BAB 22

539 67 1
                                    

"SENJA, lelaki tu siapa eh? Boyfriend kau ya..." Lengan aku dikuis-kuis.

Aku mengeluh. Pandang dia disisi, sebelum mata aku julingkan ke atas. "Diam sikit boleh tak? Jangan sampai kau yang aku sumbat dalam kawah ni!" Masa orang tengah sibuk dok merewang la dia nak bukak kaunter pertanyaan dekat sini.

Latifa merengus.

"Tanya sikit pun nak marah-marah. Cakap baik-baik tak boleh ke?" bebel dia lagi.

"Tak boleh!" jerkah aku kuat.

Latifa adalah anak tunggal Pak Long. Perempuan yang aku kata kombo mulut longkang dengan Mak Long. Dia dengan mak dia memang tak ada beza. Bak kata pepatah, kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.

Kenapa aku tak suka dia orang berdua? Semuanya sebab mulut dia orang yang tak ada insuran tu. Dari dulu lagi, Mak Long dan anak dia cukup tak berkenan dengan kami sekeluarga. Entah apa yang dia benci sangat, aku pun tak tahu.

Cakap pasal anak gadis dia yang bebal ni, boleh buatkan aku kena darah tinggi. Kalau maknya mulut tak ada insuran, si anaknya pula macam tak pernah belajar sivik. Mulut asal jalan aje. Kalau diikutkan hati, mahu aje aku beli sebotol dua air zam-zam, lepastu bagi dua beranak tu teguk. Kalau tak jalan juga, alamatnya memang aku tukar air dia orang tu kepada clorox. Biar terkojol kat situ juga.

Geram!

"Tak yang kau ni memang dah tak ada aktiviti lain ke yang nak dibuat? Sibuk nak jadi tungau kat sini dah kenapa?" soal aku geram.

"Mama cakap, aku tak payah tolong apa-apa. Nanti tangan aku jadi kasar. Maklumlah, kita ni perempuan, kenalah sentiasa menjaga penampilan diri. Tengoklah diri kau tu Senja... Selekeh!" Sempat pulak dia memerli aku dihujung ayat.

Aku berdecit.

"Aku buat kerja berat-berat pun elok aje licin tangan ni. Cakap ajelah yang kau tu ada penyakit kulit, sebab tu tak boleh buat kerja rumah." Sinis.

"Cakap baik-baik sikit eh?" marah Latifa.

Aku hanya ketawa disitu.

"Tipah!" seru Tok Wan kuat. Cukup kuat sampai semua kepala yang ada disitu terus menoleh ke arahnya.

Pft! Terus terhambur tawaku disitu. Wajah Latifa yang sudah bertukar masam itu dipandang. "Oi Tipah! Tak dengar ke Wan panggil kau tu?"

Latifa hanya buat tak endah.

"Eh Tipah! Sini tolong aku kat dapur. Daripada kau sibuk jadi aksesori bumi dekat situ, baik kau tolong apa yang patut dengan dapur tu."

Latifa merengus. Badanya terus dipusingkan ke belakang. "Wan berapa kali Ifa nak cakap, jangan panggil Ifa dengan nama tu! Buruklah! Ifa tak suka! Nampak low class sangat..."

"Semua orang panggil kau Tipah dari kecil lagi. Tak payah nak acah-acah nama bandar sangat. Dulu kau tu mandi parit juga dengan si Senja tu," bidas Tok Wan selamba.

Yes! Aku dah ada geng. Wajah Latifa langsung bertukar kelat sebelum dia bangun dari duduknya.

"Tulah lupa daratan lagi..." Sempat aku memerlinya dengan nada perlahan.

"Diamlah tomboy!" jerit Latifa geram. Seraya kaki terua diatur masuk ke dalam rumah.

Tercebik aku disitu. Ewah! Suka hati dia aje cop kita tomboy. Tapi kutukannya tadi langsung tak tembus ke dalam jiwa. Rileks la, aku dah lali.

SENJA [ OG ]Where stories live. Discover now