Bab 42

304 18 0
                                    

Helena tersedar daripada lena yang memenatkan. Batang tekuk yang terasa pegal diurut lembut kerana semalaman Helena tidur tanpa bantal. Helena kerling jam di telefon, hampir sembilan pagi. Helena rasa seluruh badan tak kuat untuk bekerja. Dia mahu berehat.

Telefon yang terletak di sebelah lutut diambil lalu satu pesanan ringkas dihantar kepada Kak Peah untuk memaklumkan ketidakhadirannya. Helena heret kaki ke bilik air untuk membersihkan badan. Helena dah boleh bayang bagaimana rupanya dengan rambut yang panjang mengerbang.

Sementara menunggu Kak Peah menghantar sarapan, Helena bermalasan di atas sofa. Butang remote television dipicit beberapa kali mencari filem yang menarik di aplikasi Netflix. Helena melempek di atas sofa yang membuatkan badannya, memandang syiling yang putih.

Ding Dong! Ding Dong!

Lambat-lambat, Helena berdiri. Tombol pintu dipulas perlahan, badannya menglonglai di hadapan Kak Peah.

“Kak Peah……” panggil Helena dengan mata terpaku di lantai.

“Cik…….”

Dammm

“Awak buat apa di sini!” jerit Helena di sebalik pintu yang tertutup rapat. Helena kemaskan rambut yang kusut di hujung jari.

Syafiq garu kepala yang tidak gatal. Dia tersengih melihat gelagat Helena yang ribut mahu menyembunyikan diri daripadanya. Syafiq sempat melihat wajah Helena yang kusam serta mata yang bengkak.

“Syafiq! Saya tanya ni!” soal Helena sekali lagi. Helena syak Syafiq sedang mengutuk dirinya di dalam hati.

“Oh….saya bawa sarapan untuk Cik Helena. Kak Peah ada hal di ward,” jawab Syafiq di hadapan pintu yang masih terkatup rapat. Dia masih setia menunggu Helena.

“Cik Helena nak saya letak aje di hadapan sini?” Jika Helena ingin berehat, Syafiq juga tidak mahu menganggu. Kak Peah ada beritahu yang Helena tidak ada semangat untuk bekerja. Apa yang dah berlaku sebenarnya? Sepanjang dia kerja di tempat itu, belum pernah lagi dia melihat Helena mengambil cuti rehat.

“Hmmmm…..”

“Awak tunggu sekejap! Saya ada perkara nak cakap,” ujar Helena lalu pantas berjalan ke bilik. Rambut yang bebas diikat menjadi satu.

Syafiq angguk. Dia bersandar pada dinding sambil melihat ke sekeliling. Di bahagian kirinya, terletak satu taman kecil dengan renekan bunga yang rendah. Syafiq kagum dengan citarasa Helena yang tak pernah mengecewakan.

“Cik Helena…..” Syafiq tegakkan badan apabila Helena muncul dengan kata mata hitam dan cardigan tebal.

“Cik Helena sakit mata ke?” Syafiq berpura-pura tanya. Dia mengikut langkah Helena ke arah bangku berwana putih. Syafiq duduk seraya Helena mempelawanya.

“Awak bahagia tak? Bekerja di sini?” Helena mengendahkan pertanyaan Syafiq.

Mata Syafiq membulat. Pertanyaan daripada Helena menyebabkan bahunya terjatuh ke bawah. Syafiq membetulkan duduknya. Suasana menjadi dingin sedangkan di luar matahari bersinar terang di langit.

“Jujur dengan saya, saya boleh terima apa sahaja. Jawapan awak sangat penting bagi saya sekarang,” pinta Helena. Kedua-dua tangan memeluk bahu, juga gementar.

“Kenapa Cik Helena tanya? Ini ada kaitan dengan Datuk Suhaimi ke? Macam yang saya pernah cakap, saya suka kerja di sini. Tempat ini cukup bermakna untuk saya dan saya akan terus ada di sini selagi saya mampu untuk bekerja,” jawab Syafiq tegas. Tak pernah terlintas rasa menyesal dengan keputusannya walaupun pada awalnya, dia bekerja kerana separuh terpaksa.

“Awak tak rasa rugi ada di sini? Yelah, awak doktor yang berjaya, tak sayang segala kemahiran yang awak ada membazir?” Helena tahu segalanya tentang Syafiq. Boleh dikatakan, Syafiq merupakan antara doktor terbaik.

HEALER Where stories live. Discover now