Dada aku berombak kencang. Suara sudah bergetar menahan tangisan.

"Siapa ajar kau jadi biadab dengan aku ni Senja?" tengking mak. Tak semena-mena pipi kanan aku hinggap dengan telapak tangan mak. Aku menggerimis kesakitan sambil aku memegang pipi aku yang ditampar mak tadi.

"Senja tak pernah biadab dengan mak! Dan mak pun tak pernah cakap elok-elok dengan Senja, kenapa Senja nak kena hormat mak?" Aku membidas dengan tangisan yang akhirnya pecah jua.

SENJA [ OG ]Where stories live. Discover now