Bab 5

322 17 0
                                    

"Syafiq!" Puan Marina meninggi suara.

"Syafiq, kenapa tinggalkan mereka di luar, tak baik layan tetamu begitu. Perempuan tadi kawan Syafiq kan? Pembantunya beritahu mama yang dia ada tawarkan kerja. Kenapa mama tengok Syafiq gelisah, serba-serbi tak kena?" soal Puan Marina hairan dengan tindakan mendadak Syafiq. Langsir yang menutup sliding door diselak. Kelihatan kereta sedang meninggalkan perkarangan rumahnya.

"Mama...." Syafiq duduk di atas sofa. Nafas panjang dihela laju. Dia hampir membocorkan rahsia. Syafiq tidak mahu menambah masalah yang ada. Tambahan lagi, sejak beberapa hari ini, kesihatan Puan Marina selalu merosot.

"Syafiq, cerita pada mama apa yang dah berlaku? Mama tahu Syafiq sembunyikan sesuatu daripada mama," pinta Puan Marina. Dengan apa yang terjadi di hadapan mata, dia berhak mengetahui segalanya.

Syafiq picit dahi. Patut dia jujur atau terus berselindung dengan penipuan?

"Perempuan tadi nama dia Helena Zara. Syafiq mula kenal dia semenjak tujuh tahun yang lepas. Selepas Syafiq dibuang kerja, dia ada tawarkan Syafiq sebagai doktor di pusat jagaan yang dia uruskan. Syafiq tolak sebab tak nak lagi ada kaitan dengan Sarina Medical Centre, dengan pembukaan klinik lagi."

"Hari ini dia datang untuk pujuk Syafiq lagi. Syafiq tak dapat fikir sekarang mama, sebab itu Syafiq lari daripada dia. Syafiq sedar tindakan Syafiq keterlaluan, dah terpaksa. Syafiq serabut dengan permintaan dia," jelas Syafiq tidak sepenuhnya.

"Dia ada kaitan dengan Datuk Suhaimi ke?" nada Puan Marina kedengaran gusar. Cukuplah seorang anak Datuk Suhaimi hampir merosakkan masa hadapan Syafiq.

Syafiq terus geleng. "Tak tahu. Cuma Syafiq baca yang selain Sarina Medical Centre, Puan Sri Sarina turut mendirikan pusat jagaan untuk pesakit tenat."

Puan Marina diam, mengerti dan jelas dengan situasi yang menghimpit anak lelakinya. Puan Marina tidak mahu membebankan fikiran Syafiq lagi, cukuplah dahulu.

"Mama, pendapat mama macam mana? Patut tak Syafiq terima?" Syafiq keliru. Peluang datang sewaktu dia sedang memerlukan kerja. Tetapi itulah, ego seorang lelaki.

"Syafiq kata dah dua kali dia tanya kan? Kalau mama, mama akan terima. Tak salah kita cuba dan tengok. Andai tak kena dengan cita rasa Syafiq, berhenti, cari peluang lain. Susah sekarang nak dapat kerja bagus dan tak mendatangkan masalah, kalau dapat, beruntung tujuh keturunan," sempat Puan Marina membuat lawak di hujung nasihat.

Syafiq sengih. Ada betulnya apa yang Puan Marina katakan. Sampai bila nak duduk di rumah? Duit simpanan kalau korek menipis juga. Klinik pula dah diserahkan kepada adik perempuannya untuk diuruskan. Walaubagaimanapun, dia akan cuba jalan lain terlebih dahulu. Bekerja dengan Helena merupakan pilihan terakhir.

"Nanti Syafiq fikir baik-baik, terima kasih mama." Syafiq kucup tangan Puan Marina. Nasib baik ada Puan Marina yang mampu mengawal kewarasannya.

"Syafiq, mama nak tanya sikit boleh?" Puan Marina sengih sehingga nampak baris gigi.

"Hurmmm boleh. Kenapa mama senyum? Adalah tu dia soalan pelik nak tanya. Mesti pasal Cik Helena tadi." Syafiq jongket kening. Tengok muka Puan Marina dia dah tahu.

Puan Marina ketawa galak.

"Tak tahulah kenapa mata mama tak berkelip tengok kawan Syafiq tadi. Cantik betul dia, nampak macam ada mix. Kawan Syafiq ada mix dengan orang Arab ke? Pakaian dan accessories dia pakai nampak mahal sangat, mesti banyak untung yang dia dapat kan?" Puan Marina berminat ingin tahu tentang Helena. Seingatnya, Syafiq tak pernah cerita dia ada kawan perempuan bernama Helena.

"Hurm,.....mama ....."

Syafiq mati kutu. Padan muka! Itulah, siapa suruh menipu orang tua sendiri.

Syafiq senyum kambing. "Entahlah mama, Syafiq tak pernah tanya pula."

HEALER Where stories live. Discover now