8

1 0 0
                                    

TUAN Lex,

Sebelum ni saya ada tulis surat untuk Tuan Lex. Tapi apabila saya baca semula, rasa macam tak best. Jadi, tak payahlah Tuan Lex baca. Saya tulis surat yang lain untuk Tuan Lex, boleh kan?

"Apa yang aku nak tulis?" Kiki tanya diri. Dia mendongak ke siling. Bibir dimuncungkan ke atas dan dia meletak pen, mengimbang ia di antara bibir dan hidung. Kiki sedang mencari idea untuk menulis kepada Tuan Lex.

Fasal pendaftaran kursus siang tadi?

Membosankan.

Fasal subjek yang dia ambil semester ini?

Merumitkan.

Fasal Delia yang merajuk sebab ditinggalkan sampai senja tadi?

Delia, sorry! Aku janji tak buat lagi. Hihi.

Fasal Boy?

Er.

Apabila teringatkan lelaki rambut beralun itu, muka Kiki naik merah lagi. Dia tepuk pipi berkali-kali. Kemudian Kiki tenang semula. Dia mengembalikan fokus kepada surat untuk Tuan Lex itu.

Kiki sambung menulis:

Tuan Lex tanya apa warna kesukaan saya? Er. Kenapa Tuan Lex tanya soalan pelik macam tu? Tiba-tiba aje. Pelik sangat. Selalunya saya yang tanya soalan-soalan pelik pada orang lain. Soalan tu pula sama macam soalan yang saya tanyakan pada kawan saya tadi. Ini telah membuatkan saya berfikir – adakah Tuan Lex ni...

"Boy?" Kiki tanya diri sendiri lagi. Dia cuba memahaminya. Dia memikirkan juga jawapannya. Kiki ulang soalan itu jadi, "Tuan Lex tu Boy?"

Ada salam di pintu. Itu Delia. Dia baru pulang dari makan di kafe. Kiki tumpang pesan nasi goreng cina dengan telur dadar saja tadi. Delia masuk dengan bungkusan nasi yang dipesan Kiki. Kiki tersengih. Muka Delia kelat. Sengaja.

"Eleh, tak habis lagi marah tu?" Kiki tahu.

"Nah," kata Delia sepatah. Dia menyua bungkusan nasi kepada Kiki.

"Terima kasih!" Melebar sengih Kiki. "Marah-marah pun, kau sayang aku juga kan?"

"Eleh," sahut Delia, sepatah juga. Kemudian dia cubit batang hidung Kiki. "Yang ni pun untuk kau." Di tangan kiri Delia ada satu bungkusan lain. Dia menghulurkannya kepada Kiki.

"Apa ni?"

"Entah. Tersandar kat pintu bilik tu tadi. Atas kad tu, ada tulis nama kau," jawab Delia. Dia duduk di katil, menunggu Kiki membuka bungkusan berjalur tujuh warna itu.

"Warna pelangi..." kata Kiki sendiri. "Aku suka warna pelangi."

"Apa tu?" Delia pula bertanya.

"Apa?" Kiki sendiri rasa pelik.

"Lagu..." Delia mengamati. Dia cuba mencari punca lagu yang kedengaran tiba-tiba. Lagu itu berulang-ulang. Dia memandang ke arah bungkusan warna pelangi yang dipegang Kiki. Ia bergetar. "Dalam kotak tu! Buka cepat!"

Terkocoh-kocoh Kiki membuka pembalut bungkusan tadi. Lagu itu terus berulang-ulang dari dalamnya. Dan dari dalam bungkusan itu, Kiki mengeluarkan sebuah telefon bimbit.

"Ada handphone! Warna pelangi." Kiki menjerit. Telefon yang entah apa jenamanya itu bergetar dalam genggaman Kiki. Lagu tadi adalah nada deringnya dan masih berulang.

"Hey, jawablah. Ada orang call kau tu!" Delia beritahu Kiki.

"Siapa?" tanya Kiki, tambah pelik.

"Manalah aku tahu. Telefon kau, kan?" Delia mendapatkan telefon pelangi di tangan Kiki. Dia mengamati skrin yang tertera nombor pemanggil. Delia tanya Kiki, "Kau kenal nombor ni?"

"Itu bukan telefon aku," jawab Kiki. "Telefon aku dah rosak."

Tadi, selepas Es hantar Kiki pulang ke hostel, Es minta telefon nazak Kiki untuk dibaiki. Kata Es, dia akan pulangkan semula telefon itu esok.

Habis, ini telefon siapa?

Siapa pula yang menelefon?

"Agaknya orang yang hadiahkan handphone ni, kut?" Delia main teka-teka saja. "Tuan Lex, kut?"

Kiki dan Delia saling berpandangan. Telefon pelangi itu terus berdering. Pemanggil misteri itu masih menunggu untuk dijawab.

"Kau tekan punat hijau tu," Delia beritahu Kiki.

Cepat-cepat Kiki ikut arahan Delia untuk menjawab panggilan itu. Terus katanya, "Boy?"

Delia pandang Kiki semacam. Pelik.

"Er... Boy?" tanya suara di hujung talian. "Saya ni, Cik Kiki. Es."

"Uh... boiklah! Maksud saya... baiklah, saya akan jawab panggilan ni." Begitu pula jawab Kiki.

Delia pandang Kiki semacam lagi. Lagi pelik.

"Okey. Itu handphone untuk ganti Samsung yang rosak tu. Saya dah bawa ke kedai tadi. Orang kedai tu cakap handphone Cik Kiki tak dapat diselamatkan lagi. Mulai sekarang, Cik Kiki mesti biasakan diri dengan handphone tu. Hadiah daripada Tuan Lex." Es menerangkan dari hujung talian. "Dia kata, supaya senang untuk saya hubungi Cik Kiki kalau ada apa-apa hal. Dia tak mahu jadi macam siang tadi. Merata-rata saya terpaksa cari Cik Kiki. Takut apa-apa jadi pada Cik Kiki aje. Jadi, Tuan Lex suruh saya belikan satu handphone baharu, ikut warna kesukaan Cik Kiki." Panjang lebar penjelasan Es. Dan tanya Es pula, "Cik Kiki suka tak? Saya tanya bagi pihak saya sendiri."

"Terima kasih, Es!" Itu saja yang terucap oleh Kiki.

"Terima kasih Tuan Lex. Bukan saya," Es membetulkan.

Dan bukan juga Boy, getus hati Kiki.

Bukan Daddy-Long-LegsWhere stories live. Discover now