BAB 08

518 63 0
                                    

"SENJA! Kau nak pergi mana?"

Tangan aku yang sedang menarik beg sandang dari dalam locker itu terus terhenti. Wajah Husna disisi aku pandang sekilas.

"Pergi mana lagi, blah la... Kau ingat lepas apa yang aku dah buat tadi, aku boleh bekerja lagi kat sini? Aku nak berhenti," putus aku seraya beg sandang tadi digalas di atas bahu. Pintu locker dihempas.

"Takkan sampai macam tu sekali? Kau nak tinggalkan aku sorang-sorang dekat sini? Okey, kalau kau nak resign, aku pun nak resign. Aku nak ikut kau." Penuh bersungguh-sungguh Husna berkata.

Aku mengeluh panjang. Lengan Husna aku sentuh lembut. "Una... Kau tak perlu buat sampai macam tu sekali. Yang buat masalahnya aku, bukan kau. Jangan hanya disebabkan aku, kau nak berhenti kerja sekali. Aku okey. Pandai-pandailah aku cari kerja lain nanti..." Nampak redha, tapi sebenarnya tidak. Mana lagi aku nak cari kerja? Sudahlah perbelanjaan sekolah adik-adik, masih di bawah tanggungan aku.

"Kau nak kerja mana? Cuba cakap dengan aku?" soal Husna seolah-olah tidak percaya denganku.

Aku senyum hambar. "Rezeki bukan hanya direstoren ini Una. Insya-Allah, ada rezeki aku dekat luar sana. Pandai-pandailah aku usahakan nanti," balas aku sekadar mahu menyedapkan hati sendiri.

Yang aku pelik, mata Husna pula yang berkaca-kaca sekarang. Husna menunduk. "Aku kesiankan kau Senja. Aku tahu kau banyak tanggungan hidup. Aku takut kalau kau tak jumpa kerja lain..." lirih Husna dengan suara kendurnya.

Aku tarik nafas dalam-dalam. Ingin saja aku menangis dihadapannya. Namun, aku cepat-cepat tahan rasa. Aku tak lemah!

"Hei, drama betul la kau ni! Ini Senja Nirmala la. Apa je yang aku tak boleh buat? Setakat cari kerja baru tu, celah gigi aku aje." Aku tayang muka yakin.

Husna mengecilkan sedikit matanya. "Kalau kau boleh cari kerja baru, kenapa kau sanggup kerja dekat restoren ni sampai sembilan tahun? Walaupun kau tahu, kau benci kerja dekat sini?" bidas Husna.

Balasan dari Husna tadi buatkan aku terdiam. Yes, good point! Tak pula aku menidakkan. Kebisuan aku menandakan yang aku mengeyakan apa yang dikatakan Husna tadi.

Seminit kemudian, aku sengih hambar.

"Well, panjang ceritanya..." Setelah itu, aku terus hayunkan kaki ke arah muka pintu. Sempat aku menoleh ke arah Husna yang masih statik di posisinya tadi.

"Tak payah nak sedih sangat. Rumah kita tak sampai sepuluh langkah pun. Kalau aku dah dapat kerja baru nanti, aku roger kau okey? Bye, tak payah nangis-nangis, hodoh!" laung aku dengan tawa halus.

Terus Husna tergelak. "Bye Senja! Apa-apa call aku tau. Ingat jangan buat benda bukan-bukan!" pesannya prihatin.

Aku angguk seraya tangan dilambai ke arahnya. Keluar saja melepasi pintu utama Restoren Garden ini, hati aku mula dilanda sebu. Maka tamatlah perjalanan aku disini. Terima kasih untuk sembilan tahun yang penuh bermakna...









TERNYATA memang tak mudah mahu mencari kerja baru. Sudah tiga jam aku berjalan di sekitar bandar ini. Hampir semua kedai, syarikat, restoren, aku sudah masuk. Tapi semuanya menolak. Ada yang tolak atas alasan, tiada kekosongan, dan ada juga yang menolak atas alasan, aku tiada kelayakan yang menepati citarasi mereka.

Benar kata Amirul tempoh hari. SPM adalah segala-galanya. Semua kerja perlukan ilmu. Jadi rasanya untuk manusia yang tidak berilmu sepertiku, aku rasa kerja itu bukan untuk aku. Aku mengeluh panjang.

Aku mengatur langkah ke arah satu kerusi kosong yang terletak tidak jauh dari tempat aku sekarang. Setelah aku melabuhkan duduk, botol mineral yang dibeli tadi aku kelurkan. Hampir separuh isi air itu aku teguk sebelum aku letakkanya disisi.

SENJA [ OG ]Where stories live. Discover now