Announcie! Salju Kyoto ditutup

8.7K 254 38
                                    

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar, semua? Harap-harap semua okay. Cik SA sekarang agak sibuk dengan semester terakhir. Alhamdulillah, viva tesis hari tu berjalan lancar. Terima kasih sangat-sangat buat pembaca yang tinggalkan mesej dan komen.

Btw, tujuan pos ini ialah untuk maklumkan kepada pembaca bahawa entri Salju Kyoto di blog dan wattpad akan ditutup buat sementara waktu (mungkin hingga Salju Kyoto benar-benar dah keluar dalam bentuk novel).

Kenapa Cik SA buat keputusan ini? Sebab untuk elakkan kes ciplak yang banyak berlaku sekarang. Memandangkan Salju Kyoto belum dapat tarikh terbit (publisher cakap, tidak lama lagi) dan belum diterbitkan, adalah lebih baik kalau entri yang ada ditutup. Ada kes karya ditiru berdasarkan entri dan teaser yang ada. Tup..tup, novel tiru terbit lebih dahulu berbanding novel asal. Masa tu, memang susah untuk penulis asal cakap orang lain tiru dia (since orang tu keluar dulu daripada dia, kan?)

Sebenarnya kalau boleh, Cik SA tak nak buat macam ni. Tapi, prevention is better than cure, kan? So yeah, Cik SA rasa perlu buat macam ni. Tak mahulah tiba-tiba kisah AK dan NF diciplak, kan? Cik SA buat susah-susah, tiba-tiba orang tiru...tak naklah kena gitu, kan? Well, pernah kena masa cerpen Coklat Cinta dulu. Huhuhuhu....Tak sanggup pisang berbuah dua kali. =(

Kalau Cik SA nak letak teaser baru, mungkin Cik SA akan letak di facebook page (Novelis Sara Aisha). Once Salju Kyoto dah terbit dan ada dalam bentuk novel, barulah semua entri akan dibuka kembali. Harap-harap semua pembaca faham keputusan Cik SA. Bukan nak kedekut, kerek atau apa, tapi sebagai langkah berjaga-jaga (ramai sangat pencuri sekarang!).

Thank you soooo much. =)

Love,

Cik SA



SALJU KYOTO (Published)Where stories live. Discover now