BAB 07

272 162 4
                                    

Aku memberitahu umi dan abah perihal cadangan maksu semalam, abah izinkan... Alhamdulilah umi pun izinkan. Diorang tahu ini impian aku, untuk mengambil pengalaman bekerja.

Selepas sahaja selesai bersarapan kami berpamitan keluar dari rumah, pertama sekali mestilah yang sibuk bekerja iaitu abang Thaqif dan abah. Yang kedua aku, umairah dan Farhan. Yang mahu interview, walaupun yang mahu interview di Kuala Lumpur hanyalah aku dan Farhan, umairah pula hanya mahu menemankan.

Sepanjang dalam perjalanan menuju Kuala Lumpur, aku dan umairah hanya berborak tapi itupun dengan suara kami yang kecil baru tidak kedengaran suara kami oleh Farhan.

"Ehem..." Deheman Farhan, buatkan aku spontan menoleh ke arah dia, Farhan jua sedang menatapku dari cermin sisinya. Maksudku menatap kami.

"Kenapa abang Farhan? Ada apa-apa nak cakap ke?" Umairah menyoal terlebih dulu, sebab tahu aku akan biarkan aje si Farhan tu walaupun sudah dengar dia berdehem.

"Ni abang nak tanya, kalau kami interview, mairah ikut sekali?" Farhan membahasakan dirinya 'abang' pada Umairah. Mungkin dia pun sama, anggap Umairah macam adik sendiri... Kataku dalam hati.

"Tak, mairah tunggu abang dan kakak dekat luar ajelah," jelas umairah, Farhan pula terangguk-anggguk.

Hampir 5 jam perjalanan kami, kerana perjalanan dari Kedah (Rumah keluarga aku) ke Kuala Lumpur mengambil jarak yang 437 kilometer, aku tahu pun sebab pernah ke Kuala Lumpur bersama Ariana.

Akhirnya kami bertiga tiba di hadapan sebuah syarikat yang megah, tinggi bangunannya. Aku nak kira pun rasanya tak sempat, sebab Farhan sudah meluru masuk.

Aku lihat Farhan yang membelakangi aku dan Umairah sedang menyoal pengawai di situ, kemudian menuju ke arah lift, dia memanggil aku dan mairah, Alhamdulilah mata tak bertembung pun.

"Risha kita rasanya akan berpisah dekat atas nanti, sebab pengawai tadi ada cakap kalau interview, lelaki dan perempuan akan asing-asing."

"Oh... okey," jawabku, membalas kata Farhan tanpa memandangnya.

Kami pun tiba di tingkat atas kemudian berpisah, aku dan mairah menegur salah seorang pengawai di situ.

"Assalamualaikum, mana nak isi borang interview," soalku, memandang wanita yang kelihatan seumuran denganku. Dia menjawab salam sambil tersenyum.

"Sini saya tunjukkan, harini bos kami yang interview, dari pagi lagi bos dah interview new staff, cik..?"

"Panggil saya Risha. Full name, Erisha Hazreen... By the way, bos awak perempuan ke lelaki ya cik Anis?" Aku panggil dia Anis selepas lihat nametag, di bajunya. Dia pun tidak kelihatan terkejut ketika namanya ku sebut.

"Dia lelaki, entah mood dia apa harini. Tiba-tiba aje mahu interview pekerja baru."

Aku menelan liur di balik tudung labuhku. Rasanya aku akan di terima ke? Banyak yang datang interview, kata Cik Anis. Aku tinggalkan Umairah di ruangan Cik Anis, ada sofa di situ. Aku sempat lihat adikku itu duduk sebelum kami beredar dari ruangan Cik Anis.

"Kita masuk bilik CEO terus ya, cik Risha." kata cik Anis. Tiba di hadapan pintu bilik CEO, aku sempat mengerling namanya.

CHIEF EXECUTIVE OFFICER
MR. MUHAMMAD RAYYAN.

No! No! Kenapa nama yang tertera tu sama, macam nama bekas tunangku?! Dan sama seperti lelaki yang tertinggal dompet tu. Mustahil ni syarikat dia kan? Ya Allah, bantulah hamba mu ini, permudahkanlah urusan hamba mu ini, ya Allah. Doaku di dalam hati.

Cik Anis mengetuk pintu itu kemudian kedengaran suara menyuruh masuk.

Aku masuk aje terus aku lihat seorang lelaki berbaju kemeja hitam tengah fokus dengan fail-fail yang berterabur di meja.

RAYRISWhere stories live. Discover now