BAB 26

139 63 1
                                    

Rayyan datang kerumah Erisha dengan tuan Emmer.

Dia yang telefon tuan Emmer kerana hasratnya mahu datang melawat puan khadijah.

Rasa berdebar kerana kali ini, dia harus menerima qada dan qadar dari-Nya.

Dia juga datang kerana berhajat ingin memberitahu tentang tolakan Erisha mengenai lamarannya. Walaupun dia sudah tahu yang, Erisha mungkin sudah beritahu perihal ini kepada keluarganya.

"Jemput masuk Rayyan," pelawa tuan Emmer saat pintu di buka Thaqif.

"Hey, Ray... Welcome to my house." ujar Thaqif sambil merangkul bahu Rayyan.

Rayyan hanya tersenyum.

"Uncle naik dulu, nak mandi. Sekali nak solat isya', Rayyan kalau nak solat isya boleh naik atas. Minta Thaqif tunjukkan bilik," ujar tuan Arman.

"Saya dah solat uncle sebelum jemput uncle tadi saya solat dulu dekat masjid berdekatan," balas Rayyan.

"Ah iya, sekarang dah hampir pukul sembilan pula kan." pastinya waktu isya' sudah berlalu, tapi yang terlambat boleh qadha.

Tuan Emmer pun naik selepas itu.

Rayyan dan Thaqif kemudian duduk di ruang tamu, Thaqif yang mengajak Rayyan duduk di sana.

"Aunty Khadijah mana?" Soal Rayyan perasan tiada kelibat wanita paruh baya itu.

"Rasanya tengah pakai purdah dalam bilik, umi aku dengar suara abah dan tahu kau akan ikut sekali." jawab Thaqif mudah.

"Oh, kau tahu Qif aku teringin nak tengok rupa umi kau macam mana. Bukan apa, aku cuma curious.. Mana tahu adik kau si Mairah dan si Ris ada ikut iras umi kau," ujar Rayyan bersahaja mencari topik antara dia dan Thaqif, abang kepada Erisha dan Umairah.

"Nanti kau jadi menantu dia, tak adalah umi aku tu nak berpurdah depan kau," balas Thaqif pula.

"By the way siapa Ris?" soal Thaqif hairan.

"Oh, Risha lah... Siapa lagi, aku malaslah panggil dia panjang-panjang," Rayyan cuba memberi alasan.

"Tu bukan maknanya kau dah ingat siapa adik aku ke? Ris tu nama panggilan dia masa kau panggil dia ketika korang—," tidak sempat Thaqif menghabiskan, umi sudah datang.

"Borak apa ni? Serius semacam aje," tegur umi di sebalik purdah.

"Tak ada apa umi, Rayyan cuma tanya umi mana tadi," ujar Thaqif mengulang ayat pertama Rayyan.

"Ohh... Kita tunggu uncle kamu habis solat dulu ye Rayyan, baru kita berempat makan malam. Biasanya lepas balik kerja macam ni dia memang solat isya' terus kalau tak lambat dia tak kan qadha solat tu," Puan Khadijah menjelaskan, seolah tahu isi kepala Rayyan.

Rayyan berohiya.

"Tak nampak Mairah pun aunty? Haritu masa Rayyan datang dia ada je."

"Kau cari Mairah ke Risha?" Thaqif senyum menyakat.

"Eh Mairah lah yang aku cari." Rayyan mengelak. Padahal memang dia cari Erisha pun. Walau dia tahu yang memang tak ada kesempatan lagi dia untuk dia lihat wajah gadis itu.

"Biarlah Rayyan cari Risha sekalipun, Thaqif oi... Kan bakal isteri dia," kata-kata umi berjaya buatkan Rayyan mati akal. Bakal isteri? Eh, Ris dia belum bagitahu umi ke yang dia tolak lamaran?

"Aunty, macam ni Rayyan kena reject," akhirnya Rayyan bercerita terus.

"Aunty tahu, tapi dia terima Rayyan semula,"  puan Khadijah tersenyum di balik purdahnya.

RAYRISWhere stories live. Discover now