TEASER 4

1.2K 118 85
                                    

"Aku tengah kenalkan kau. Dia ini salah seorang pengumpul barang-barang antik yang selalu aku jumpa di majlis lelongan macam ni. His name is Monsieur le Marquis de l'Hôpital," tutur Arjuna, menjelaskan keadaan sebenar.

Aku cuma mampu menangkap perkataan 'Monsieur'. Yang di belakang, tidak ubah seperti angin yang menumpang lalu di sebelah telinga. Entah macam mana Arjuna boleh lancar menyebutnya. Tidakkah berbelit lidah?

"Dia cakap kau cantik."

Tawa kecilku tercetus, gembira dengan pujian tidak semena-mena. Ah, perempuan. Mana mungkin tidak gembira bila dipuji cantik. Lebih-lebih lagi, untuk wanita biasa seperti aku. Lewat ekor mata, aku perasan Arjuna yang menjeling dengan muka tidak puas hati. Aku abaikan sahaja, dan menengadah kepada lelaki Perancis.

"Merci." Selamba aku mengucapkan terima kasih dalam Bahasa Perancis. Memang sepatah itu sahaja yang aku tahu. Entah betul entah tidak cara menyebutnya, aku juga tidak pasti.

Lelaki di hadapan, tergelak halus. Dia bercakap sesuatu dalam Bahasa Perancis. Aku mengerling kepada Arjuna, memberi isyarat agar dia menterjemah.

"Dia cakap, walaupun cara kau sebut tak betul, tapi kau sangat menarik," balas Arjuna. Nada suaranya berbunyi geram.

Sesudah itu, Arjuna kembali bercakap-cakap dengan sahabat Perancisnya. Sesekali dia tersenyum, tetapi aku boleh nampak betapa plastiknya senyuman tersebut. Beberapa minit kemudian, lelaki Perancis itu mengangkat kaki mahu berlalu. Tapi, sempat juga dia mempamer senyum lebar kepadaku.

Dengusan halus Arjuna menjamah peluput telinga. Dia mengambil tanganku dan menyelitnya di lengan sendiri. Memegang kemas, seperti mahu mengumumkan kepada semua lelaki di majlis ini bahawa aku ialah wanita miliknya.

"Jealous?" Terus aku menyakat. Bibir tersengih-sengih.

Arjuna mengerling kepadaku. Muka tampak bersahaja, tetapi matanya tidak mampu berbohong.

Dia. Cemburu.

Sengih yang tadi tersungging di bibir, bertukar menjadi ketawa. Comel pula aku tengok Arjuna dengan muka cemberutnya.

"Arjuna..."

"Apa?"

"Baik awak jangan tunjuk muka macam tu."

"Muka apa?" Arjuna bermain soalan.

Tanpa menunggu lama, aku menjongket sedikit kaki dan berbisik di telinganya. "Muka yang buat saya rasa macam nak kiss awak sekarang juga."

Bebola mata Arjuna membulat. Dia memandangku dengan muka tak percaya. Aku gelak lagi. Ingat dia seorang sahaja yang boleh menggoda? Aku pun boleh. Sebab...aku sudah belajar daripada yang pakar.

********************

NOTA CIK SA:

Saya minta maaf sangat2 sebab lama dah tak update wattpad. Macam yang saya maklumkan di page FB, saya sekarang final sem, jadi agak busy dengan tesis dan sebagainya. Alhamdulillah, pagi tadi dah selesai viva untuk tesis. So, ada masa untuk diberi kepada dunia penulisan.

Terima kasih buat readers yang setia menanti dan menyokong Cik SA, walaupun macam chipsmore dua tiga menjak ni. Tq, tau! =)

********************

AMARAN KERAS:

Semua karya Sara Aisha adalah hak milik beliau dan syarikat penerbitan, dan dilindungi di bawah Akta Hak Cipta Malaysia 1987. Tindakan UNDANG-UNDANG akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba untuk menciplak.





SALJU KYOTO (Published)Where stories live. Discover now