BAB 06

619 62 0
                                    

"SAIDA, sudah-sudah la tu bertiktok, buat la kerja sekolah ni. Esok, cikgu tanya, abang juga yang kena jawab!" marah Said.

Kepala aku terus terangkat melihat karenah dua adik kembarku itu. Aku tengok Said sudah ramas-ramas rambut kepalanya. Mungkin sudah naik runsing dengan lagu tiktok si Saida ni. Yang si Saida pula, masih terkinja-kinja dihadapan telefon cabuk dia tu.

"Eh Saida, kau tak payah nak acah-acah influencer sangat dekat sini. Buat kerja sekolah tu. Ada yang kena sebat punggung kejap lagi ni." Giliran aku pula yang menegur. Kalau tak dibendung budak ni, takut makin menjadi-jadi perangainya.

Saida mengeluh panjang. "Saida bosan la akak. Nak buat kerja sekolah tak reti. Haih, kenapa la adanya kerja sekolah ni. Kan best kalau Saida jadi tiktokers. Tak payah fikir pasal sekolah," keluh Saida selamba.

"Lepastu buat tiktok, kau reti pula?" bidas aku lagi. Tiktokers mana pula yang dah pengaruh adik aku ni?

Saida menyengih. Telefonnya diletakkan di atas meja kecil sebelum dia kembali duduk bersila disebelah abangnya, Said.

"Abang taknak ajar Saida. Saida mana reti nak buat kerja sekolah matematik ni akak." Tak pasal-pasal, Said yang diam sedari tadi kena fitnah.

Said sudah menjeling adiknya disisi. Celah mana dia tak ajarnya? Sudah berbuih mulut dia terangkan formula matematik kepada si Saida ni. Tapi Saida ni dok khusuk melayan perangai gediknya tu.

"Akak, mak mana eh?"

Soalan dari Saida tadi buatkan aku tersentak. Aku jeling jam di dinding. Sudah pukul sembilan malam, tapi mak masih tak pulang-pulang. Makan malam tadi pun, aku yang masak. Apa yang ada, itu sajalah yang dapat aku masak. Asal dapat makan sudah. Itu prinsip kami tiga beradik.

"Mak sibuk dengan kerja dia..." Itu sajalah yang aku dapat balas. Takkan aku nak balas, 'mak sibuk tengah layan pelangan-pelanggan dia'. Gila!

Aku mengeluh lagi.

"Dah siap kerja sekolah tu nanti, pergi masuk tidur. Dah lewat sangat dah ni," arah aku senada.

"Baik akak," jawab Said dan Saida serentak.

Tak sampai lima minit, pintu rumah ditolak dengan kasar dari luar. Serentak, pandangan kami bertiga teralih ke arah muka pintu. Kelibat mak mula muncul sambil memegang belakang kepalanya. Tak lain tak bukan mesti mak mabuk.

"Said, Saida, masuk bilik." Laju sahaja aku menghalau adik-adik. Niat asal, tak mahu mereka tengok keadaan mak yang tak senonoh seperti sekarang. Lepas mereka berdua masuk ke bilik, aku terus berlari mendapatkan mak.

"Mak mabuk kan?" Tubuh mak aku cuba papah, tetapi mak lebih pantas menepis tangan aku.

"Jangan sibuk hal aku lah! Adik-adik kau mana? Dah bagi makan belum?" Dengan keadaan yang terhuyung-hayang, mak cuba berjalan ke hadapan.

Aku terus jauhkan diri dari mak. Satu keluhan berat dilepaskan. "Dia orang dah masuk bilik, tidur," jawab aku malas. Macam itulah mak, asal balik saja, pasti tanya tentang adik-adik. Aku disini langsung tidak dihiraukan.

Mak terus hempaskan punggung di atas sofa. Kepalanya disandarkan di atas dada sofa sambil kedua belah matanya dikunci rapat.

"Duduk sini sekejap Senja." Dengan mata yang terpejam, mak memanggilku.

Aku jadi berbolak-balik disitu. Nak pergi ke tidak? Sudahnya, aku akur dengan arahan mak. Punggung dilabuhkan berhadapan dengan mak. Cuma bezanya, aku duduk di atas lantai, manakala mak duduk di atas sofa.

"Mak nak cakap apa dengan Senja?" tanya aku sambil kepala lutut dibawa separa dada.

Mak terus tegakkan badannya. Sesaat kemudian, mak kembali bersandar. "Kau masih kerja dengan restoren tu?"

SENJA [ OG ]Where stories live. Discover now