BAB 4

10.6K 492 43
                                    

"STAY AWAY FROM HIM."

Bicara tersebut terngiang-ngiang di gegendang telinga. Sekejap suara A.K, sekejap suara Badri. Kedua-duanya bersilih ganti, memomokkan amaran yang sama tentang diri masing-masing. A.K. tidak mahu aku dekat dengan Badri. Badri pula tidak mahu aku kenal A.K.

Pelik! Ini memang sangat pelik.

Sekonyong-konyong, perbualan terakhirku dengan Badri menerawang dalam kotak memori.

*****

"ARJUNA KAEDE."

"Huh?"

"Aku cakap, jauhkan diri daripada Arjuna Kaede."

"Arjuna...who?" soalku, masih menghadap belakang sasa Badri.

Hujung telingaku mendengar rengusan kecil Badri, sebelum dia memusing kembali tubuh. Dalam kegelapan malam, anak matanya memanah tepat ke muka.

"Aku nampak siang tadi. Kau bercakap dengan seorang lelaki."

Spontan, ingatanku menerawang kepada pertemuan dengan A.K. dan Ryohei. Jadi, A.K. merupakan singkatan kepada Arjuna Kaede? Itu nama lelaki tersebut? Aneh sekali namanya.

"Dia...lelaki yang kau tak sepatutnya kenal."

Aku mengelip-ngelipkan mata kebingungan.

"Kenapa?"

Badri diam. Dia seperti sedang memikirkan sama ada mahu menjawab atau pun tidak.

"Bad, aku tanya ni. Kenapa?"

"Trust me, Nailah. You don't want to get involved with him."

Tersirat sungguh jawapan yang diluahkan oleh Badri. Rasa pelik dalam hati menggunung jadinya. Sementelah pula, Arjuna turut memberikan balasan yang seumpama itu siang tadi. Jawapan yang sangat rahsia, yang jelas mahu menyembunyikan sesuatu.

"Aku pergi dulu. Jangan cari aku."

*****

ITULAH yang terjadi sebelum Badri menghilangkan diri di sebalik lorong-lorong gelap. Lantas, meninggalkan aku terpacak dengan rasa pelik. Dan sehingga pagi ini, aku masih dengan rasa pelik tersebut.

"Nailah...Nailah!"

Aku tersentak. Mataku bulat memandang muka Chinta.

"Kamu kenapa sih?"

"Enggak...enggak apa-apa," balasku dengan kepala yang digeleng-geleng.

"Kok termenung."

"Kamu kangen sama pacar, ya?" usik Surya di sebelah.

Aku tergelak halus. "Kalau mahu kangen sama dia, saya harus punya pacar. Tapi, sayangnya..."

Biji mata Surya terbeliak besar. Belum pun sempat aku menyudahkan kata, dia terlebih dahulu memintas, "Kamu enggak punya pacar?"

"Kok lu excited?" terjah Chinta. Bibirnya dijuih ke atas. Muka nampak menyampah.

Lagi, aku tertawa. Comel pula mereka ini bertekak. Isy, ada juga yang kahwin sesama sendiri selepas ini. Mereka berdua cocok benar.

Surya menyeringai sambil menggaru belakang leher yang aku pasti tidak gatal.

"Enggak sih. Gue enggak excited."

"Yeah, right," cebik Chinta.

Tanpa semena-mena, Surya mendekatkan muka kepada Chinta. "Lu jealous?"

Sekelip mata, Chinta menonyoh dahi sahabat baiknya. "Gila lu!"

Surya menghambur tawa seraya menggosok-gosok dahi. Aku masih senyum menyaksikan gelagat mereka berdua yang sering kali mencuit hati. Seronok juga mereka ini ada di Hitsuji-an. Tidaklah terlalu bosan. Tidaklah terlampau sepi.

SALJU KYOTO (Published)Where stories live. Discover now