BAB 11

576 71 15
                                    

SEPERTI yang dijanjikan hari ini, aku sudah boleh mula bekerja. Untuk hari pertama, aku memilih untuk memakai kemeja putih dan dipadankan dengan seluar slack hitam. Rambut pula aku buat gaya basic sahaja. Formal. Memandangkan uniform rasmi restoren, masih tidak diberikan padaku.

Sebelum aku melangkah keluar rumah tadi, sempat aku berdoa banyak-banyak, agar segala urusan aku dipermudahkan Allah. Cukuplah, aku dah penat nak hadap masalah yang langsung tak bawa keuntungan padaku.

Seketika, aku menyentuh hujung bibirku yang masih terasa pedihnya. Semalam aku langsung tak sempat nak tuam atau merawat luka ini. Bangun-bangun tidur, memang beginilah gayanya. Dah macam kena sengat tebuan pakej dengan lebam sekali. Biarlah, aku pun dah malas nak cover. Kalau ada yang tanya, pandai-pandailah aku cipta alasan sendiri.

Sampai dihadapan pintu restoren, aku tarik nafas panjang dahulu. Dada disentuh. Aneh. Kenapa tiba-tiba aje aku rasa gugup? Rasanya, semalam elok aje aku beramah mesra disini. Atau mungkin, aku masih belum jumpa dengan kesemua pekerja yang lain?

Dengan kekok, pintu ditolak buka. Masuk sahaja, memang hanya ada pekerja restoren sahaja. Memandangkan jam sekarang pun masih dalam waktu opening restoren. Serentak, semua mata seakan-akan tertumpu ke arahku tanpa sebarang kata.

"Err... Assalamualaikum," sapa aku penuh janggal. Tali beg sandang, aku genggam seeratnya.

Sunyi.

"Pekerja baru?" Salah seorang dari mereka menyoal.

Aku terus mengangguk.

"Ohh... Encik Izzudin ada beritahu kami tentang pekerja baru. Kami semua ingatkan pekerja baru tu lelaki, iyalah sepanjang restoren ni beroperasi, bos tak pernah ambil perempuan..." sambung lelaki itu lagi.

Aku hanya senyum kekok. Bukan apa, tak tahu nak balas apa. Dengan panahan mata masing-masing, memang lemah skru lutut aku dibuatnya.

"Masuklah... Sampai bila nak tercegat depan pintu tu..." pelawanya lagi. Seketika, kesemua disitu pecah tawa.

"Oh iya..." Aku berlari-lari anak ke dalam.

Dalam lima orang lelaki yang pastinya semua pekerja disini mula mengelilingi aku. Aku ditengah sudah seperti tugu negara. Tegak tak berkutik. Wajah satu-satu aku pandang. Memang semua pekerja kat sini muda-muda ke?

"Biasanya kalau ada pekerja baru, kami akan ada sesi suai kenal dulu..." maklum lelaki itu. Sempat aku menjeling pada name tag yang tersemat di atas apronnya itu. Lelaki yang banyak celotehnya sedari tadi, bernama Adli.

"Tapi semalam saya dah buat sesi suai kenal dah..." Entah mana aku dapat keberanian untuk membidas kata-katanya tadi.

Adli senyum tipis. "Itu dengan Encik Izzudin je. Harini dengan semua pekerja pula." Adli menambah.

"Sebelum tu... Ku Fawzul!"

Sebaris nama itu diseru Adli. Kuat. Batang tubuhku automatik mengeras. Tiba-tiba aku rasa tak sabar nak berjumpa dengan gerangan yang bernama Ku Fawzul itu. Dari semalam, nama itu asyik menerpa gegendang telingaku. Tapi wajahnya langsung tak pernah ku dilihat.

"One second!" Seseorang menyahut dari dalam dapur.

Adli pandang aku semula.

"Selalunya, Ku Fawzul yang akan guide pekerja baru. Apa-apa nanti. awak bolehlah bertanya dengan dia. Jangan risau dia tak makan orang, cuma dia..."

SENJA [ OG ]Where stories live. Discover now