TEASER 3

9.3K 383 75
                                    

Dalam kedingingan malam, aku melalui koridor hingga akhirnya terpacak di hadapan bilik kerja Arjuna. Pintunya ditarik ke tepi secara perlahan-lahan. Dari celah-celah pintu, kelibat Arjuna terpampang depan mata. Dengan kepala tunduk dan jari jemari yang sedang membelek-belek dokumen. Dia tampak khusyuk. Bawah bibir kugigit sejenak, berkira-kira mahu masuk atau pun tidak.

"Kenapa tercegat di situ?" Sekonyong-konyong Arjuna menegur. Masih dengan muka yang menekur pada dokumen di atas meja.

Aku menarik gebar lebih rapat ke dada dan melangkah masuk. "Awak busy ke?"

"Kenapa?" soal Arjuna. Sebelah tangan memegang pen, sedang mencatat sesuatu.

"Hmm, awak memang nampak busy," putusku sendiri.

Arjuna mengangkat kepala dan menatapku. Seketika kemudian, dia bangkit menghampiriku.

"Tak boleh tidur?".

Lambat-lambat, aku mengangguk.

"Isy, dah jadi manja. Aku tak ada. Terus tak boleh tidur, kan?"

Aku membulatkan anak mata. "Mana ada!"

Arjuna senyum kecil. Bahuku dipeluk seraya membawaku ke arah sofa yang terletak di tengah-tengah bilik.

"Come, duduk sini. Dekat dengan heater."

Usai mendudukkan aku, Arjuna menyambung, "Aku masih ada kerja. Tak boleh masuk tidur lagi. Since kau tak boleh tidur kat bilik, kau tunggu aku sini kejap, boleh?"

"Okey," jawabku pendek. Terselit rasa kecewa di ulu hati.

Arjuna berlalu pergi. Ingin sekali aku memanggilnya, tetapi tidak mahulah menjadi isteri yang mengada-ngada sangat. Suami sedang kesibukan, mahu ditemani pula!

Langsung, aku menyandarkan tubuh ke sofa. Mata dikatup. Namun telingaku tiba-tiba menangkap bunyi derap kaki. Mata dibuka kembali. Kepalaku terngadah pada Arjuna yang sedang berdiri dekat.

"Kenapa?" soalku hairan.

"Aku rasa...biar aku temankan kau sekejap." Arjuna menjawab tenang. Punggungnya sudah selamat dilabuhkan di sebelah.

Aku melirik kepada meja kerjanya. "Kerja awak?"

"Boleh sambung lepas ni."

"Tapi..."

"Tak ada tapi-tapi. Come here," pintas Arjuna sambil menarikku rapat kepadanya. Gebar yang membalutiku dibuka sebelum dia turut sama masuk ke bawah gebar tebal tersebut. Usai memeluk tubuhku, dia mengemaskan gebar yang menyelimuti kami.

Aku senyum halus. Aku senang begini. Berkongsi selimut dan berkongsi kehangatan tubuh masing-masing. Ruang sofa yang sempit pula membuatkan suasana tambah intim. Lalu, aku merangkul pinggangnya dan menyandarkan kepala ke dada bidang suamiku. Dia mengucup ubun-ubunku lembut.

"Tidurlah. Aku temankan kau."

Lambat-lambat, aku memejamkan mata. "Arjuna..."

"Hmm..."

"Awak rasa kita patut bagitahu Badri pasal mak dia? Yang kita dah berterus-terang kepada Mak Cik Kasmah?"

"Jawapan tu ada di tangan kau."

Mataku dibuka kembali. Kepala sedikit terlangut ke muka Arjuna. "Maksud awak?"

SALJU KYOTO (Published)Where stories live. Discover now