Bab 23

273 21 0
                                    

Syafiq dan Helena berdiri di hadapan butik pengantin yang dikatakan milik Bella, anak perempuan Puan Sri Linda. Dari luar, Helena dapat lihat butik itu sunyi tanpa pelanggan. Itulah masa yang sesuai.

Helena menapak ke arah pintu lantas pintu itu ditolak. Syafiq yang hanya menurut memberi laluan kepada Helena untuk menanggalkan high heels yang dipakai. Di tengah butik, Bella sedang mengemaskan baju pengantin pada mannequin untuk dipamerkan.

"Hai....." ucap Helena bermanis muka.

"Hai......maaf tak perasan pula ada orang masuk. Boleh saya bantu korang berdua," jawab Bella yang manis bertudung.

"Hmmmm....." Helena melihat Syafiq di sebelahnya. Lelaki itu hanya kaku.

"Cik.....by the way boleh saya tahu nama?"

"Helena....ini Syafiq......" jawab Helena memperkenalkan diri

"Oh baiklah.... Cik Helena dan Encik Syafiq nak tengok baju yang macam mana? Untuk tunang, sanding atau nikah?" tanya Bella supaya lebih mudah dia memberi cadangan yang sesuai.

"Cik Bella kan? Sebenarnya kami berdua bukan pasangan bahkan bakal pengantin. Kami datang kerana tujuan lain, tak ada kena mengena dengan baju pengantin." Syafiq membantu Helena untuk berterus-terang. Tidak ada guna untuk menarik tali.

"Maksudnya? Saya tak faham. Walauapapun, apa kata kita duduk dulu. Gementar pula tiba-tiba, silakan duduk," ajak Bella sopan. Lemah-lembut sungguh orangnya, bagai perempuan Melayu terakhir.

"Dua hari lepas, Puan Sri Linda datang jumpa saya. Dia minta tolong saya untuk carikan calon suami buat Cik Bella. Dia nak saya atur majlis perkahwinan Cik Bella dalam tempoh kurang dari sebulan sahaja. Cik Bella tahu tak pasal ni?" ucap Helena satu nafas.

"What!"

"Maaf.....saya tak salah dengar kan.....tetapi untuk apa? Kenapa mama tak bincang dengan saya sebelum buat keputusan. Saya tak tahu yang dia sedang rancang sesuatu di belakang saya. Saya.....hilang kata...." Bella hanya mampu senyum. Dia berpaut pada lengan sofa. Rasa pedih sedikit di hati, sampai hati seorang ibu untuk bertindak sampai ke tahap itu. Sungguh tak disangka.

"Puan Sri kata sebab dia dah tak ada masa. Saya yakin Cik Bella tahu keadaan dia kan?"

"Jadi, saya ke sini sebab saya nak dengar daripada mulut Cik Bella sendiri, Cik Bella ada seseorang atau tak? Jika Cik Bella ada, kita boleh teruskan tanpa mencari calon lain," jelas Helena. Bella membalas pandangannya dengan wajah kosong. Helena tak dapat membaca isi hati wanita itu.

Lama mendiamkan diri, Bella geleng kepala. "Tak ada. Saya tak pandai bercinta, saya takut untuk jatuh cinta."

Syafiq angguk kepala. Patutlah Puan Sri meminta pertolongan daripada Helena. Kini, dia mengerti apa yang difikirkan oleh wanita itu.

Helena keluarkan kad berwarna putih daripada beg tangannya. "Pihak kami akan carikan calon yang sesuai untuk Cik Bella. Di sini, ada nombor saya. Kalau Cik Bella ada ciri-ciri lelaki idaman, Cik Bella boleh beritahu saya nanti."

"Tunggu Cik Helena...." Bella berpaut pada lengan Helena.

"Tolong saya pujuk mama, batalkan rancangan dia. Saya tak nak ....tolong saya Cik Helena. Mama percayakan Cik Helena, sebab itu dia minta Cik Helena buat semua ini. Tolong....saya tak nak, saya belum bersedia." Bella tak dapat menahan sebak. Air mata laju mengalir keluar. Dia tak dapat bayangkan bagaimana dia akan mengahwini seseorang tanpa cinta. Dia tak rela.

Helena tarik tangannya kuat sehingga Bella hampir tersembam ke hadapan. Helena berubah dingin.

"Saya minta maaf, Cik Bella. Saya tak dapat tolong kerana ini kehendak Puan Sri sendiri." Helena angkat punggung.

HEALER Where stories live. Discover now